Monday, March 14, 2011

Gempa di Jepun Melepaskan Tenaga Setara 6,7 Trilion Ton TNT

Jumlah tenaga yang dilepaskan oleh gempa besar yang terjadi Jumaat yang lalu di Sendai Jepun setara dengan ledakan 6,7 trilion ton bom TNT, atau sekitar seribu kali kekuatan seluruh senjata nuklear yang ada di bumi bila digabungkan.

http://assets.nydailynews.com/img/2011/03/12/gal_tsunami_japan_2.jpg

Seperti mana gempa di New Zealand yang sebelum ini terjadi, gempa 8.8 Skala Richter di Chile tahun lalu, serta gempa di Aceh 9.1 Skala Richter Aceh pada 2004, bencana yang terjadi di Jepun adalah hasil dari gaya geologi raksasa yang bekerja di sepanjang cincin api Pasifik (Pacific Ring of Fire) yang juga melewati sebagian besar wilayah Indonesia.

Seperti ditulis oleh situs DailyMail, dalam gempa kali ini plat Pasifik menghujam plat Filipina di zon subduksi, sehingga terjadi gempa 9 Skala Richter dengan episentrum yang terletak di sekitar 128 km dari Fukushima, di kedalaman 9.6 km.

Jepun sendiri merupakan negara tempat bertemunya beberapa kerak tektonik, iaitu plat Pasifik, plat Filipina, plat Amerika Utara, dan plat Eurasia. Tidak hairan apabila Jepun sudah begitu akrab dengan gempa ini.

Pada Oktober 2004, gempa berlaku dengan magnitud 6.8 menghengtam daerah Niigata di Utara Jepun, meragut 65 nyawa dan 3000 cedera. Itu merupakan gempa paling dahsyat sejak gempa di Kobe 1995 dengan magnitud 7.3 yang mengambil lebih dari 6400 nyawa.

Oleh kerana Jepun adalah salah satu negara yang paling kerap menghadapi bencana gempa. Sebab itu di Jepun gempa telah menjadi salah satu kurikulum bagi anak-anak sekolah, dan bangunan-bangunan di sana menerapkan 'standard' yang ketat untuk menghadapi gempa.

Perlu diingat, gempa bumi besar tidak hanya meragut banyak nyawa dan kerosakkan bangunan semata-mata, tapi juga bencana yang lebih hebat, iaitu tsunami yang boleh meragut korban nyawa lebih besar lagi.

Dalam hal ini, gempa Sendai membangkitkan tsunami setinggi 10 meter dengan kepantasan sekitar 800 km per jam. Oleh kerana korban nyawa di Jepun dianggarkan lebih dari 10 ribu orang.

Seorang geologi dari University of Edinburgh, Profesor Ian Main, mengatakan Jepun masih beruntung kerana musibah ini terjadi di lokasi yang relatif lebih jauh dari daerah padat lain di Jepun.

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails