Friday, December 10, 2010

Selamat Tahun Baru Umat Islam


Alhamdulilah tanpa kite sedari secare langsung,kite sudah melangkah ke tahun baru dlm kalendar islam.tahun 1432,Selama kita hidup didunia ni,macam mana kita semua kira umur kite,mesti kita kira pakai takwim masihi,tapi cube anda semua kire umur anda pakai takwim bulan islam.. agak2 berapa dah umur anda semua..haa baru kite tahu kite ni sebenarnye dah dekat sangat dengan mati tapi masih lagi buat dosa hari2... astagfirullahalazim.yg menulis ni pon same je.hahaha...ish2

SEJARAH TAKWIM MASIHI
Apabila Julius Caesar menawan Mesir pada tahun 48 sebelum Masihi, beliau memperkenalkan apa yang dipanggil takwim solar Julian (bersempena dengan namanya) pada tahun 709 auc atau tahun 46 sebelum Masihi.


Takwim ini dikatakan diperkenalkan setelah Julius Caesar meminta seorang ahli falak bernama Sosigenes untuk membuat perubahan kepada takwim yang sedia ada pada ketika itu.

Takwim baru ini mempunyai 12 bulan dalam setahun dengan bilangan hari sebanyak 365 hari dengan tambahan sehari bagi setiap empat tahun.Namun begitu, sejarah merekodkan bahawa kesilapan berlaku dalam pengiraan takwim Julian ini apabila tambahan satu hari pada setiap empat tahun tidak dilakukan, sebaliknya tambahan ini dilakukan pada setiap tiga tahun.

Ini berlaku antara tahun 43 sebelum Masihi sehingga tahun 10 sebelum Masihi.Augustus Caesar yang menggantikan Julius Caesar sebagai pemerintah Empayar Rom mengarahkan supaya pengiraan tahun lompat ini dihentikan dan hanya disambung pada tahun empat selepas Masihi.

Augustus Caesar juga membuat beberapa perubahan kepada jumlah hari dalam sebulan. Pada asalnya, dikatakan bulan Februari mempunyai 29 hari dan 30 hari bagi tahun lompat.Februari kehilangan satu hari kerana pada satu ketika, dua daripada bulan dalam takwim Julian dinamakan Julai (sempena Julius Caesar) dan Ogos (sempena Augustus Caesar).

Pada asalnya Ogos hanya mempunyai 30 hari, namun Augustus Caesar menganggap dirinya sama hebat jika tidak lebih hebat daripada Julius Caesar, maka beliau telah memerintahkan supaya bulan Ogos ditambah satu hari. Ini menjadikan jumlah hari dalam bulan Ogos sebanyak 31 sama seperti bulan Julai.Kesan pembesaran Empayar Rom menyaksikan penyebaran penggunaan takwim Julian yang kemudian turut diterima pakai gereja Kristian.

Pada tahun 527 Masihi, seorang paderi Rom bernama Dionysius Exiguus memperkenalkan sistem pengiraan takwim yang diberi nama Anno Domini atau AD (yang memulakan tarikh 1 AD sempena kelahiran Isa al-Masih). Orang Islam menggelarkan pengiraan ini sebagai al-Masihiah atau Masihi.

Menariknya, berlaku kekeliruan dengan tarikh lahirnya Nabi Isa apabila Dionysius Exiguus menyatakan bahawa Nabi Isa lahir pada tahun 754 auc tetapi ramai yang beranggapan bahawa kiraan Exuguus tidak tepat dan mempunyai ralat sebanyak beberapa tahun.

Jika ditinjau panjang purata setahun bagi takwim Julian ialah 365.25 hari dengan satu hari ditambah setiap empat tahun, ini jauh berbeza dengan panjang sebenar bagi setahun.Namun demikian, di kalangan ahli astronomi sendiri, panjang sebenar tempoh satu tahun dipertikaikan.

Pendapat popular berpegang kepada purata tahun tropika iaitu 365.2422 hari dalam setahun manakala satu lagi pendapat mengatakan bahawa panjang purata setahun ialah 365.2424 hari.Beza nilai ini ialah masing-masing 0.0078 hari (11 minit 13.8 saat) dan 0.0076 hari (10 minit 56.4 saat).

Akibatnya setiap 131 tahun, takwim Julian ini akan berganjak menyebabkan ia tidak lagi selari dengan perubahan musim solstis dan ekuinoks yang merujuk kepada kedudukan matahari dengan bumi dan ini menjadi sumber pengiraan yang penting bagi hari-hari kebesaran Kristian.

Menjelang abad ke-16, tarikh Hari Easter yang sepatutnya berlaku semasa Ekuinoks Musim Bunga telah memasuki musim panas.Bagi mengatasi masalah ini, Pope Paul III mendapatkan beberapa ahli astronomi seperti Christopher Clavius untuk mencari penyelesaian kepada keadaan gawat itu dan kajian dilakukan sehinggalah Gregory XIII menjadi Pope Gereja Roman Katolik.

Beberapa cadangan dikemukakan dan Gregory XIII memilih cadangan Clavius. Pada 24 Februari 1582, beliau memperkenalkan beberapa perubahan kepada pengiraan takwim dan ini dikenali sebagai "Takwim Gregorian".Perubahan yang diperkenalkan adalah seperti berikut:Sebanyak 10 hari ditolak daripada takwim yang dipakai pada ketika itu menjadikan hari yang menyusul selepas Khamis, 4 Oktober 1582 sebagai Jumaat 15 Oktober, 1582 (5 Oktober 1582 jika menurut kiraan Julian).

Bagi pengiraan tahun lompat Julian, tahun itu mestilah boleh dibahagi dengan angka 4. Dalam perubahan yang diperkenalkan melalui takwim Gregorian, sesuatu tahun lompat itu hanya dikira jika sama ada boleh dibahagi dengan 400.Oleh itu, setiap tahun yang boleh dibahagi dengan 4 ialah tahun lompat melainkan jika boleh dibahagi dengan 100 dan tidak dengan 400.

Ini menjadikan tahun-tahun 1600 dan 2000 sebagai tahun lompat tetapi tidak demikian bagi tahun-tahun 1700, 1800, 1900 dan 2100.Hari pertama tahun baru ditetapkan pada 1 Januari setiap tahun.

Hari bagi tahun lompat ditetapkan pada 29 Februari.Penggunaan takwim berkenaantersebar serta-merta ke negara Roman Katolik seperti Sepanyol, Itali, Portugal, Poland, Perancis dan Luxembourg dan secara berperingkat digunakan di negara seperti Jerman, Belgium, Switzerland, Belanda dan Hungary.

Takwim ini mempunyai konotasi kepada agama Kristain, oleh sebab itu mungkin menyebabkan rasa tidak senang hati di kalangan penganut Islam dan Yahudi khususnya, maka ringkasan AD diganti dengan CE iaitu “Christian Era” manakala BC (“Before Christ”) diganti dengan BCE (untuk Before Christian Era).

Bagi penganut Kristian, sambutan tahun baru mempunyai konotasi keagamaan kerana tahun baru menandakan ulang tahun kelahiran al-Masih namun, kepada orang lain sambutan itu mempunyai konotasi yang berbeza.

Perubahan angka pada tahun hanya berlaku sekali setahun dan semua ini mempunyai kaitan dengan keadaan manusia itu sendiri.Jika dilihat kepada sejarah, 2004 misalnya menyaksikan banyak pertumpahan darah dan tragedi yang berlaku di Iraq, Sudan, Russia, Thailand dan beberapa negara lain.

Bermulanya 2005 dilihat sebagai satu tanda harapan untuk memulakan kehidupan yang lebih baik tetapi yang menjadi persoalan sekarang, adakah wajar sambutan tahun baru disambut oleh orang Islam dengan pesta, hiburan dan hedonisme? Tiada salahnya menyambut ketibaan tahun baru jika niat yang disertakan adalah untuk membawa perubahan ke arah yang lebih baik.

Sudah tentulah berpesta dan bersuka-ria tanpa mengikut lunas syariat Islam yang dilarang dan ditegah. Menurut pandangan Islam, peredaran masa ialah satu proses alam yang ditetapkan Allah bagi dunia ini.Malah di dalam al-Quran banyak ayat yang diturunkan menegaskan pentingnya masa dalam kehidupan manusia.

Jika ditinjau secara logik, 1 Januari hanyalah satu hari dalam setahun yang tidak mempunyai apa-apa signifikan besar kepada kehidupan manusia melainkan hanya menjadi tanda bermulanya era baru berasaskan pengiraan takwim solar yang mempunyai asal-usulnya kepada agama Kristian.



SEJARAH TAKWIM HIJRAH
Pengiraan takwim Islam berlandaskan pergerakan dan kedudukan bulan, berbeza dengan pengiraan sistem AD dan CE yang melihat kepada kedudukan dan pergerakan matahari.. Masyarakat Islam kita hari ini, terutamanya generasi muda sering terikut-ikut budaya Barat ketika menyambut tahun baru. Mereka sepatutnya lebih mengutamakan sambutan 1 Muharram

Perkembangan takwim banyak berhubung kait dengan faktor keagamaan dan sains. Dalam hal ini, ada dua cara pengiraan takwim, iaitu dengan menggunakan matahari (syamsiah atau solar) dan bulan (qamariah atau lunar).

Berkenaan penetapan takwim, Allah berfirman yang membawa maksud: "Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-pindah) pada tempat-tempat peredarannya (masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-Nya (tanda-tanda kebesaran-Nya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikan-Nya." (Surah Yunus, ayat 5)


MAKSUD BULAN BULAN ISLAM

Muharram ertinya yang "diharamkan' atau 'dipantangkan' kerana dalam bulan ini dilarang dari menumpahkan darah.
Larangan ini berjalan terus sampai datangnya permulaan Islam yang telah membatalkannya..


Safar ertinya 'kosong' atau 'kuning'. Dalam bulan ini semua lelaki bangsa Arab dahulu keluar meninggalkan rumah sama ada berperang, berniaga,mengembara dan sebagainya.

Rabiulawal ertinya 'penetapan pertama'.

Dalam bulan ini semua lelakiyang sebelumnya keluar meninggalkan rumah telah kembali berada di rumahmasing-masing.

Rabiulakhir ertinya 'penetapan terakhir'.

Dalam bulan ini semua lelakiyang sebelumnya keluar meninggalkan rumah telah kembali berada di rumahmasing-masing.

Jamadilawal
ertinya 'kering' atau 'beku'.

Dalam bulan ini orang Arab zaman dahulu mengalami kekeringan air, parit, sumur, sungai, lembah dan tasik menjadi kering.

Jamadilakhir
ertinya 'peng-habisan' atau 'kering yang penghabisan' .

Dalam bulan ini orang Arab zaman dahulu mengalami kekeringan air yang penghabisan atau yang terakhir.

Rejab
ertinya 'mulia' Orang Arab zaman dahulu memuliakan bulan inidengan 4 cara iaitu,

a) Tanggal 1 Rejab mereka akan menyembelih anak unta sebagai tanda pengorbanan.
b) Tanggal 1 Rejab juga mereka akan membuka pintu Kaabah siang danmalam supaya dapat beribadat sepuas-puasnya.
c) Tanggal 10 Rejab mereka akan kembali menyembelih korban tetapitidak lagi anak unta Amalan ini telah dibatalkan dengan kedatangan Islam.
d) Diharamkan berperang tetapi selepas kedatangan Islam larangan inijuga telah dibatalkan.

Syaaban ertinya 'berserak-serak' . Dalam bulan ini orang Arab zaman dahuku akan berserak ke lembah, tasik, sungai dan sbgnya untuk mencari air disebabkan oleh kekeringan.

Dinamakan juga berserak untuk mencari kebajikan.

Ramadhan ertinya 'panas terik' atau 'terbakar'.

Cuaca dalam bulan ini diJazirah Arab sangat panas dan terik sehinggakan sesiapa yang berjalan kaki tanpa memakai alas pasti kakinya akan melecur.
Sabda Rasulullah, "bulan inijuga dapat membakar dosa-dosa lalu".

Syawal
ertinya'naik'.

Dalam bulan ini bila orang Arab menaiki unta dan ini membuatkan ekor unta tersebut menegak sedangkan dalam bulan initidaklah berlaku sedemikian.

Zulkaedah erti 'yang empunya duduk'.

Dalam bulan ini semua orang lelakia kan menetap di rumah masing-masing tiada yang keluar bermusafir ataumengembara.

Zulhijjah
ertinya 'yang empunya haji'.

Dalam bulan ini semua umatmanusia akan keluar menunaikan ibadah haji bermuka dari zaman Nabi Adam sehinggalah sekarang.

sumber: sarzli

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails