Membina jenama perniagaan (brand) adalah satu topik yang sering disalah tafsirkan. Topik jenama adalah antara topik yang paling kurang dibincangkan, walaupun ianya adalah antara topik paling penting dalam perniagaan.
Membina jenama yang KUAT perlu mempunyai TEMA. TEMA, tidak semestinya niche, USP (unique selling point), slogan, atau tajuk. TEMA adalah "overall concept".
Seperti memasuki McDonalds, TEMA yang dimainkan adalah "Keseronokan", manakala di Hard Rock Cafe, TEMA keseluruhan adalah "Muzik". Contoh lain adalah Haagan Dazs; TEMA keseluruhan adalah "Kemewahan"
Untuk membina jenama yang kuat, langkah pertama adalah:
Kenal pasti pasaran anda. Siapakah golongan pembeli produk & perkhidmatan anda. Ciptakan satu TEMA untuk memenuhi golongan pembeli produk & perkhidmatan anda!
Jenama, bukan sekadar nama atau warna sahaja, tetapi, lebih kepada...
...TEMA dan PERSONALITI perniagaan anda.
Apakah karakter perniagaan anda? Apakah perasaan yang anda ingin pelanggan rasai apabila menyebut nama perniagaan anda? Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh perniagaan anda (bukan mesej perniagaan, tetapi mesej yang berkaitan dengan perasaan).
Cuba saya sebut beberapa nama, boleh kah anda sebutkan apakah tema yang disampaikan? Apakah perasaan yang disampaikan? (Latihan ni untuk mengasah fikiran anda mengenai jenama)
Body Shop?
The Simpsons?
Pepsi?
Ali Cafe?
Petronas Menara Berkembar?
Irfan Khairi?
Jalur Gemilang?
Mickey Mouse?
Kancil?
Mercedes?
Perasan tak di mana setiap nama di atas memberi "perasaan" melalui tema yang disampaikan. Membina jenama yang kuat perlu memberi "perasaan" kepada pelanggan!
No comments:
Post a Comment