Thursday, October 22, 2009

19 TAHUN DAH...


Justeru itu, kepimpinan ulamak era Tuan Guru Nik Abdul Aziz sudah menobatkan (establishment) 20 nilai pembangunan negeri Kelantan seperti mana berikut:

1. Sifat cakna rakyat penuh berkebajikan,

2. Bangunan pejabat dan gudang bertambah dan tersergam,

3. Prasarana kesejahteraan awam tersirat kukuh,

4. Ladang getah dan kelapa sawit luas menghijau,

5. Sawah bendang menguning setiap musim,

6. Hutan dan lurah sedia ditereskan,

7. Kadar kemiskinan menjunam turun,

8. Kuasa beli rakyat mampu menyara survival pasaraya,

9. Pertambahan kenderaan bersimpang siur,

10. Taman perumahan melebar ke serata negeri,

11. Bandar lama dan baru makin berkembang,

12. Kehadiran pelancong terus melonjak,

13. Pesta, ekspo dan karnival terlaksana setiap tahun,

14. Gaji kakitangan awam tidak pernah dikurang,

15. Pendidikan Islam terbaik dan pelajar cemerlang terserlah setiap tahun

16. Kolej, universiti dan sekolah bestari makin bertambah bilangan

17. Kilang dan produknya terus beroperasi melonjak peluang ekonomi

18. Perancangan pembangunan sentiasa berlaku

19. Punca hasil baru terus diterokai

20. Baki hutang kerajaan dahulu sudah terlunas. Kesemua nilai pembangunan dinyatakan di atas adalah ukuran mutlak bagi mengiktiraf betapa pembangunan dan pertumbuhan ekonomi dan sosial sudah berlaku dan tidak terpinggir.

Oleh kerana itu, negeri Kelantan sepanjang 19 tahun di bawah kuasa politik PAS telah melakukan yang terbaik untuk rakyat Kelantan. Di atas 20 establishment itu, amatlah tidak adil untuk meletakkan status pembangunan negeri Kelantan sebagai negeri mundur.

Maka, sempena ulang tahun ke-19 kepimpinan ulamak mengurus-tadbir kerajaan negeri Kelantan ini, diharapkan bersama-samalah kita dapat membuka mata dan telinga untuk menerima realiti, betapa negeri Kelantan hari ini adalah sebuah negeri yang sudah jauh maju setanding dengan negeri-negeri lain di negara ini.

--------------

Penulis adalah Pengarah, Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan. _

Sumber Harakahdaily

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails