Wednesday, December 8, 2010

Turki sebar Islam di Eropah, Yahudi bimbang

Oleh Abd Shukur Haron

Perkembangan pesat Islam di Eropah dan Amerika kini sangat membimbangkan pihak Yahudi di sana, yang merasakan sebagai ancaman besar kepada mereka, justru jumlah umat Islam di sana kini sudah mengatasi jumlah penganut Yahudi.

Dimasa lalu, kedudukan Islam menjadi agama ketiga di Eropah dan Amerika, di mana Kristian menjadi tempat pertama, tetapi sejak kebelakangan ini agama Islam menduduki tempat kedua, Yahudi jatuh ke tempat ketiga.

Sebab itu, suara pemimpin Yahudi di Eropah dan Amerika semakin lantang menentang kebanjiran umat Islam dari negara Arab, Asia Tengah, Asia Selatan, bahkan dari Asia Tenggara.

Menurut sumber euobserver.com, salah seorang pemimpin masyarakat Yahudi Internasional di Eropah, Rabi David Rosen, telah memberi amaran bahwa Eropah menghadapi risiko besar ‘dikuasai’ oleh Islam. Oleh itu, katanya, satu-satunya cara untuk mengelak risiko ini, ialah Eropah perlu menenemukan kembali akar Kristennya.

Ini suatu kata-kata yang ‘lunak’ untuk menarik perhatian penganut Kristian di sana supaya sama-sama menentang kebanjiran umat Islam di sana. Setakat ini pihak Kristian belum lagi memberikan reaksi.

Bercakap kepada wartawan pada pertemuan di Jerusalem, Rabi Rosen, Pengarah Urusan organisasi Yahudi Amerika di Washington - American Jewish Congress - mengatakan bahwa sebagian besar masyarakat sekuler dan liberal Eropah Barat berada di bawah ‘ancaman’ oleh cepatnya pertumbuhan masyarakat Islam.

"Saya menentang dinding pemisah antara agama kerana kemanusiaan adalah komponen saya yang paling penting. Tapi masyarakat Barat sangat jelas tidak memiliki identiti yang kuat," kata Rabbi. Pandangan Rabi Rosen didukung oleh sejumlah komentator Yahudi, yang melihat pertumbuhan demografi Muslim di Eropah seiring dengan pertumbuhan demografi Arab di Israel. Iaitu jumlah umat Islam di sana terus meningkat, walaupun banyak yang dibunuh oleh Yahudi.

"Anda memiliki masalah yang anda tidak melihat. Anda cinta dengan idea multi-budaya, tapi anda tidak memahami Arab. Dalam era liberalisme, bagaimana anda melindungi diri anda,” kata Moti Cristal, seorang perunding Israel.

Sementara itu, Nachman Shai, seorang anggota parlemen Partai Kadima di Israel, mencatatkan bahwa identiti Eropah Barat terancam oleh kelompok Islam kerana jumlahnya yang ramai. Ia menjelaskan bahwa Israel kini dikelilingi oleh radikal Islam, membenteng dari Iran hingga Syria, dari Hizbullah di Libanon hingga Hamas di Gaza.

Dalam masa yang sama beliau meminta Eropah mengawasi Turki yang kini, katanya, "bergerak ke kanan (ke arah dominasi Islam)". Ia mengingatkan mengenai matlamat Perdana Menteri Turki Recep Tayeeb Erdogan yang bercita-cita untuk menjadi pemimpin baru dunia Islam.

Turki yang dipimpin oleh Presiden Abdullah Gul dan Perdana Menterinya Recep Toyeeb Erdogan dari Parti AK, kelihatanya sedang berusaha untuk mengdakan ikatan erat dengan Iran yang dilihat oleh para pemerhati internasional sebagai usaha dua negara itu ke arah menjadi pemimpin baru dunia Islam, terutamanya dalam menghadapi ancaman Israel.

Dalam masa yang sama pemimpin Turki, Iran dan Syria saling balas membalas kunjungan yang dilihat sebagai usaha mereka menyatukan tenaga menentang Israel. Pemerhati melihat, ini upaya tiga buah negara itu untuk berpadu setelah mereka menyaksikan negara Arab lain – terutama yang kaya - tidak berminat untuk menghadapi Israel secara serius.

Presiden dan Perdana Menteri Turki telah mengunjungi Iran dan dibalas kunjungan mereka oleh Presiden Iran, Ahmadinejad serta pemimpin Iran yang lain.

Penganalisis juga melihat Turki di bawah pemerintahan AK Parti sedang berusaha menyebarkan Islam di Eropah dan Amerika, seperti mahu mengulangi kembali usaha Daulah Uthmaniyah Turki di masa lalu menyebarkan Islam ke seluruh dunia, khususnya di Eropah di mana usaha itu sangat berkesan hingga kini.

Kepimpinan Turki sekarang dilihat oleh penganalisis itu sebagai the neo-Ottoman aspirations. Duta Amerika di Turki dalam satu temu ramahnya bersetuju dengan pandangan ini bahawa Turki sedang mengembangkan pengaruh Islam bukan saja di Eropah bahkan di Amerika.

Dalam masa yang sama, pemimpin Amerika, Eropah dan Israel sedang mengawasi semua perkembangan ini di mana Israel meningkatkan persiapannya untuk berdepan dengan pelbagai kemungkinan. Inilah juga yang menyebabkan kebimbangan yang amat sangat rejim Yahudi itu terhadap perkembangan Islam di Eropah dan Amerika, di mana kehadiran yang ramai umat Islam di dunia benua itu tentunya akan memberi tekanan kepada Amerika dan Eropah dalam sikapnya terhadap Israel.

Sementara itu, Perancis adalah antara negara Eropah yang sangat bimbang dengan pertumbuhan pesat umat Islam di negara itu. Sudah muncul suatu pendapat popular di sana bahawa dalam masa 39 tahun lagi kemungkinan Perancis akan menjadi ‘Islamic Republic’. Tidak diketahui dari mana jangkauan 39 tahun itu diperoleh, atau hanya sebuah igauan disebabkan ketakutan mereka yang amat sangat terhadap Islam.

Menurut pendapat popular itu lagi, dalam masa 30 tahun pula – lebih singkat – jumlah umat Islam Britain dari 82,000 orang sekarang meningkat menjadi 2.5 juta orang. Di Amerika pula, dalam masa 30 tahun lagi, jumlah jumlah umat Islam di sana akan menjadi 50 juta orang.

Jumlah umat Islam yang bertambah mendadak ini bukan saja berlaku di Eropah tetapi juga di Amerika, hingga dalam masa singkat demikian banyak masjid yang bersaiz besar dan sederhana di dirikan di merata tempat di negara itu.

Sementara itu sejak Peristiwa Serangan 11 September terhadap World Trade Center New York itu, pelbagai usaha dilakukan oleh hartawan dan umat Islam Amerika untuk membina masjid berdekatan Ground Zero, tempat bertaku serangan tersebut. Usaha ini, walaupun menghadapi halangan dari segi undang-undang dan tekanan politik, tetapi umat Islam di sana tidak putus asa, malah meneruskan usaha tersebut.

Oleh itu, jika kita bercakap mengenai perkembangan Islam yang terus subur di Eropah, maka perkembangan yang sama juga terdapat di Amerika. Musim Haji yang baru selesai di Tanah Suci menyaksikan pertambahan yang begitu ketara jamaah haji dari Eropah dan Amerika itu, di samping jamaah dari China dan Russia yang juga semakin bertambah ramai.

Dalam perkembangan lain, pemipin umat Islam di negara Arab kelihatannya semakin tidak berdaya. Walaupun lebih 300 juta umat Islam di negara Arab dengan segala kekayaannya yang melimpah ruah, tetapi tidak terlihat di sana sebarang potensi melahirkan pemimpin berwibawa untuk dunia Islam. Mereka terperangkap dengan pemikiran assobiyah (perkauman) Arab yang sempit. Malah pemimpin Arab sendiri meminggirkan pemimpin Hamas, Ismail Hanineyah di Gaza, Palestin walaupin Hamas memenangi pilihan raya umum Palestin dulu.

Inilah sebuah perbandingan yang sangat ketara mengenai perkembangan Islam di Barat dengan di negara Arab sendiri.

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails