Monday, February 28, 2011

Belajar dari monyet dan jejentik

Masyarakat yang hidup di bandar, mungkin tidak banyak tahu soal kehidupan masyarakat suku pedalaman.

Bila kita tersesat di hutan dan mengalami kelaparan atau kehausan, suku pedalaman Talang Mamak di Riau menyebut, tidak ada salahnya kita belajar dari monyet.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjELo4LRCHgTcwmw-UwokXorGigkNMZW8g2XgcQNBrprJMfZFt6IeIMkyZmlPqyia1Drqdcr8TmpIYDjR0CoTQ19GaXNBpvkr0cGOnuKut83P9GiMVJZM7UPb7X29ihQaKHs5E2pacz6N0/s1600/smiling+monkey.jpg


Marilah kita semak beberapa kaedah biasa bagi kita yang ingin memasuki kawasan hutan. Memasuki kawasan hutan belantara, kita diminta untuk tidak sombong atau tidak berbuat yang pelik-pelik.

Jika kita kehabisan bekalan di tengah hutan, jangan panik. Suku pedalaman di Riau atau suku pedalaman apa pun yang ada di kawasan hutan belantara di Sumatera memiliki ilmu yang sama untuk boleh bertahan hidup di tengah hutan.

Menurut salah seorang tokoh adat Talang Mamak, Sidam Katak (70) yang hidup di dusun Datai, di kawasan puncak Taman Nasional Bukit Tigapuluh (TNBT), Kab Indragiri Hulu (Inhu) Riau, bila kita kehabisan bekalan makanan maka kita harus belajar dengan monyet. Di tengah hutan, banyak buah-buahan yang jarang dilihat dan jarang juga di makan masyarakat.

"Jika sudah di tengah hutan perbekalan anda habis, jangan khuatir. Anda boleh memakan buah-buahan yang ada di hutan. Belajarlah dari monyet. Makanlah buah yang dimakan monyet, kerana buah yang dimakan monyet pasti tidak beracun."

"Tapi sebaliknya, bila monyet tidak mahu memakan buah itu, jangan cuba-cuba kita memakannya. Buah yang tidak dimakan monyet pasti buah beracun," kata Pak Katak

Ilmu lain yang perlu kita pelajari adalah, bila kita tersesat di dalam hutan. Dalam kawasan hutan rimba, kita tidak boleh melihat sinar matahari secara jelas. Keadaan ini akan membingungkan kita untuk melihat dimana posisi timur atau barat.

Menurut Pak Katak, jangan khuatir bila tidak boleh memastikan mana arah timur dan barat tersebut. Tipsnya adalah, lihatlah hujung pohon di kawasan hutan itu.

http://www.geos.ed.ac.uk/homes/s0094539/remarkable_forest.preview.jpg

Hujung pohon umumnya akan condong dan kecondongan itu pasti mengarah ke matahari terbit. Jika tidak boleh terlihat secara jelas, maka tips lainnya kita disuruh melihat lumut di bahagian bawah pohon.

"Pohon tengah hutan bahagian bawahnya biasanya berlumut. Lihat saja, lumut yang paling tebal dan hijau, itu pasti bahagian timur. Sedangkan lumut yang tidak terlalu tebal, dipastikan berada di bahagian terbenamnya matahari," kata Pak Katak.

Kalau kita kehausan di tengah kawasan hutan dan tidak menemukan aliran sungai, Pak Katak menyarankan untuk mencari air dalam lubang-lubang kecil atau besar.

"Minum saja air dalam lubang-lubang itu sepanjang di dalam lubang ada jentik-jentik nyamuk. Kalau jentik nyamuk saja boleh bertahan hidup dalam air itu, maka kita juga boleh meminum airnya."

"Tapi jika ada air yang bening, namun tidak ada jentiknya, jangan cuba-cuba untuk kita minum, boleh jadi air itu ada racunnya. Atau bolrh juga kita perhatikan monyet tadi, kalau monyet mahu meminum air itu, dijamin air itu tidak beracun," kata Katak.

HIMPUNAN 500K BERSIH 2 : Kenapa Wajar ?

1. Kita telah memberikan tempoh sehingga 1 Mei 2011 untuk Kerajaan UMNO dan BN segera melakukan satu transformasi yang meyakinkan rakyat dalam pengurusan dan pengendalian sistem demokrasi negara agar adil , telus dan baik. Rakyat telah menanti dalam satu tempoh yang terlalu lama untuk kerajaan melakukan perubahan yang dimaksudkan sejak tuntutan mereka melalui rally BERSIH 1 tempoh lalu.

2. Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan selayaknya menjadi slogan yang baik untuk kerajaan bertindak drastik untuk memulihkan persekitaran dan meratakan padang demokrasi negara agar semua parti yang menyertai pilihanraya dapat bertanding dan bersaing di atas padang yang sama rata . Sebagaimana tindakan drastik yang diambil oleh Pengerusi PTPTN yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Krau melanjutkan tempoh bayar peminjam PTPTN dari 6 bulan kepada 30 bulan dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas Dewan Pemuda PAS Malaysia mengumumkan Perhimpunan Peminjam PTPTN dan MARA akan diadakan di Hotel Sri Malaysia Temerloh pada 26 feb 2011 baru - baru ini.

3. Kerajaan tidak mempunyai pilihan selain akur terhadap tuntutan rakyat dengan segera melakukan transformasi yang dimaksudkan. Tanpa tindakan bijak dan hikmah dari pihak kerajaan, saya yakin kebangkitan semula rakyat menuntut keadilan proses demokrasi negara akan kembali meletus. Sehingga hari ini, bukan sahaja undi pos yang masih belum dimansuhkan dan kebebasan media juga masih parah, terlalu banyak pencabulan demokrasi terus berlaku dalam negara kita dan ianya meresahkan rakyat. Antaranya :

Amalan Pencabulan Demokrasi di Malaysia

4. Pada 13 Disember 2010, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin telah menafikan hak Ketua Pembangkang yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mengemukakan bukti serta berhujah dalam Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mengenai isu 1Malaysia dan APCO Worldwide. Akhirnya beliau serta lima lagi ahli Parlimen pembangkang yang lain iaitu Ahli Parlimen Gombak, Ahli Parlimen Padang Serai, Ahli Parlimen Shah Alam, Ahli Parlimen Batu dan Ahli Parlimen Balik Pulau telah digantung daripada menghadiri sidang mesyuarat selama enam bulan.

5. Akta Keselamatan Dalam Negeri masih dikekalkan meskipun pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia mendesak supaya kerajaan memansuhkan akta zalim tersebut. Tambahan pula akta drakonian ini bercanggah dengan Perkara 8, Perlembagaan Persekutuan dan Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (UDHR 1948). Akta Keselamatan Dalam Negeri menzalimi tahanan kerana tidak membenarkan tertuduh dibicarakan di mahkamah disamping menafikan hak untuk membela diri. Sesi siasatan dibuat dalam keadaan zalim dan meragukan.

6. Pihak polis menggunakan kuasa dan kekerasan menangkap para peserta perhimpunan aman yang dianjurkan oleh parti politik Pakatan Rakyat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Antaranya ialah tangkapan ke atas kira-kira 46 orang peserta Perhimpunan Protes pada bulan Januari 2008, 438 orang peserta Himpunan Mansuh ISA pada bulan Ogos 2009, dan 70 orang dalam perhimpunan membantah kenaikan air di Selangor pada bulan Disember 2010. Penangkapan ke atas peserta perhimpunan aman adalah bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

7. Pihak polis mengganggu program-program yang dianjurkan oleh parti politik Pakatan Rakyat meskipun diadakan dalam premis persendirian dan permohonan permit telah dilakukan. Malah, tangkapan juga turut dibuat ke atas individu-individu yang hadir ke program berkenaan. Antara kes yang pernah berlaku ialah,

a] pihak polis, anggota simpanan khas (FRU) dan dua trak meriam air telah menggempur program Sambutan Ulang Tahun Pakatan Rakyat pada 7 Mac 2010 di Kelab Sultan Sulaiman. Premis tersebut adalah milik persendirian milik Kerajaan Negeri Selangor.

b] Pihak polis juga telah mengganggu dan menangkap peserta Himpunan Warga FELCRA Kebangsaan di FELCRA Bandar Seberang Perak pada 1 Ogos 2010. Program tersebut telah diadakan di tempat tertutup dan di atas premis persendirian.

c] Selain itu, puluhan pihak polis dan anggota FRU telah menyerbu markaz dan pentas ceramah PAS di Rengit pada 31 Julai 2010. Mereka telah bertindak merampas pembesar suara, menghalau individu-individu malah menangkap seramai sembilan orang.

8. Sistem dan amalan demokrasi pilihanraya kampus telah dicabul apabila pihak pentadbiran universiti memperkenalkan beberapa perkara baru yang tidak menjamin keadilan, ketelusan dan bersikap berat sebelah. Antara peraturan tidak demokratik yang diperkenalkan di Universiti Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Putra Malaysia ialah; sistem pengundian elektronik (e-voting), tempoh berkempen yang singkat, pusat pengundian yang diletakkan di kolej kediaman bukan di fakulti dan semua calon dipaksa dan diwajibkan untuk menghadiri satu kursus yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP.

9. Pihak Pendaftar Pertubuhan bercadang untuk menghadkan dan mengetatkan proses penubuhan parti politik pada bulan Februari 2011 adalah bercanggah dengan semangat demokrasi dan Perkara 119, Perlembagaan Persekutuan.

10. Parti UMNO dan Barisan Nasional telah menggunakan pelbagai jentera kerajaan dalam beberapa siri pilihanraya kecil sebelum ini. Antaranya, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Kerajaan Persekutuan telah berkampung di Kampung Ladui dan Pos Hau ketika Pilihanraya Kecil DUN Galas. Perkara yang sama turut dilakukan oleh FELDA apabila badan berkanun tersebut menggunakan bajet sokongan serta jentera pentadbirannya untuk membantu Barisan Nasional dalam Pilihanraya Kecil DUN Tenang.

Demikian dari sebahagian pencabulan demokrasi dalam negara kita yang mewajarkan rakyat bangkit mendasak agar Kerajaan memulih dan meratakan padang demokrasi negara agar persaingan berlangsung secara adil, telus dan saksama.

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Ustaz Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Kanak-kanak dan wanita dibakar hidup-hidup oleh rejim Gaddafi

Mantan PM Turki Necmettin Erbakan Meninggal

Necmettin Erbakan

Perdana Menteri Turki pertama dari partai berhaluan Islam, Necmettin Erbakan tutup usia (meninggal). Necmettin Erbakan yang merupakan guru politik bagi Erdogan dan Abdullah Gul wafat (meninggal) dalam usia 85 tahun.

Erbakan menjadi perdana menteri selama satu tahun sampai 1997 ketika ia dipaksa mundur oleh angkatan bersenjata Turki yang berhaluan sekuler garis keras.

Tahun berikutnya Partai Kesejahteraan yang ia pimpin dilarang sedangkan Erbakan sendiri dilarang berpolitik selama lima tahun karena melanggar konstitusi.

Partai AK yang sekarang berkuasa di Turki mewarisi ideologi yang mendasari Parti Kesejahteraan.

Erbakan adalah seorang profesor dalam bidang mekanikal yang oleh para pengikutnya dikenal dengan sebutan Hodja atau guru.

Dua di antara anak buah Erbakan di Partai Kesejahteraan adalah Presiden Abdullah Gul dan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan.

"Kami akan selalu mengenangnya dengan penuh syukur sebagai guru dan pemimpin," kata Erdogan.

Erbakan meninggal di sebuah rumah sakit di Ankara ketika sedang menjalani perawatan penyakit jantung.

http://us.detiknews.com/read/2011/02/27/205835/1580775/934/mantan-pm-turki-necmettin-erbakan-wafat

Sunday, February 27, 2011

Saya tak kata Ikhwanul Muslimin Mesir kumpulan pengganas - Najib

Cuba fahami kata-kata Najib ini..“Saya tak kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) ini kumpulan pengganas. Saya kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) boleh ambil bahagian dalam pilihan raya dengan syarat menolak keganasan dan fahaman ekstremis, sebab ini (kumpulan pengganas adalah) pandangan umum terhadap Muslim Brotherhood, bukan pandangan saya,”

Memang dia tak kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) itu kumpulan pengganas, tapi ayatnya itu menggambarkan seolah-olah Ikhwanul Muslimin menerima keganasan dan fahaman ekstrimis.

Najib: Saya tak kata Ikhwanul Muslimin Mesir kumpulan pengganas

TEMERLOH, 27 Feb — Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak pernah melabelkan kumpulan Islam terbesar Mesir Ikhwanul Muslimin dan ulama terkenal dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi sebagai pengganas.


Perdana Menteri berkata sebaliknya gerakan itu perlu menghilangkan persepsi dunia terhadap mereka yang dianggap sebagai kumpulan ekstrem.

“Saya tak kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) ini kumpulan pengganas. Saya kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) boleh ambil bahagian dalam pilihan raya dengan syarat menolak keganasan dan fahaman ekstremis, sebab ini (kumpulan pengganas adalah) pandangan umum terhadap Muslim Brotherhood, bukan pandangan saya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama penduduk Felda Jengka 25, di sini hari ini.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendesak beliau menarik balik tuduhan liar yang dilemparkan kepada Ikhwanul Muslimin dan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Dalam kenyataannya semalam, Nasharudin mendesak Najib supaya menarik balik “tuduhan liar” yang didakwa dilemparkan ke atas Ikhwanul Muslimin dan Dr Yusuf Al-Qardhawi berhubung penglibatannya dalam politik pascaera Hosni Mubarak.

“Memetik ucapan yang dibuat olehnya (Najib) di Istanbul baru-baru ini, beliau mendakwa parti politik Ikhwanul Muslimin terlibat dengan keganasan dan sifat ekstremis.

“(Sebaliknya) Ikhwanul Muslimin merupakan sebuah gerakan Islam sah di Mesir. Malah, mereka turut terlibat dan berpartisipasi secara aktif dalam beberapa siri pilihan raya di Mesir,” kata Nasharudin.

Dalam kenyataan dibawa oleh National Review Online, Najib dipetik berkata Ikhwanul Muslimin tidak seharusnya “mengambil bahagian dalam proses (pemulihan Mesir) selagi mereka tidak menolak keganasan dan ektremisme.”

“Sesiapa yang mahu menjadi sebahagian daripada proses politik harus menerima bilia yang selari dengan demokrasi,” kata Najib dipetik laman web itu.

Nasharudin menambah, mereka sering melaungkan tema “penglibatan dan bukan penguasaan” di samping memelihara peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan Mesir.

Bagaimanapun kata beliau, hak dan nilai demokrasi mereka sebagai rakyat dan parti politik yang sah telah dicabul sehingga mereka terpaksa berdepan dengan ancaman, ugutan serta penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh pemerintah Mesir.

Sehubungan itu, Najib berkata gerakan itu perlulah menghormati undang-undang, proses demokrasi dan cintakan keamanan.

“Kalau mereka (gerakan itu) kata, bahawa mereka tak ada ideologi sedemikian rupa (ekstrem), mereka nak ambil bahagian ikut proses undang-undang, menghormati proses demokrasi, cintakan keamanan. Kita (Malaysia) tak ada masalah untuk menerima mereka untuk bertanding dalam pilihan raya.

“Lagipun ini bukan keputusan saya, ini keputusan yang perlu dibuat oleh negara lain, negara masing-masing. Saya tak kata mereka ini golongan ekstremis atau pengganas. Soalnya, untuk mereka menghilangkan persepsi dunia terhadap kumpulan ni,” kata Najib dipetik Bernama.

Akibat menasihati Mubarak buta sebelah mata dan dipenjara 15 tahun

Seorang rakyat Arab Saudi kehilangan matanya dan dipenjara selama 15 tahun akibat menasihati diktator Mubarak supaya bertakwa kepada Allah.

Ali Mukhtar Qatin, seorang warga Saudi di Madinah, pada tahun 1993 telah menasihati Mubarak ketika berada di Masjid Nabawi. Ali Mukhtar Qatin menasihati Mubarak supaya bertakwa kepada Allah Swt dan memerintah negara Mesir sesuai dengan syariat dan hukum Islam.

Akibatnya, Mubarak sangat marah dan menggangap nasihat tersebut menghina beliau. Beliau mengarahkan pengawalnya menangkap dan memukul Qatin. Qatin ketika itu menyampaikan nasihat tersebut dengan adat dan sopan santun.

Qatin dibawa dari Madinah ke Jeddah kemudia dipindahkan ke Mesir dan dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun. Macam biasa seperti amalan negara-negara korup, Qatin dizalimi dengan akta zalim iaitu dihukum tanpa bicara. Dipenjara Qatin kehilangan sebelah matanya akibat perilaku kejam dalam penjara dan doktor yang berkerja dengan rejim Mubarak langsung tidak pedulikan keadaan Qatin.

PRK Merlimau : UMNO takut 'aura' Bob Lokman


Bob Lokman Lokman telah bersama-sama pimpinan PAS berkempen untuk memenangkan calon PAS di PRK Merlimau Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman telah menyertai telah mengejutkan pimpinan dan orang UMNO apabila menyertai PAS pada 19 Februari lalu. Dalam ceramah pertamanya di Merlimau Pasir di sini malam tadi, ketibaan Bob Lokman disambut meriah kira-kira 700 orang.

“Hari ini menjadi sejarah apabila saya menyertai PAS selepas pada 2004 dan 2008 merupakan satu usaha yang sia-sia saya membantu Barisan Nasional (BN).

“Sebagai orang yang bertanggungjawab kepada negara saya berada di landasan benar bersama PAS,” kata Bob Lokman.

Penulis lirik “Isabella” itu berkata pengundi-pengundi di Merlimau harus menolak kerajaan BN yang tidak “mengiktiraf” Islam dalam pentadbiran negara.
Beliau juga yakin PAS boleh mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada 6 Mac ini.

“Kita perlu undurkan kerajaan yang sudah lama bertapak, kerajaan yang tidak iktiraf Malaysia sebagai negara Islam,” katanya.


Bob Lokman bersama-sama penyokong PAS di Penamaan calon PRK Merlimau semalam














Pemimpin Diktator Dunia Mula Agih Wang Ehsan


Dua tiga hari yang lalu, Gaddafi mulai memberi bantuan 'wang ehsan' sebanyak USD400 kepada rakyatnya sebagai bantuan untuk membeli barang keperluan,sementara dari sudut yang lain dia menawarkan bayaran USD40 kepada askarnya yang berjaya menembak mati seorang penunjuk perasaan. Menggambarkan betapa paniknya Gaddafi sekarang. Sementara itu bank Switzerland mulai menerima transaksi yang agak besar jumlahnya dari pemimpin pemimpin korupsi dari seluruh dunia. Gambaran suasana mereka yang bergelar pemimpin, tetapi sekian tahun hanya merompak harta negara masing masing, mula panik suasana tersebut tidak mustahil bakal juga melanda mereka.


Raja Arab Saudi juga mengumumkan pembahagian aset negara beberapa billion untuk diagihkan 'wang ehsan' kepada rakyat. Sebagai tanda 'bersyukur' kerana keuntungan dari pendapatan negara yang besar. Jika mereka ada lebuhraya, tentu mereka juga akan menghapuskan 'bayaran tol', untuk menunjukkan keperihatinan kerajaan mereka kepada rakyat.

Ramai juga pemimpin negara, seperti di Bahrain, Yaman dan lainnya mulai membuka pintu untuk mengadakan perbincangan dengan pemimpin pembangkang. Mereka juga mula membebaskan pemimpin pembangkang yang ditahan sekian lama. Jika di negara mereka ada 'ISA', maka pada masa itu juga akan mengatakan bahawa tangkapan ramai pemimpin pembangkang yang lepas di bawah ISA adalah bukan di bawah perintah mereka, tetapi pihak polis yang berkeras ingin melakukan tangkapan.

Rata rata pemimpin diktator memerintah lebih dari lima belas tahun. Satu masa yang membuat mereka lupa daratan dan mengumpul harta sebanyak mungkin. Perhatikan sahaja pemimpin seperti Mubarak, Marcos, Gaddafi ataupun Mahathir. Mereka naik takhta pada umur yang masih muda dan dengan jiwa yang segar dan berazam memajukan negara. Tetapi mereka turun takhta dengan kekayaan yang melimpah ruah dikumpul oleh mereka maupun anak isteri mereka.

Gaddafi dikaitkan dengan angka 100 billion, Mubarak 40 billion, Marcos 50 billion, Mahathir pernah dikaitkan dengan angka 100 billion dan Mahathir pula menjawab dengan mengaitkan angka 100 billion itu selama 22 tahun sambil bertanya pula apa pula kisah 100 billion Paklah dalam masa kurang dari 10 tahun?

Pada masa ini, apa sahaja tindakan yang agak menekan rakyat tidak akan berani dilakukan dengan mudah oleh kerajaan. Ambil contoh kenaikan harga minyak dunia yang melebihi paras 100 dolar setong.

Adalah sesuatu yang sangat aneh dan ganjil, jika pada harga dari 70 dolar meningkat kepada 80 dolar, kerajaan menaikkan harga minyak dalam negara tetapi bila naik melebihi 100 dolar, kerajaan memberi alasan kerajaan 'prihatin' dengan masalah rakyat yang menanggung beban hidup yang tinggi.

Kebangkitan mahasiswa pro M juga cepat cepat di'cool down', takut takut ianya memberi impak yang lebih besar.

Apakah anda percaya, kerajaan BN yang memerintah Malaysia prihatin kepada rakyat lantaran itu menurunkan atau menghapuskan kadar tol? Adakah anda percaya bahawa Mahathir memang tidak mahu pemimpin pembangkang ditahan di bawah ISA dalam 'Operasi Lalang'?

Sudahlah kerajaan memperbodohkan rakyat selama lebih 50 tahun, tetapi memberi pula alasan bodoh sebagai gula gula kepada rakyat.? Semua langkah yang dilakukan oleh Mahathir ataupun Najib hanyalah satu langkah untuk menyuci nama mereka.

Saya percaya dengan kata kata Najib bahawa Mesir tidak sama dengan Malaysia.

Kekorupan Mesir parah sehingga rakyatnya menggangur, banyak keluarga kelaparan dan langsung tidak dihiraukan oleh pemimpin negara. Lain pula di Malaysia, pemimpin Malaysia sentiasa memberi gula gula untuk memperbodohkan rakyat. Mereka awal awal lagi sentiasa memberi bantuan 300-400 ringgit untuk meneruskan kelangsungan mereka memerintah. Kerana selagi mereka memberi RM300, maka peluang mereka merompak RM300juta, RM400juta atau berbillion akan terus terbuka.

Bilakah lebuhraya yang bertol mula dibina dan bilakah pula tol mula dihapuskan? Dibina bila mereka merasa gagah berkuasa. Sementara tol mula dihapuskan atau diringankan bila rakyat mula beralih kepada pembangkang.

Bilakah kerajaan menawarkan imbuhan sehingga RM7000 kepada gurubesar cemerlang? Setelah pakatan rakyat berjanji memberi imbuhan RM400 sebulan kepada setiap guru.

Jadi adakah kita berfikir Muammar Gaddafi benar benar ingin memberi bantuan wang ehsan USD400 kerana betul betul prihatin kesusahan rakyatnya? Tidak, ianya hanyalah satu gambaran kebimbangan akan kejatuhannya.

Adakah anda benar benar percaya kerajaan tidak menaikkan minyak kerana benar benar prihatin kepada rakyat? Tidak, kerana PRU sudah hampir dan kerajaan tidak mahu rakyat berdendam.

Alhamdulillah, kejatuhan BN melalui tunjuk perasaan mungkin tidak berlaku seperti di Mesir, tetapi rakyat akan tunjuk melalui undi mereka pada PRU13. Maka inilah salah satu sebab utama Mahathir ingin membersihkan namanya, kononnya bukan dia yang mengarahkan tangkapan operasi Lalang.

Kesimpulannya, samada di negara Arab atau bukan Arab, mereka mulai bimbang senario kebangkitan anak muda di seluruh dunia.

Tunjuk Perasaan Negara Arab: Pemimpin Diktator Dunia Mulai Panik Dan Kecut Perut

Wajah-wajah Perlis





HUKUM IKAN YU


Soalan; Assalamualaikum Ustaz, saya ingin bertanyakan apakah hukum jika kite makan sup sirip ikan yu ( shark fin soup ), saya baru saja menceritakan pada kawan saya yg pada thun ini saya sudah beberapa kali mkn mknn ini, dan kawan saya mengatakan bahwa memakan ikan yu itu hukum nye haram, ini kerana jika ikan yg bernafas dengan paru2 kte tidak blh mkn, hanya ikan yg bernafas menggunakan insang sahaja yg blh di mkn. Saya harap ustaz dapat meleraikan kekeliruan yg saya alami. Terima kasih.


Jawapan;

Semua jenis binatang air (iaitu binatang yang tidak hidup melainkan di dalam air atau di dalam laut seperti ikan, sotong, ketam dan sebagainya), hukumnya halal dimakan selagi tidak beracun atau mendatang mudarat. Ini berdalilkan hadis yang menceritakan jawapan Nabi apabila ditanya tentang laut, baginda menjawab; "Laut; airnya bersih boleh dibuat bersuci dan bangkainya adalah halal" (HR Imam at-Tirmizi dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-). Maksud bangkai dari istilah al-Quran dan as-Sunnah ialah semua binatang yang mati tanpa disembelih. Maka berdasarkan hadis ini, semua binatang laut adalah halal tanpa perlu disembelih terlebih dahulu. Hadis ini adalah umum tanpa Nabi membataskan jenis haiwan tertentu yang hidup di dalam laut atau di dalam air. Jadi, ia termasuklah semua jenis ikan.

Menurut Imam Ibnu Hajar; “Tidak ada khilaf di kalangan ulamak pada halalnya ikan dalam semua jenisnya” (Fathul-Bari). Mereka (yakni para ulamak) hanya berikhtilaf pada selain ikan;
1. Menurut mazhab Hanafi; Hanya ikan sahaja yang halal dimakan. Adapun haiwan-haiwan laut/air lainnya haram dimakan.
2. Menurut Imam Ahmad; semua binatang laut/air halal dimakan kecuali dua sahaja iaitu; katak dan buaya.
3. Menurut mazhab Syafiie (mengikut qaul yang muktamad) dan mazhab Maliki; semua jenis binatang laut/air harus dimakan sekalipun rupanya menyerupai binatang darat (kuda laut, anjing laut, babi laut dan sebagainya).
4. Sebahagian ulamak berpandangan; bagi binatang laut/air yang rupanya menyerupai binatang darat, hendaklah dilihat; jika ia menyerupai binatang darat yang halal dimakan, halallah ia dimakan. Contohnya; kuda laut, lembu laut dan sebagainya (jika ada). Adapun jika ia menyerupai binatang darat yang haram dimakan, maka ia haram dimakan. Contohnya; anjing laut, singa laut, babi laut, gajah laut dan sebagainya. Pandangan ini menjadi pegangan sebilangan ulamak-ulamak mazhab Syafiie sendiri.

Sebagaimana disebutkan tadi, maksud binatang laut/air ialah yang tidak hidup melainkan di dalam laut atau air, di mana jika dikeluarkan dari laut/air akan menjadilah hidupnya seumpama binatang darat yang disembelih (yakni hidup yang amat singkat). Adapun binatang yang boleh kekal hidup di laut/air dan juga di darat, maka ia dinamakan sebagai binatang/haiwan dua alam. Menurut mazhab Syafiie; semua binatang dua alam haram dimakan. Contohnya; katak, ular, buaya, kura-kura, penyu, belangkas dan sebagainya. Mazhab Maliki menghalalkannya.

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. Tuhfah al-Ahwazi, 1/80 (bab Ma Ja-a Fi Ma’ al-Bahr).
2. al-Muntaqa Syarh al-Muwatta’, 1/41 (bab al-Tahur Lil-Wudhu’).
3. al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu, 3/506-510.

Saturday, February 26, 2011

Terbukti Hitam bukan warna

Television hitam-putih tidak disebut tv berwarna, bukan? Masuk akal. Namun, ternyata pertanyaan di atas adalah salah satu isu yang paling hangat diperdebatkan.

Kalau yang ditanya seorang ilmuan Anda akan mendapatkan jawapannya: "Hitam bukan warna, putih adalah warna." Bertanya kepada seniman, Anda akan mendapat jawapan lain: "Hitam adalah warna, sedangkan putih bukan". Tudia, mana yang betul?


Mari kita lihat dari beberapa perspektif. Pertama, kita mesti kembali pada pemahaman dasar tentang bagaimana warna tercipta. Ada dua contoh tentang bagaimana warna menjadi ada: benda nyata dan benda tidak nyata (dalam tv).

Warna benda nyata adalah hasil dari pigmen atau agen pewarna molekul.

Sementara itu, warna objek yang terlihat pada pesawat television atau monitor komputer adalah warna dari cahaya. Kalau belum pasti bezanya, cuba lihat layar monitor atau television Anda dari dekat, sangat dekat. Boleh juga menggunakan kaca pembesar. Inilah yang pasti Anda lihat.


Warna yang ada di komputer atau television diciptakan oleh foton cahaya yang dikirim dalam sistem elektronik. Pernahkah mengenali istilah monitor RGB? Kepanjangan dari RGB adalah Red-Green-Blue, itulah tiga warna primer aditif pembentuk yang ada di dalamnya.

Perlu juga di fahami soal warna primer pigmen, iaitu tiga warna yang tidak dapat dibuat dengan mencampurkan warna lain. Ketiga warna itu adalah merah, biru, dan kuning.



Setelah Anda faham soal dua kategori warna yang berbeza (pigmen dan cahaya) serta definisi warna primer, jawapan soalan apakah hitam dan putih warna kini dapat dijawab.



Apakah warna hitam dan putih adalah warna ketika dihasilkan oleh cahaya?

Jawaban teori warna aditif:

1. Hitam adalah ketiadaan warna dan kerana itu bukan warna. Ketika tak ada cahaya, semuanya hitam. Contohnya monitor komputer atau tv yang mati.

2. Putih adalah campuran dari semua warna dan kerana itu dia warna. Cahaya secara umum tampak tidak berwarna atau putih. Sinar matahari adalah cahaya putih yang terdiri dari semua spektrum warna, yang baru tampak bila melewati prisma. Pelangi adalah buktinya.



Apakah hitam dan putih adalah warna ketika mereka adalah pigmen atau zat pewarna molekul?

Jawaban teori pigmen:

Hitam adalah warna. Cuba tanyakan pada ahli kimia dan dia akan mengkonfirmasi.

Berikut ini cara sederhana untuk menunjukkan bagaimana hitam dibuat: Campurkan tiga warna primer (merah, kuning, dan biru) menggunakan cat air atau pewarna makanan.

Anda tidak akan mendapatkan hitam pekat, tetapi intinya jelas, gelap. Sejarah pemakaian pigmen pewarna hitam dibuat dari arang, logam besi, dan bahan kimia lain sebagai sumber warna hitam.


Jadi, apakah hitam dan putih adalah warna?

Nanti dulu, ada satu lagi penjelasan akhir. Warna ada dalam konteks yang lebih besar dari penglihatan manusia. Pertimbangkan fakta bahawa ada tiga bahagian untuk proses persepsi warna.

1. Media - warna yang ada sebagai suatu pigmen / pewarna (seperti warna benda nyata) atau sebagai cahaya (seperti warna gambar pada layar television).

2. Pengirim - Bagaimana warnanya ditransmisikan.

3. Penerima - Bagaimana manusia melihat warna. Dengan kata lain, bagaimana kita menerima informasi tentang warna. Apakah warna ada jika tak ada yang boleh melihatnya? Warna ada kerana boleh dilihat.


Jadi, apakah hitam adalah warna? Apakah putih adalah warna?

Jawaban akhirnya adalah dengan menggabungkan dua teori yang telah diuraikan di atas. Pigmen dan cahaya baru setengah dari jawapan.

Warna benda yang nyata berasal dari molekul pewarna pada permukaannya. Kita melihat warna objek kerana dia memantulkan sebuah "warna" untuk mata.


Apakah hitam itu warna?

Jawaban akhir: Tidak.
Hitam bukan warna. Benda hitam menyerap semua warna dari spektrum yang terlihat dan tak memantulkan satu pun spektrum warna ke mata.


Apakah putih itu warna?


Jawaban final: Ya.
Putih adalah warna. Putih memantulkan semua warna dari spektrum cahaya yang dapat terlihat oleh mata.

Qardawi penjenayah?.. Bertaubatlah Najib...

KUALA LUMPUR, 26 Feb: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera bertaubat ekoran melabel Ikhwanul Muslimin dan Sheikh Dr Yusof al Qardhawi sebagai pengganas.

Presiden PAS itu dalam satu kenyataan berkata, beliau berasa sangat terkejut, kecewa dan teramat jengkel dengan tuduhan ekstrem yang diberikan Najib terhadap gerakan Islam antarabangsa itu.

"Tuduhan bahawa Islam cenderung kepada keganasan adalah fitnah dan orang tersebut mesti segera bertaubat jika dalam dirinya masih ada iman sebesar zarah," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Najib sewaktu berucap pada satu program di Istanbul beberapa hari yang lalu.


Tambahnya, tuduhan yang dibuat Najib itu juga merupakan satu fitnah besar yang dibuat oleh golongan yang buta sejarah perjuangan menentang penjajahan dan bercakap mengikut selera hati golongan barat yang memekakkan telinga kepada kebenaran.

Beliau menegaskan, tindakan mengambil sikap dan pandangan setiausaha negara Amerika sebagai neraca menentukan jenis pemerintahan yang bersandarkan kepada Islam adalah tindakan orang yang tidak mempunyai jati diri sebagai seorang Islam dan sangat memalukan orang Islam itu
sendiri.

Ikhwan katanya, ditubuhkan untuk melaksanakan Islah dan tajdid berasaskan Al Quran dan Hadis, dengan memulakan perjuangannya secara
jalan damai dan tidak pernah menyerah kalah terhadap kezaliman musuh sehingga ke hari ini.

Mereka menyertai pilihanraya sejak awal lagi di Mesir, tetapi apabila pengaruh mereka tersebar luas, pergerakan ini diharamkan dan
pemimpinnya dizalimi.

Manakala Al Qardhawi pula adalah tokoh ulama berwibawa yang dilahirkan oleh Ikhwan.

"Dia berjaya meredakan golongan pelampau di kalangan pemuda Islam yang tidak sabar dengan kezaliman musuh sehinggalah mereka kembali ke pangkal jalan berjuang mengikut ajaran Islam yang sebenar," katanya.

Malah Malaysia sendiri katanya pernah memberikan Anugerah Maal Hijrah kepada beliau.

"Saya mencabar kerajaan Malaysia menarik balik anugerah maal hijrah yang telah diberikan kepada Sheikh Dr Yusof al Qardhawi itu," cabarnya.


Harakahdaily

Satu lawan satu BN-PAS di Merlimau, dan Kerdau

22 Rabiulawal 1432H. [MOD] -cina islam

SPR telah mengumumkan pertandingan satu lawan satu bagi kawasan pilihan raya ini di antara calon PAS Hassanudin Salon dan calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad. Satu bantahan telah dikemukakan tetapi ditolak SPR.

Laporan Malaysiakini dipetik, bahawa sekumpulan enam individu yang mewakili 106 persatuan Cina tempatan dilihat berada di luar pusat penamaan calon. Kumpulan itu menunggu untuk menyerahkan satu rayuan kepada calon PAS dan BN.

Penyokong dari kedua-dua kem BN dan PAS di kawasan Merlimau dan Kerdau mula bersurai. Tempoh kempen selama lapan hari untuk kedua-dua pilihan raya kecil ini secara rasminya bermula. Tarikh pengundian bagi kedua-duanya ditetapkan pada Ahad, 6 Mac.

Lagi himpunan foto dari krew Cina Islam di Temerloh. Terima kasih kepada bos CIL di Kerdau, Ustaz MRK albanjari eksklusif untuk pembaca blog.
para penyokong yang berada dibahagian belakang...

unit amal pahang mendahului perarakan...

bacaan doa oleh ust nik zawawi nik salleh.....

tuan guru presiden mengetuai perarakan calon...

ketibaan tuan guru presiden....

unit amal sedia .....

keadaan masih lenggang sekitar jam 7.45 pagi...

ust mrk albanjari (bos CIL@ Cina Islam di Kerdau) sempat menikmati sarapan sebelum menjalankan tugas. Segak bersama vest rasmi CIL. Mantap !

kesempatan terbaik ust mrk albanjari bertemu dengan dua orang gurunya...ust nafiri dan ust abu kassim.....

munajat pejuang.....

walaupun sedikit....namun muslimat tetap mengambil bahagian dlm munajat pejuang...

ni aku le....tengah pasang bendera kat belakang hilux.....hampa ingat pukul berapa ni?....lebih kurang pukul 3 pagi daaaaa.....!

Friday, February 25, 2011

HIMPUNAN 500K BERSIH 2 : June ini

1. Negara kita masih menyaksikan kepincangan ketara dalam amalan demokrasi. Bukan sahaja dipentas politik negara malah kepincangan serupa turut melanda politik kampus. Bermula dari pengendalian sistem demokrasi yang berat sebelah, tidak adil dan tidak telus telah menimbulkan keresahan berpanjangan dari rakyat dalam negara kita. Saya percaya tragedi yang berlaku di UPM baru - baru ini pun bermula dari keresahan serupa yang turut dirasai oleh para mahasiswa.

2. Pada 10 November 2007 yang lalu, rakyat telah meledakkan kebangkitan menuntut sebuah demokrasi yang bersih dalam satu himpunan 100,000 rakyat yang dikenali sebagai himpunan BERSIH. Beberapa tuntutan yang telah dibuat dalam himpunan BERSIH yang pertama tempohari masih dibekukan begitu sahaja oleh pihak berwajib. Antara tuntutan tersebut ialah :
  • Penggunaan Dakwat Kekal kepada pengundi
  • Pembersihan daftar Pemilih
  • Pemansuhan Undi POS
  • Kebebasan media
3. Saya melihat secara dekat perkembangan demokrasi dalam negara kita masih tidak benar - benar telus dan bebas dari sebarang manipulasi seperti undi pos yang masih diamalkan dalam sistem demokrasi negara kita. Malah undi pos benar - benar dijadikan tali hayat pihak pemerintah untuk mengekalkan survival kuasa mereka . Demikian juga kebebasan media yang kian parah.

4. Saya yakin seluruh rakyat dalam negara kita dapat saksikan kepincangan ini, apabila media elektronik dan cetak negara kita seperti RTM dan Utusan Malaysia serta Berita Harian diguna sepenuhnya secara tidak adil untuk berkempen sebelah pihak iaitu pihak UMNO dan BN sedang RTM dan Utusan Malaysia atau Berita Harian ini tidak pula diisytiharkan sebagai media rasmi atau buletin rasmi parti UMNO dan BN .

5. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia sekali lagi mendesak dan merayu supaya kerajaan memberi perhatian serius terhadap perkara ini sebelum berlangsungnya pilihanraya umum ke 13 akan datang. Hanya keadilan , ketelusan dan kesaksamaan dalam sistem pengendalian demokrasi negara ini akan menjadi rakyat tenang dan akur menerima keputusan pilihanraya, samaada menang atau kalah. Andai sistem pengendalian demokrasi negara masih pincang dan dilihat terlalu banyak kelemahan di sana dan sini, keputusan pilihanraya akan mencetus rasa tidak puas hati dan menganggu kesejahteraan serta keharmonian rakyat .

6. Desakkan dan rayuan ini adalah serius. Kami sudah penat bertolak ansur dan bertarik tali dengan pihak kerajaan dalam menuntut keadilan serta ketelusan dalam sistem demokrasi negara ini. Sungguhpun kerajaan UMNO dan BN benar - benar nekad mahu mempertahankan survival kuasa dan pengaruh mereka , maka pertahankanlah ia dengan bermaruah dan berhemah. Iaitu melalui satu sistem pengendalian demokrasi yang telus, adil dan saksama. Bukan melalui sistem saingan demokrasi yang berat sebelah.

7. Kami memberi tempoh sehingga menjelang 1 Mei 2011 ini untuk kerajaan memberi komitmen lalu memulihkan sistem demokrasi pincang yang kita hadapi dalam negara kita hari ini. Andai desakan dan rayuan ini tidak dipeduli oleh pihak kerajaan, kami dari Dewan Pemuda PAS Malaysia telah memberi komitmen untuk menyahut seruan Yb Al Fadhil Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS bahawa satu lagi rally atau himpunan BERSIH digerakkan.

8. Kali ini, insyaallah saya percaya dan yakin, sekurang - kurangnya setengah juta rakyat [500,000] akan bangkit secara aman namun penuh tegas untuk memohon dan mendesak agar kerajaan mahu atau tidak mesti memastikan sistem pengendalian demokrasi negara benar - benar adil dan telus kepada semua parti yang bertanding dan melibatkan diri dalam pilihanraya.

9. Saya meletakkan jangkaan tarikh awal untuk BERSIH 2 ini ialah pada bulan June 2011 [ sabtu ] jika sekiranya menjelang 1 Mei 2011 ini, kerajaan masih gagal untuk meyakinkan rakyat dengan satu komitmen untuk memastikan sistem pengendalian demokrasi negara benar - benar dipulihkan serta bebas dari sebarang ruang manipulasi serta kepincangan.

10. Saya ulangi tanpa sikap teragak - agak demi kebaikan kepada seluruh rakyat dan negara agar kerajaan benar - benar serius dan memahami tuntutan kami sebagai rakyat dan anak - anak muda khasnya yang mahu menyaksikan perubahan besar berlaku dalam negara ini. Andai tuntutan diterima dan dilaksanakan , kami benar - benar mengucapkan terima kasih namun jika sebaliknya, berbanyak maaf kami pinta bahawa kami khasnya anak - anak muda, dengan Nama Allah swt Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Adil, akan bangkit sekali lagi menuntut hak kami sebagai rakyat yang merdeka pada bulan June 2011 dalam Himpunan 500K BERSIH 2 kelak .

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan.

Ketua DPP Malaysia

Gambar Siapa berkopiah bersama Najib di Turki?

Erdogan & Kamal Ataturk : Mana pilihan Najib? Kita tahu bahawa Mahathir memilih Kamal Attaturk. Bukan main lagi dipuji pejuang nasinalis yang menumbangkan Khilafah Islamiyyah yang berpusat di Turki pada tahun 1924 itu. Bapak segala sekularisme di Negara milik umat Islam. Boneka barat yang menjadi perosak akidah dan ummah.

Sekian lama perjuangan Erdogan untuk memeartabatkan semula Islam di Negara Turki yang meletakkan dasar sekulrisme sebagai dasar suci yang dikawal tentera Negara. Sehingga mempersoalkan isteri pimpinan yang berjilbab.

Hatta mengharamkan pelajar wanita menutup aurat memasuki kawasan university. Pernah menarik kerakyatannya apabila Ahli Parlimen yang memenangi pilihanraya tetapi berkeras untuk menutup aurat. Turki sebagai pengamal sekular kelas pertama.

Alhamdulillah kini ada tampak sedikit demi sedikit perubahan. Ketegasan Erdogan dalam beberapa isu yang menyentuh barat dan Israel jelas menggambarkan sikap islamiknya. Sikapnya dengan isu Palestine juga jelas.

Sempena lawatan PM dan isteri ke Turki, apa yang dapat Najib mempelajarinya? Berita mengumumkan …
Kat malaysia dah kata haram letak bunga kat makam pahlawan. Letak kat peruntuh khilafah Islamiyyah Turki, kamal Attaturk takpe ke? Mana ulama UMNO ni???
Harap Tan Sri Harussani beri fatwa nih???
Malaysia-Turki diiktiraf model negara Islam baik

ISTANBUL 24 Feb. – Malaysia dan Turki mendapat pengiktirafan sebagai model negara Islam yang baik untuk dijadikan ikutan terutama oleh negara Islam lain, yang sebahagiannya kini sedang menghadapi bantahan rakyat.

Ini adalah kesimpulan yang dibuat pada Persidangan Pergerakan Sedunia Untuk Keadilan, Keamanan dan Kemuliaan Insan anjuran bersama Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia, International Movement for a Just World (Just) dan Universiti Bahceschir, Istanbul.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa diminta mengulas pengiktirafan itu berkata, ia menunjukkan apa yang dilakukan oleh kerajaan termasuk melaksanakan program transformasi mendapat pengiktirafan.

“Dalam konteks Turki pun, mereka lihat demokrasi di Turki ini telah menyebabkan pentadbiran yang lebih berkesan dan lebih baik, terutama sekali dari segi ekonomi dan hak asasi.

“Walaupun ada perbezaan tertentu dari segi cara pentadbiran Malaysia dan Turki tetapi pada umumnya mereka anggap ini dua model yang sangat baik untuk dijadikan ikutan terutama sekali kepada dunia Islam,” katanya pada sidang akhbar di akhir lawatan rasmi tiga hari ke Turki di sini.

Macam Islam Hadhari jugak. Maknanya disana ada Islam Badawi. Kini Malaysia-Turki adalah model Negara Islam baik? Apa maknanya? Mengikut takrif siapa? Apakah Negara-negara umat Islam yang dipimpin oleh boneka barat yang kini sudah zahir kejahatan rejim mereka itu sudah tidak baik? Apakah selama ini sebelum Erdogan tidak dikategorikan sebagai Negara Islam baik atau kini Malaysia dibawah pemerintahan UMNO-BN adalah contoh Negara Islam baik?

Mengikut Islam, kategori Negara Islam atau tidak adalah terletak dasar dan sistem pemerintahan sesebuah Negara tersebut. Negara perlu melaksanakan pemerintahan berdasarkan Islam dengan teras perundangan berdasarkan al-Quran dan al-Hadis. Sejak merdeka, bila pulak Malaysia meninggalkan perlembagaan Lord Reid dan mengamalkan undang-undang komanweal? Itulah yang menjadi akidah mereka. Malaysia adalah Negara umat Islam dan bukannya Negara Islam.

Perkembangan politik dunia mutakhir ini menggambarkan perkembangan drastic bahawa Islam bakal kembali menguasai dunia. Apakah benar telahan Dr Yusof Qhardawi. Abad 21 kini adalah abad Islam setelah abad 20 untuk Yahudi dan abad 19 milik Kristian. Inilah hakikat yang dibimbangi barat serta kuncu-kuncunya disegenap pelusuk dunia khususnya dinegara-negara yang pernah menjadi jajahan mereka. Mereka akan berusaha untuk menahan gelombang islam ini. Mampukah mereka???

Samada mereka turut berubah sekarang atau melawan arus? Nescaya mereka pasti akan hanyut. Gelombang Islam ini tak mampu ditahan lagi. Diharap ada sesuatu dipelajari oleh Najib dan Rosmah? Paling kurang kalau Rosmah boleh meniru isteri Erdogan, menutup aurat pun… boleh tahan. 1st lady selaku isteri khalifah Negara Islam contoh… takkan tak berubah?

Yang menimbulkan persoalan penulis siapa yang berkopiah tegar bersama lawatan Najib ke Turki ke muzium Topkapi itu? Yang dimaklumkan bersana PM Najib diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Turut mengiringi ialah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Rasa-rasanya tak munasabah mereka ni berkopiah. Nampak macam Zulkifli Nordin. Mujahidin berapi-rapi yang berjuang nakkan Islam akhirnya menjadi katak. YB lompat dari Kedah. Kini Nampak bersekongkol dengan Najib & Rosmah ke? Dah tobat kot!!! Fuhhh!! Kalau dengar ceramah beliau tentang Najib & Rosmah. Tercabut bulu roma. Apakah beliau turut serta melawat makam Kamal Attaturk, memberi kalungan bunga dan menghormati tokoh secular yang pernah dihentam berapi-rapi dalam masjid sebagai tokoh yang disifatkan laknatullah sebelum ini???

Heran… heran. Ajaib… ajaib. Pergi tanggung free ke? :) ke tersalah dan silap orang... pelanduk dua serupa atau orang Turki kot hhiihi

http://ustsaifulbahri.blogspot.com

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails