Saturday, March 12, 2011

Kadar Radiasi naik 1000 kali ganda ,Kawasan loji Nukler Fukushima diistihar Darurat

Tokyo: Pemerintah Jepun mengisytiharkan darurat di lima kawasan loji nuklernya di wilayah Fukushima selepas sistem penyejukan loji berkenaan termasuk sistem sokongan gagal berfungsi selepas dilanda gempa pada ukuran 8.9 skala Richter semalam.

Arahan berpindah juga turut dikeluarkan ekoran kebimbangan berlaku kebocoran dan peningkatan kadar radiasi ke kawasan sekitar yang dihuni puluhan ribu penduduk negara itu.

Difahamkan sekurang-kurangnya 20,000 penduduk telah pun dipindahkan dari kawasan berhampiran oleh pihak keselamatan negara itu.

Sementara itu satu gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter di perairan timur Honshu, berlaku pada pukul 9.47 pagi waktu tempatan hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi adalah di 292 km dari timur laut Tokyo dan 4,243 km dari timur laut Kudat di Sabah.


Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia dan jabatan sedang memantau perkembangan berkenaan.

Agensi berita Kyodo News pula melaporkan sehingga kini 398 ditemui mati manakala 805 lagi masih hilang.

Lebih 1,000 orang dikhuatiri terbunuh dengan kebanyakan kematian akibat lemas.

Sekurang-kurangnya 124 gegaran pada ukuran 5 skala Richter berlaku selepas gempa kuat 8.9 skala Richter yang mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter semalam.


Gempa bumi Jepun: Kadar radiasi naik 1,000 kali


Gambar fail Reuters
menunjukkan loji tenaga nuklear yang beroperasi di Fukushima.

TOKYO, 12 Mac — Sistem pendinginan di reactor nuklear Jepun di tiga lokasi tumpuan gempa bumi telah gagal berfungsi menyebabkan radiasi meresap keluar di satu loji manakala di dua loji yang lain suhu semakin meningkat. Kadar radiasi meningkat kira-kira 1,000 kali berbanding paras normal di bilik kawalan reaktor No. 1 loji Fukushima Daichi, demikian menurut Agendai Keselamatan Nuklear dan Industri Jepun.

Tanpa memberitahu kadar radiasi sebenar yang meresap keluar, agensi itu berkata, ia juga dikesan di bahagian luar menyebabkan kerajaan mengambil tindakan pengosongan melibatkan kawasan lingkungan sejauh 10 kilometer.

Terdahulu sekitar 3,000 penduduk telah diminta meninggalkan rumah mereka.

Semlam, Tokyo Electric Power Co berkata suhu di reaktor No. 1 dan No. 2 di tapak tenaga nuklear Fukushima Daini meningkat dan ia sudah hilang kawalan ke atas tekanan pada reaktor-reaktor gunaan mereka.

Stesen Fukushima Daini adalah loji tenaga nuklear kedua beroperasi di kawasan Fukushima, timur laut Jepun yang dilanda gempa bumi dan tsunami petang semalam.

Tepco berkata kira-kira pukul 2.46 petang semalam (waktu Jepun), tiga daripada enam reaktornya dihenti operasi ekoran gempa bumi.

Kesemuanya adalah reaktor air didih.

Kata Tepco, reaktor-reaktor ditutup ekoran kehilangan kuasa luar kerana kegagalan fungsi salah satu daripada dua sistem tenaga.

Kejadian itu membawa kepada penggunaan janakuasa diesel kecemasan bagi menyediakan kuasa sokongan kepada loji tersebut.

Bagaimanapun janakuasa diesel pula henti selepas sejam loji henti operasi, menyebabkan tiadanya kuasa bagi sistem pendinginan.

Loji tenaga nuklear memerlukan kuasa bagi motor, injap dan instrumen yang mengawal sistem, yang menyediakan air dingin kepada teras radioaktif.

Setiausaha Kabinet Yukio Edano berkata, “penduduk selamat selepas mereka dalam kawasan lingkungan tiga kilometer dipindah keluar dan mereka dalam kawasan lingkungan 10 kilometer pula diminta tinggal dalam rumah, jadi kami mahu penduduk bertenang. — Agensi

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails