Sunday, August 7, 2011

Khairi Jallaluddin wajar disiasat

Isu : Pelanggaran Etika Penjawat Awam dan Penyalahgunaan Kuasa


1. Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menghantar delegasi yang diketuai oleh Ketua DPP Malaysia bersama Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Undang – undang dan hak Asasi Manusia DPPM ke Mesir pada 2 hb August 2011 yang lalu untuk melihat dan meneliti dari dekat mengenai aduan ramai pihak mahasiswa/i Mesir mengenai salah laku seorang Pegawai Atase Pendidikan Malaysia [ Education Malaysia Egypt ] Kementerian Pengajian Tinggi yang bernama Khairi Jalalluddin.

2. Sebagai seorang pegawai atase pendidikan , Khairi Jalalluddin telah dilihat terlalu banyak melakukan tindakan yang bertentangan dengan etika kerja dan bercanggah pula dengan profesionalisme tugasnya. Beliau juga menjadi Ahli Lembaga Kelab UMNO Mesir.

3. Beliau sepatutnya berperanan untuk memberi khidmat dan membantu peningkatan akademi mahasiswa\i di Mesir, tetapi malangnya beliau pergi untuk berpolitik, mengganggu mahasiswa dan mencetus perbalahan antara pihak mahasiswa dengan pihak kerajaan khasnya kedutaan Malaysia di kaherah Mesir.


4. Antara contoh salah laku beliau yang dilapor dan didedahkan ialah

· Berusaha untuk memecahkan kesatuan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir [PMRAM]
· Merancang untuk mengheret pelajar Perubatan Mesir menyertai Kelab UMNO.
· Berkempen dihadapan mahasiswa supaya mahasiswa menyertai Kelab UMNO Mesir
· Mengadudomba agar pihak Duta bertembung dengan Mahasiswa

5. Lebih banyak penyelewengan dan salahlaku beliau telah didedahkan oleh sebuah laman social facebook KJ Bocor Fan Club.

6. Dewan Pemuda PAS Malaysia memandang serius perkara ini dan memohon pihak berwajib seperti pihak Kementerian Pengajian Tinggi menyiasat segala pendedahan yang dibuat oleh KJ Bocor Fan Club.

7. Sekiranya Khairi Jalalluddin bertindak seperti yang didedah, DPP Malaysia mendesak dan menggesa supaya Khairi Jallauddin segera dipanggil pulang dan dikenakan tindakan wajar. Jika beliau mahu berpolitik dan mempolitikkaan mahasiswa, sila letak jawatan sebagai Pegawai Atase Pendidikan dan beliau bolehlah kembali ke Mesir atas nama Ahli kelab UMNO Mesir tanpa perlu lagi berselindung di sebalik jawatan kerajaan.

Ustaz Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails