Monday, August 15, 2011

Pertemuan PAS-JAIS batal atas nasihat Sultan

Pembatalan hasrat PAS bertemu dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) - yang dijadualkan hari ini - berhubung pemeriksaan sebuah gereja di Petaling Jaya dibuat atas nasihat Sultan Selangor.

NONENaib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (kiri) berkata, baginda "menasihatkan" JAIS agar tidak bertemu dengan mana-mana pihak bagi menjaga maklumat siasatan daripada terlepas.

"Memang kita minta hari ini (berjumpa), tetapi jawapan JAIS telah pun diberikan secara bertulis, atas beberapa perkara (alasan) kerana kes itu dalam siasatan.

"Dan atas nasihat Tuanku Sultan, untuk JAIS tidak lagi bertemu mana-mana pihak supaya menjaga, supaya maklumat siasatan itu tidak terlepas kepada pihak lain," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur pagi ini.

Bagaimanapun, Mahfuz berkata, PAS masih berharap dapat bertemu JAIS selepas jabatan itu menyelesaikan penyiasatannya.

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails