Cukup mudah membuatnya dan lebih efektif kerana tidak menggunakan bahan-bahan yang berbahaya bagi kesihatan.Kaedah alternatif senjata bagi perjuangan membenteras nyamuk.
Sediakankan dulu :
- Botol plastik bekas berukuran 1,5 liter.
- 200 ml air
- 50 gram gula merah
- 1 gram ragi (beli di kedai makanan kesihatan, warung, atau pasar)
Langkah-langkah pembuatan:
1. Potong botol plastik di tengah. Simpan bahagian atas/mulut botol.
2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan hingga sejuk dan kemudian tuangkan di separuh bagian potongan bawah botol.
3. Tambahkan ragi. Tidak perlu dikacau. Ini akan menghasilkan karbon-dioksida.
4. Pasang/masukkan potongan botol bagian atas dengan posisi terbalik seperti corong.
5. Bungkus botol dengan sesuatu yang berwarna hitam, kecuali bahagian atas, dan letakkan di beberapa sudut rumah Anda.
Dalam dua minggu, Anda akan melihat jumlah nyamuk yang mati di dalam botol.
Perhatian :
Gula merah ini mengundang semut untuk datang, jadi jangan lupa letakkan mangkuk atau pinggang dan di bubuh air dalamnya.Selamat mencuba
jimat ongkos sikit dr beli Ridsect.
ReplyDelete