Wartawan Kita |
KETEREH, 6 Dis: Kelantan sekali lagi bakal mencipta sejarah apabila sebuah lagi pihak berkuasa tempatan (PBT) akan diisytiharkan sebagai bandar Islam. Pada 2005 Majlis Perbandaran Kota Bharu diisytiharkan sebagai bandar raya Islam pertama di negara ini. Pada 1 Muharam ini (esok) Majlis Daerah Ketereh (MDK) pula akan diisytiharkan sebagai Perbandaran Islam. Pengisytiharan itu akan dilakukan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertempat di padang MDK. Penyelia Dun Kok Lanas, Nik Mahadi Nik Mahmood berkata, program diadakan sempena sambutan tahun baru Hijriah esok. “Sebenarnya usaha-usaha ke arah menjadikan MDK sebagai Perbandaran Islam sudah dilakukan sejak lebih dua tahun lalu termasuk mengadakan program keagamaan di pasar-pasar yang menjadi tumpuan orang ramai. “Selain itu mempertingkatkan tahap kebersihan dan memperbanyakkan aktiviti keagamaan di kalangan penduduk yang tinggal di kawasan pentadbiran MDK,” katanya di sini. Program yang cukup bersejarah itu dijangka turut dihadiri Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, anggota Exco, Datuk Takiyuddin Hassan dan Yang Dipertua MDK, Tengku Azmi Tengku Jaafar. Program tersebut bermula dengan majlis berbuka puasa sunat sempena 1 Muharam. Kemudian diikuti solat Maghrib berjemaah, solat hajat dan kuliah Maghrib oleh Speaker. Majlis makan malam pula diadakan selepas solat Isya’ berjemaah. Selepas upacara pengisytiharan ‘Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam’ akan diadakan pula persembahan multimedia. Sementara itu, malam ini sambutan Hijratul Rasul peringkat negeri akan diadakan di Balai Islam, Lundang. Program itu dijangka dirasmikan Sultan Muhammad Ke-V. |
Monday, December 6, 2010
Ketereh diisytihar Perbandaran Islam esok
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment