Sunday, August 7, 2011

Media Prima” Pecat Ustaz Zamri Kerana Bersih 2.0, Mereka Juga Perlu Pecat “Penerbit Iklan Sahur”



Sebelum ini iaitu ketika menjelangnya Hari Raya Aidil Fitri tahun lalu (2010) umat Islam dikejutkan dengan penayangan Iklan berbaur penghinaan oleh stesyen Tv3 milik Media Prima. Siaran iklan yang menonjolkan imen Santa Claus itu telah mendapat kritikan daripada Umat Islam dan akhirnya ia telah ditarik balik oleh pihak TV3, biar pun penerbit dan pihak yang mencipta iklan itu langsung tidak dibawa ke muka pengadilan mahupun dikenakan tindakan tegas oleh pengurusan stesyen terbabit. Kini selepas setahun bermalu. Media Prima buat hal lagi, bila sekali lagi menyinggung perasaan umat Islam dengan penyiaran iklan sahur di TV9. Iklan tersebut jelas sekali telah menghina sendiri konsep dan fungsi sahur kepada umat Islam di dalam menjalani ibadah puasa. Bantahan telah dilakukan oleh berbagai pihak tentang kontoversi ini kerana iklan berkenaan secara terang-terangan menghina dan terpesong daripada maksud sebenar ibadah di dalam agama Islam sehingga menjadi bahan tertawa masyarakat Malahan, Sikap yang ditonjolkan di dalam iklan Ramadhan tersebut juga sangat biadap apabila menunjukkan bahawa jiran tetangga bersaing kepada perkara yang tidak sepatutnya dan mentertawakan jiran apabila jiran tetangganya tidak dapat bersahur seterusnya menunaikan ibadah puas. Sila lihat iklan dibawah kepada anda yang tidak sempat menyaksikannya di kaca TV9 sebelum ini. Amati betul-betul apakah iklan seperti ini mempunyai nilai komersialnya?.


Jika pihak Media Prima boleh mengambil tindakan kepada Ustaz Zamri dengan memecatnya daripada rancangan Adik & Al-Quran TV9 hanya kerana dia dilihat hadir ke perhimpunan Bersih 2.0. Maka mereka juga separutnya memecat juga pihak yang bertanggungjawab menerbitkan iklan berkenaan sebenarnya.

Bukankan perbuatan mereka yang menerbitkan iklan berkenaan lebih berdosa dari segi agama Islam daripada perbuatan Ustaz Zamri itu sendiri. Jika tidak, Media Prima akan dipersalahkan kerana mengamalkan budaya politik sempit terhadap kakitangan mereka.

Sebelum ini pengacara Wardina Shafiyah juga telah dikenakan tindakan gara-gara hadir ke satu program anjuran parti pembangkang. Apakah ini demokrasi namanya?. Hina Islam dilepaskan tetapi hadir ke program parti lawan dikenakan tindakan. Nampak benar pihak Media Prima mengamalkan budaya jahiliah dalam pentadbirannya.

[Ini jelas satu penghinaan sebenarnya, namun kenapakah pihak Media Prima sekali lagi terlepas pandang akan perkara ini. Sedangkan mereka berjanji tidak akan mengulangi perkara yang sama selepas iklan raya hina Islam diterbitkan pada tahun lepas. Soalnya, apakah agenda dan motif pihak terbabit agaknya. Ke mana pergi badan-badan berkenaan yang kononnya ditugaskan untuk memantau penerbitan sesuatu rancangan di negara ini.

Jika inilah keadaannya, maka sampai bila-bila pun agama Islam itu akan terus dihina oleh mereka yang sengaja mencari jalan untuk berbuat demikian, Dalam hal ini, apakah Media Prima wajar berdiam diri lagi sedangkan ia jelas menjatuhkan imej mereka?.

Tindakan tegas perlu dilakukan terhadap pihak yang berada dibelakang tabir iklan berkenaan. Jika tidak, ironinya tetap sama seperti iklan hina Islam dulu. Kes didiamkan dan tiada siapa yang dikenakan tindakan. sedangkan laporan polis telah dibuat terhadap individu yang berkenaan sebenarnya. Apakah kita wajar berdiam diri melihat perkara ini terus terjadi di depan mata?].

http://pahangdaily.blogspot.com/

.

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails