Sunday, August 7, 2011

ISU GEREJA - PAS PILIH DIPLOMASI

7 Ramadan 1432 H | 7 August 2011

KUALA LUMPUR, 7 Ogos: "PAS akan berjumpa secara langsung dengan Jais dan pihak gereja apabila mereka memberikan tarikh. Kita perlu mendapatkan penjelasan daripada pihak yang berkenaan dan tidak timbul kenyataan sokong mana-mana pihak. Selepas berjumpa baru akan dibuat keputusan," tegas Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan Jais melakukan pemeriksaan terhadap Majlis Makan Muhibah di Gereja Methodist, Damansara Utama, baru-baru ini.


Ditanya pendirian PAS terhadap Dr Hassan, Ustaz Hadi berkata parti telah mendengar penjelasan beliau dalam mesyuarat dan berpuas hati dengan penjelasannya.

"Kita tak bincang apa-apa ketetapan pun terhadap Dr Hassan dan beliau datang hari ini kerana menghadiri mesyuarat AJK, bukan kerana dipanggil," jelas beliau.


Beliau turut mendakwa isu ini sengaja diperbesarkan untuk menutup isu penduduk tetap (PR) diberi kad pengenalan biru dan didaftarkan sebagai pengundi untuk pilihan raya umum ke-13.


"Kita tahu isu ini sengaja ditimbulkan untuk menenggelamkan isu pemberian kad pengenalan (biru) kepada penduduk tetap.


Sementara itu Ustaz Hadi memberitahu mesyuarat hari ini tertumpu kepada persiapan PRU ke-13 khususnya mengenai isu pembersihan dalam sistem pilihan raya.


"PAS bincang tentang PRU walaupun tarikh pilihan raya masih menjadi teka-teki.
Daftar pemilih masih tidak bersih dan kita mahu daftar pemilih dibersihkan segera," katanya. - harakahdaily

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails