Ustaz Saiful Bahri
Kenapa acap-kali PM terpaksa tegaskan dan ulang-ulangkan bahawa Ops Piramid tiada unsur politik??? Apasal? Rakyat tak percaya ke? Orang politik tak berpolitik macam musang kata dia sepsis yang tak makan ayam! Hihihi.. Tgk gambar-gambar tu.. Lu pikir lah sendiri…
Politik baling batu sembunyi tangan. Siapa yang berpolitik?? Yelahhh.. Duit yang digunakan dalam Ops tu.. adalah duit UMNO kot? atau duit PM?? Terimakasihlah PM! Atau duit rakyat?
SEPANG - 7 Feb -- Rakyat Malaysia yang baru tiba dari Mesir disambut oleh ahli Kelab UMNO Luar Negara ketika sambutan ketibaan kumpulan pertama rakyat Malaysia di Kompleks Bunga Raya KLIA di sini, hari ini. Seramai 788 rakyat Malaysia dibawa pulang menerusi Operasi Piramid yang dibiayai kerajaan bagi membawa rakyat Malaysia keluar dari Mesir yang sedang dilanda krisis politik. Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyambut kepulangan mereka di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, operasi selamat pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir menerusi Ops Piramid, adalah misi untuk kepentingan negara dan tiada unsur politik. Perdana Menteri berkata, kerajaan akan melakukan apa saja untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir, berikutan keadaan yang tidak menentu di negara berkenaan.- Bernama
Ingat Tony Fernandes. CEO Air Asia nak pergi bantu pelajar di Cairo. Rupanya Ketua Putera UMNO. Ingat siapa bersama Menteri Jamil Khir dan Timbalan Menteri Kohillan Pillay. menambah berat kapal-terbang je!
Shahidan Kassim pun tumpang galmour jugak pe?? ingat pelajar Pas ambik PHD al-azhar. Siap galas beg dengan berkopiah. hihihi.. rupanya misi membantu. kelas you!! Tahniah.
Timakasih PM. Banyak guna duit enta dan Rosmah membawa pulang pelajar. Semoga ia menjadi sedekah jariah. Amen...
ahlan wasahlan min Kalbun UMNO
Selamat pulang mujahid... terlupalak nak bertudung... maaf ye ustaz & ustazah!!
Ikutlah nasihat PM. Jangan politikkan OPS Piramid.
Ops Piramid : Tiada Unsur Politik.. tapi ada Banner UMNO
Najib kata tiada unsur politik.. tapi kalau korang tengok Videoclip diakhir entry ini pada minit yang ke 2:38 hingga ke minit 2:48 dan kemudian pada minit yang ke 3:43, ada orang pegang banner yang tertulis
'Selamat Pulang dari Sekretariat Kelab UMNO'..
Apakah UMNO sekarang ini sudah jadi NGO?
Berita berkaitan..
Ops Piramid bukan misi politik
SEPANG 7 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, operasi menyelamat pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir menerusi Ops Piramid merupakan misi untuk kepentingan negara dan tiada unsur politik.
Menurut Perdana Menteri, kerajaan melakukan apa sahaja yang terbaik untuk membawa pulang rakyat Malaysia berikutan pergolakan di negara berkenaan.
"Kerajaan mengambil keputusan dalam apa jua keadaan, kita akan melancarkan misi menyelamatkan pelajar-pelajar dan warga Malaysia.
"Dan ini misi untuk kepentingan negara. Tidak ada pertimbangan politik sama sekali, tidak kira pertimbangan ideologi, asalkan mereka ini warga Malaysia, mereka mesti diselamatkan dengan kadar segera," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyambut kepulangan kumpulan pertama 778 pelajar dan rakyat Malaysia yang dibawa keluar dari Mesir menerusi Ops Piramid melalui Jeddah di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia itu mendarat kira-kira pukul 10 pagi dan turut disambut isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menteri Kabinet lain.
Turut menyambut kepulangan mereka ke tanah air ialah anggota keluarga masing-masing.
Najib berkata, oleh kerana misi tersebut bukan sesuatu yang mudah, kerajaan telah membuat perancangan teliti termasuk membawa keluar rakyat Malaysia di Mesir untuk ditempatkan sementara di Jeddah sebelum dibawa pulang ke tanah air.
Menurut Perdana Menteri, pelbagai pihak terlibat dalam misi tersebut kerana matlamatnya hanya untuk memastikan rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat.
Tegas beliau, kerajaan bimbang tentang keselamatan warga Malaysia di Mesir kerana di negara berkenaan kini tiada lagi pentadbiran awam dan yang berasaskan undang-undang.
Video berkenaan sila lihat di SINI
No comments:
Post a Comment