Tuesday, July 5, 2011

Bolehkah Umno Himpun Ahli 3 Juta?

Kenyataan Datu Seri Najib dengan penuh bangga untuk menghimpunkan ahli umno seramai 3 juta amat-amat dialu-alukan. Persoalannya bolehkah beliau mengumpul ahli sebanyak itu. Baru- baru ini untuk himpun 1 juta belia pada 27 -28/ Mei/ 2011pun gagal, yang hadir lebih kurang 10 ribu orang sahaja. Pengalaman umno dalam siri-siri himpunan mereka berakhir dengan kegagalan, seperti program Semarak, himpunan untuk membuang kekebalan Raja-Raja Melayu dan pemimpin bersama rakyat. Walaupun mereka buat kerahan kepada pegawai-pegawai kerajaan.

Apabila Presiden Umno mengaku, beliau boleh mengumpulkan 3 juta ahli hanya merupakan satu ilusi semata-semata. Umno di era ini bukan ada ruh perjuangan, menyertai umno hanya untuk mendapat benda. Bertempit sorak marah kepada kerajaan Pakatan Rakyat bukan kerana rakyat ditindas, tetapi kerana saluran pernafasan pemimpin umno semakin sempit kerana projek tidak diperolehi dengan mudah seperti zaman umno.Mereka tidak sanggup berhimpun jika tidak dibayar tambang dan nasi bungkus. Ini boleh dilihat ketika hari penamaan calon pilihanraya mereka tidak tahan lama untuk berhimpun, kadang- kadang beredar sebelum pengumuman dibuat.

Ia berlainan dengan penyokong Pakatan Rakyat ia hadir dengan jiwa yang tulus dan suci sanggup berjemur dan berpanas semata-mata untuk menuntut pilihan
raya yang adil.

Ustaz Idris ahmad
1Julai 2011


No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails