Tuesday, July 5, 2011

BOLEHKAH KERAJAAN DIDAKWA MENENTANG AGONG?

4 Sya'ban 1432 H | 5 Julai 2011
Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, kerajaan boleh didakwa menentang YDP Agong, sekiranya gagal melaksanakan perlembagaan yang antara lain menjamin pilihan raya bebas dan kebebasan berhimpun.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas titah khas Tuanku Mizan Zainal Abidin, berhubung perhimpunan aman Bersih, malam tadi.


“Kerajaan tidak boleh gunakan titah ini untuk kepentingan mereka. Begitu juga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kalau mereka gagal lakukan apa yang dikehendaki perlembagaan, mereka boleh dituduh menentang Agong,” ujar Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu.


Menurut Aziz, titah baginda yang menyeru kedua pihak berunding untuk mencari jalan penyelesaian perlu difahami dalam konteks yang terkandung dalam perlembagaan.


“Agong tidak menggelar himpunan Bersih haram, baginda cuma titah demo tidak semestinya cara terbaik.
Dan saya fikir baginda juga mengingatkan kerajaan,” ujarnya dalam kenyataan khas kepada Keadilandaily.com.

Menurutnya, rakyat perlu akur bahawa baginda bertitah sebagai ketua negara dan dalam peranan itu, baginda tidak boleh menunjukkan sikap emosional.


“Mungkin ada bahagian titah itu yang kita tidak selesa tetapi kita harus letakkan diri kita di tempat baginda supaya faham kedudukan dan sensitiviti yang baginda perlu ambilkira.


“Perlu disedari apa yang dituntut bukan kepentingan Bersih tetapi kehendak dan semangat perlembagaan,” ujarnya lagi.

sumber

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails