Monday, March 14, 2011

'ALTANTUYA AKAN DIHIDUPKAN'

Masih banyak misteri yang belum terungkai..
9 Rabi'ul Akhir 1432 H | 14 Mac 2011

PKR akan menggerakkan jenteranya di seluruh negara dengan membangkitkan semula isu kontroversi sekitar kematian model Mongolia Altantuya Shaariibuu yang didakwa sesetengah pihak melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Program itu dirancang sebagai tindak balas kepada demonstrasi bersama - antaranya melibatkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) - bagi mendesak
Anwar menyerahkan sampel DNA kepada pihak pendakwaan di mahkamah.

"Ia akan digelar DNA sebagai singkatan untuk "Datuk Najib Altantuya, yang akan melibatkan ceramah dan pengedaran risalah," kata Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution dalam sidang media selepas mesyuarat majlis tertinggi Pakatan Rakyat di Parlimen. - malaysiakini

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails