Assalamualaikum wbt
Ringkas sahaja tajuk kali ini.. pengurusan dalam kaca mata Islam?
Pengurusan bersistematik adalah sangat penting dalam kehidupan kita seharian dimana sahaja kita berada kita pasti inginkan yang terbaik sesuai dengan fitrah manusia yang ingin hidup dalam keadaan sempurna.
Dengan adanya pengurusan bersistematik, hidup akan sentiasa berdisiplin dan berpedoman.
Pengurusan dalam ISLAM
Dalam pengurusan, terdapatnya matlamat untuk membawa kejayaan di dunia dan juga untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan di akhirat. Hal ini dilaksanakan mengikut kebijaksanaan manusia mengurus alam berasaskan realiti masa.
Tiga perkara utama yang menjadi asas pengurusan Islam ialah:
- Aqidah
- Syariah
- Akhlak.
**Al-Falah (Kejayaan) sebagai matlamat utama dalam kehidupan dan menolak segala aktiviti haram untuk mendapat keredhaan Allah SWT
Terdapat 4 proses pengurusan dalam Islam
Perancangan (planning)
- Melibatkan perletakan matlamat, menerangkan strategi-strategi dan membangunkan plan-plan utk menyelaraskan aktiviti kerja
Penyelarasan (Organizing)
- Melibatkan usaha menentukan apakah tugas yg patut dilaksanakan, siapa yg patut laksanakannya, bagaimana ia perlu diperkumpulkan, siapa yg melapor kpd siapa dan di mana keputusan patut dibuat.
Kepimpinan (leading)
- Melibatan usaha memotivasikan pekerja, mengarah aktiviti-aktiviti, memilih saluran komunikasi yg paling berkesan dan menyelesaikan konflik
Kawalan (controling)
- Proses memantau prestasi, membandingkan prestasi dgn matlamat dan membetulkan sebarang penyimpangan yg berlaku
Elemen-elemen pengurusan Islam
1) Syura
- Proses pembuatan keputusan dan dianggap elemen paling penting
2) Hisbah
- Badan kawalan dalam pengurusan bagi memastikan perjalanan sesebuah organisasi akan berjalan dengan baik dan berkesan
3) Etika/akhlak
- Yang menjadi tunjang kepada kesempurnaan sesebuah organisasi untuk beroperasi secara berkesan.
Peranan sbg pengurus dalam organisasi seterusnya mendapat ILMU, iman, ihsan
1) Khalifah Allah
- MENGURUS/ mentadbir
2) Hamba ALLAH
- beribadah
PERBEZAAN antara pengurusan Islam VS Konvensional (Pengurusan moden)
Pengurusan Islam —–> Kebendaan & kerohanian (BERASASKAN TAUHID)
- Menjaga aspek-aspek yang mendatangkan kejayaan dengan keredhaan Allah mengikut falsafah TAUHID, iaitu menjaga hubungan dengan Allah (Hablumminallah) dan menjaga hubungan dengan manusia ( Hablumminnas).
- mematuhi syariah & akhlak/etika
- Memaksimakan keuntungan dalam kekangan agama
- Menjaga kebajikan
- amar ma’ruf & nahi munkar
Pengurusan moden —->Kebendaan (BERASASKAN PEMIKIRAN)
Prinsip Islam dlm pengurusan
- akauntabiliti
- tanggungjawab
- persaingan
- Konsisten & berterusan
- Perancangan
- kontingensi sistem
- Pengurusan penglibatan
- objektif
- Misi/matlamat
- kolektif
- kepimpinan
Selain itu, pembinaan budaya kerja berteraskan Islam juga akan meningkatkan lagi imej organisasi dan imej diri seperti pembinaan asas peribadi -ilmu, amal, ikhlas dan pembawaan peribadi -Adab pakaian, pergaulan *mujahadah *muraqabah *Muhasabah *yakin
Kesimpulan
- Pengurusan Islam mementingkan aspek material dan kerohanian
- Model atau teori yang dicipta barat boleh diterima pakai asalkan tidak bertentangan dengan syariat.
- Akal bertindak menjelaskan wahyu dan menolak yang bertentangan
- Matlamat akhir mencapai keredhaan Allah SWT
No comments:
Post a Comment