Saturday, March 5, 2011

Mahathir, Najib penyambung perjuangan Atartuk

Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan kematian Mustafa Kamal Atartuk baru-baru ini ketika membuat lawatan resmi ke Turki. Amerika Syarikat (AS) dan barat memberi pengiktirafan, Atartuk sebagai bapa sekularisme dan pengasas Turki Moden.

Tiada pemimpin dunia termasuk pemimpin-pemimpin dari negara umat Islam yang berkunjung ke Turki tidak memberikan penghormatan kepada Kamal Atartuk sebagai salah satu acara resmi di negara umat Islam yang mempertahankan sekularisme habis-habisan itu, walaupun ia kini ditadbir oleh parti AK pimpinan Abdullah Gul dan Racip Tayyeb Erdogan,masing-masing sebagai Presiden dan PM.

Parti AK tidak mampu menukar tradisi ini kerana kuasa tentera di Turki yang mempertahankan amanah sekularisme yang diasaskan oleh Atartuk. Jika ada pihak yang cuba menukar asas sekularisme ini, pihak tentera akan bertindak merampas kuasa seperti yang pernah berlaku terhadap kerajaan Erbakan yang memerintah dalam waktu yang singkat. Erbakan meninggal dunia baru-baru ini.

Parti AK walaupun telah mengukuhkan kuasa pemerintahannya dengan sedikit demi sedikit mengubah landskap politik Turki termasuk mampu menahan beberapa general tentera yang dikatakan cuba menguling kerajaan pilihan rakyat, tetapi ia tidak mampu melintasi garisan amalan pemerintahan sekularisme Turki dan pernah mengistiharkan bahawa Turki akan tetap melaksanakan pemerintahan berasaskan prinsip-prinsip sekularisme yang diasaskan oleh Atartuk.

Tun Dr Mahahtir sangat mengagumi Atartuk dan tidaklah pelik dan menghairankan jika anak didiknya, Najib yang sering mendapat panduan dari Mahathir, secara langsung atau tidak langsung, turut mengagumi bapa sekularisme Turki itu.

Siapa sebenarnya Mustafa Kamal Atartuk? Dalam buku-buku sejarah termasuk buku sejarah yang dipelajari oleh pelajar-pelajar negara ini, Mustafa Kamal Atartuk dianggap sebagai penyelamat Turki dan bapa Turki moden.

Fakta sejarah telah diselewengkan.Hakikatnya Atartuklah yang meruntuhkan khalifah Islam terakhir yang berpusat di Turki. Atartuk berkerjasama dengan penjajah dan menjadi ejan dan talibarat penjajah. Dialah yang cuba menukar dan menghapuskan apa-apa yang berbentuk dan berbau Islam di Turki, sehingga solat dan azan pun hendak ditukar dalam bahasa Turki. Ada yang menganggapnya sebagai ejen CIA.

Sejarah perlu ditulis semula, bukan sahaja sejarah Turki tetapi juga sejarah negara ini. Bagi negara ini, penulisan semula sejarah negara hanya mampu dilakukan jika berlaku perubahan dalam
pemerintahan negara dan perubahan itu mesti dilakukan dalam pilihanraya umum ke-13 ini.

Sebagai permulaan kepada perubahan itu, para pengundi hendaklah sanggup berkorban dan berani melakukan perubahan paradigma dengan mengundi PAS dan Pakatan dalam pilihanraya kecil Dun Merlimau di Melaka dan Dun Kerdau, di Pahang. Dalam beberapa pilihanraya kecil sebelum ini termasuk di Tenang, Johor, tiada perubahan yang dilakukan, maka sudah sampailah masanya kali ini perubahan dilakukan, walaupun kerusi kedua-dua Dun itu adalah kubu kuat Umno-BN.

Para pengundi di dua Dun ini perlu mengajar pimpinan Umno-BN yang angkuh, menindas,lupa diri sehingga menganggap tiada kuasa yang mampu menumbangkan pemerintahannya, sedangkan hakikatnya tiada mana-mana pemerintahan pun yang kekal untuk selama-lamanya. Kalau pemerintahan yang adil dan bersih, di sisi Allah akan mendapat ganjaran kebaikan dan begitu pula sebaliknya, jika pemerintahan zalim dan menindas akan tetap jua mendapat ganjaran dari kezaliman yang dilakukan, PM Najib yang mendapat ilham dan mengagumi Atartuk dengan meletakkan kalungan bunga di tugu peringatannya di Turki merasa perlu dan sanggup membelasah hebat ulama kontemporari yang tersohor diseluruh dunia, Sheikh Yusof Qardawi dan Pergerakan Islam Ikhwan Muslimin sebagai pengganas.

Najib mempunyai hati untuk mmbelasah sedemikian rupa. Najib keliru dan tidak faham perjuangan Islam dan sejarahnya. Najib juga bagaikan menjadi jurucakap AS dan barat. Tidak payahlah Obama, Hiliry Clintan dan pemimpin barat yang lain, David Cameron,Sarkozy dan lain-lain untuk melebalkan demikian terhadap Yusof Qardawi dan Ikhwan Muslimin. Mereka sudah ada jurucakapnya. Di sini Tun Mahathir sedikit boleh di hormati kerana semasa era pentadbirannya sanggup mengecam polisi AS dan barat.

Najib perlu tahu bahawa sejak berakhirnya khalifah Islam diTurki pada 1924, maka empat tahun kemudian terbentuklah gerakan Ikhwan Muslimin pada 1928 sebagai wadah menggantikan penerusan perjuangan Islam.

Ketika negara kuasa penjajah membahagi-bahagikan ghanimah, harta rampasan dalam bentuk negara Islam dan hasil mahsulnya, maka ketika tidak wujudnya negara Islam, maka umat Islam hendaklah berada dibawah payung pimpinan Islam dalam bentuk pergerakan, pertubuhan atau jemaah Islam. Inilah hakikat kewujudan Ikhwan Muslimin.

Sheikh Yusof Qardawi pula adalah satu-satunya ulama yang memperhambakan diri untuk perjuangan Islam dan sanggup menyatakan kebenaran Islam hatta di depan pemerintah atau penguasa yang ganas dan zalim. Sheikh Yusof sanggup meninggalkan negara tumpah darah untuk satu perjuangan menegakkan Islam, namun Najib sanggup mengecam beliau. Siaplah Najib dan rakyat perlu menolak pimpinannya dalam pilihanraya ke-13 ini.

Sesuatu yang ironis sekali, bagaimana Najib sanggup mengecam Sheikh Yusof, sedangkan ulama tersohor ini pernah diberi pengiktirafan sebagai tokoh hijrah beberapa tahun lalu oleh regim yang
dipimpinnya.

Apakah dengan pengiktirafan itu, Najib mahukan supaya Sheikh Yusof Qardawi menutup mulut dan memberi pujian kepada pimpinannya. Najib patut bertindak terhadap mereka yang merekomenkan Qardawi mendapat anugerah tokoh hijrah itu dari merasa terseksa kerana Qardawi tidak menyatakan pujian terhadap pentadbirannya.

Kemarahan Najib ini bertolak dari penerusan Qardawi menyokong Anwar dalam kes mahkamahnya dan enggan menukarkan pendiriannya terhadap Anwar yang dikenalinya begitu lama. Qardawi juga telah bersedia menyampaikan ceramahnya di Mesjid Negeri Selangor yang dihadiri orang ramai yang memenuhi mesjid pada malam hari beliau menerima anugerah tokoh hijrah dari kerajaan pusat.

Ceramah itu dikelolakan oleh Kerajaan Negeri Selangor atas inisiatif Anwar sendiri yang turut sama hadir pada malam bersejarah itu. Najib dan kerajaan pusat tidak dapat menerima hakikat ini, sedangkan inilah peluang untuk orangramai untuk mendengar ceramah dari tokoh berkarisma itu.

Betapa sempitnya dan tidak terbukanya minda dan dada orang-orang yang dipanggil pemimpin ini, sedangkan sepatutnya mereka berlapang dada. Qardawi tidak boleh ditutup mulutnya kerana semata-mata dengan anugerah itu. Qardawi baru-baru ini telah kembali ke Kaherah dan menyampaikan khutbah Jumaat di Dataran Tahrir, Kaherah, Dataran yang menyaksikan bermulanya sejarah baru Mesir dan tumbangnya regim zalim Hosni Mubarak. Lihatlah betapa umat Islam memberi penghormatan kepada ulama tersohor ini. Umat Islam seluruh dunia mengkagumi Qardawi.

Najib hanya mengagumi Atartuk kerana mempunyai pemikiran sekularismenya dan menolak pemikiran Islam yang dibawa oleh Qardawi.

harakah

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails