Wednesday, February 16, 2011

Ikhwan mahu tubuh parti untuk menyertai pilihanraya


TAK PUAS HATI...kakitangan awam Mesir memprotes bayaran gaji rendah  di Kaherah, semalam.
TAK PUAS HATI...kakitangan awam Mesir memprotes bayaran gaji rendah di Kaherah, semalam.
KAHERAH: Ikhwanul Muslimin Mesir berkata, mereka akan menubuhkan parti politik di negara itu selepas Hosni Mubarak yang mengharamkan kumpulan itu disingkirkan.

Ahli Biro Politik pertubuhan itu, Mohammed Mursi, berkata Ikhwanul Muslimin yakin dalam suasana negara itu kini, mereka akan dibenarkan menubuhkan parti politik.

“Halangan ke atas Ikhwanul Muslimin mencapai matlamatnya sebelum ini adalah undang-undang negara yang mewajibkan penubuhan parti politik mendapat persetujuan Parti Demokratik Nasional (pimpinan Hosni),” katanya kepada media, semalam.

Menjadi kumpulan pembangkang paling berpengaruh dan tersusun di Mesir, Ikhwanul Muslimin meyertai pilihan raya atas kapasiti calon bebas.

Pada 2005, mereka menggunakan slogan Islam Adalah Penyelesaian dan berjaya memenangi 20 peratus kerusi di Parlimen.

Bagaimanapun, Ikhwanul Muslimin memboikot pilihan raya umum terbaru tahun lalu kerana rejim Hosni terbabit dalam penyelewengan bagi memastikan mereka kekal berkuasa.

Walaupun menyertai protes besar-besaran baru-baru ini, Ikhwanul Muslimin menyatakan, mereka tidak akan menyertai pilihan raya presiden bagi menggantikan Hosni.

Pada masa sama, mereka memang dicurigai Barat dan kumpulan sekular kerana dibimbangi melaksanakan undang-undang Islam jika berkuasa nanti.

Bagaimanapun, Ikhwanul Muslimin menafikan dakwaan itu dan bertegas menyokong tuntutan demokrasi menyeluruh di Mesir.
-AFP-

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails