Seringkali kita mendengar kuliah-kuliah agama di masjid-masjid dan surau-surau tentang peringatan perbuatan yang kita lakukan sepanjang hidup ini.Penceramah selalu menyebut tentang muhasabah dan hasilnya sedikit sahaja yang masuk ke hati kita dari peringatan muhasabah itu,namun begitu sekalian banyak yang kita dengar keluar dari mulut penceramah tentang muhasabah ini,Cuma kita tidak juga melangkah untuk berubah.Penekanan terhadap solat berjemaah di masjid merupakan asas utama kekuatan dalam islam,di masjid kita boleh lihat berapa ramai yang datang mengunjunginya sewaktu azan di laungkan.Masing-masing sibuk dengan urusan kerja yang perlu di selesaikan segera.
Kadang-kadang tiang-tiang di dalam masjid lebih banyak dari jemaah yang menunaikan solat di dalamnya.Selalunya juga kipas-kipas siling ligat berputar menyebarkan angin-angin ke setiap reruang masjid namun kedatangan manusia untuk sujud juga tidak bertambah.Masjid terus di bina dengan megah di tambah pula dengan hiasan yang sangat menarik yang pasti memungkinkan kelalaian untuk khusyuk semasa mengerjakan solat.Karpet juga turut menonjolkan dan mempamerkan kecantikkan rupanya yang bercorak-corak awan larak.
Pembinaan masjid hebat dan nama-nama yang begitu menggerunkan para jemaah untuk hadir,di letak juga nama-nama sultan dan raja sebagai identitinya,namun mereka juga tidak kelihatan di saat azan di laungkan.Maka siaplah sebuah masjid lengkap dengan segala kemudahan yang bernilai jutaan ringgit,namun kehadiran jemaah tidak bertambah juga di kala berdiri megahnya masjid-masjid baru ini.Sepatutnya promosi untuk menarik masyarakat datang ke masjid perlu banyak dan di perhebatkan dengan mengadakan pelbagai program yang boleh menggemarkan masyarakat datang ke masjid dan bukannya memperbayakkan sahaja masjid tapi dari sudut untuk menarik masyarakat datang ke masjid di kesampingkan dan di bisukan.
Sesetengah masjid mempunyai dana yang begitu banyak,namun di simpan beku semata-mata tanpa mengadakan program dan aktiviti yang boleh menarik masyarakat datang ke masjid.Kini masjid hanya di kunjungi untuk menunaikan solat semata-mata,selepas itu di kunci dan di gari pintu-pintunya serta di petisejukkan untuk sekian lamanya.Kenapa masjid di negara kita jadi begini?di manakah silapnya?dan siapakan yang sebenarnya perlu di ubah supaya masjid di negara kita ini betul-betul menjadi pusat islam yang bakal melahirkan modal insan yang bertaqwa dan cemerlang seterusnya menjadi individu yang terbilang seperti Salahuddin Al-Ayubi yang membebaskan negara Palestin,Sheikh Muhammad Al-Fateh yang membuka kota Constantinople dan Tariq Bin Ziyad yang menggoncang bumi Andalusia dan Cordova..............bersambung
FROM: Muhammad Hafizul Al-Arawi
No comments:
Post a Comment