OLEH : DATO' TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN, NAIB PRESIDEN PAS
Bahagian 1
Muktamar bukan sahaja untuk memenuhi tuntutan perlembagaan parti, tetapi juga yang lebih utama adalah sebagai medan muhasabah bagi membangkitkan semangat jihad di dalam diri setiap pemuda. Imam Hassan Al-Banna telah menggariskan empat ciri yang menggambarkan pemuda yang sebenar:
- Mempunyai semangat yang berkobar-kobar
- Menyasarkan cita-cita yang tinggi, dan bersifat memandang ke hadapan
- Melakukan gerak kerja secara bersungguh-sungguh
- Memiliki masa depan yang panjang - untuk merealisasikan matlamat
Oleh itu Pemuda perlu diperkasakan bermula di peringkat cawangan, DUN, Kawasan, Negeri sehinggalah di peringkat Pusat. Perlu ada suatu 'task force' dalam merencana kekuatan Pemuda. Apa yang dapat dilihat kini adalah bila mana kekuatan Pemuda di sesuatu cawangan tidak seimbang, ada yang kuat, dan ada yang lemah. Dan ianya menjadi salah satu faktor penurunan undi di saluran tiga dan empat semasa PRK Kerdau baru-baru ini sehingga mengakibatkan ketewasan PAS di sana.
Oleh itu semua pihak perlu berperanan dalam menggembeleng kekuatan Pemuda di semua peringkat. Suka untuk dinasihatkan beberapa perkara ke arah mencapai matlamat tersebut:
- Pertingkatkan ilmu sebagai seorang muslim dan anggota gerakan Islam dengan mengadakan program tarbiyah seperti rehlah, mukhayyam dan sebagainya
- Jadilah Pemuda yang dipuji Allah, iaitu yang beriman dan mempunyai komitmen bagi menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini
- Teruskan semangat kerja di PRK Kerdau dengan menggembeleng seluruh kekuatan Pemuda di dalam muktamar kali ini agar momentum tersebut akan diterjemahkan di dalam PRU13 tidak lama lagi
No comments:
Post a Comment