Wednesday, December 8, 2010

Scomi Marine buka kampus marin di PKFZ


KUALA LUMPUR – Penyedia perkhidmatan minyak dan gas, Scomi Marine Bhd, memeterai perjanjian empat pihak untuk membuka kampus marin di Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Perjanjian itu membabitkan Scomi Marine, Indian Maritime University (IMU), Intan Asia Sdn Bhd dan PKFZ.

IMU akan menawarkan program akademik maritim seperti latihan, penyelidikan, kursus perundingan dan perkhidmatan di Malaysia, kata Scomi Marine dalam satu kenyataan hari ini.

Ia berkata, PKFZ dipilih memandangkan lokasinya yang ideal untuk penubuhan Kampus IMU Asia memandangkan ia menawarkan kemudahan infrastruktur dan perhubungan yang baik.

Beribu pejabat di Chennai, India Selatan, IMU ialah universiti pusat yang diwujudkan oleh Kementerian Perkapalan India, dengan kampus serantau di Mumbai, Kolkata, Visakhapatnam dan Cochin. – Bernama

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails