Sunday, October 25, 2009

MAHASISWA: PTPTN DAN BIASISWA.....episod 1




Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana masih mempertemukan kita kembali dan masih dapat menyedut oksigen dengan lancar dan nyaman. Rasanya sudah lama tidak menulis kerana sejak kebelakangan ini jadual tugasan yang amat padat dengan ujian dan pembentangan kertas kerja keusahawanan berkaitan dengan perternakan ikan air masin seperti ikan kerapu (grouper),Jenahak (snapper) dan siakap (sea bass) dan juga pembentangan kertas kerja berkaitan dengan unjuran syarikat perkapalan MISC di bawah kelolaan PETRONAS di tambah pula bertungkus-lumus menyiapkan Tesis Ijazah yang bertajuk ‘Sediment Characteristic in Sungai Kisap,Langkawi’, perlu di siapkan segera kerana lebih kurang 4 hari lagi ‘final exam’ akan bermula.Hati ini masih belum hilang dari debaran satu peristiwa yang cukup dahsyat sepanjang kehidupan ini iaitu pada 2 hari yang lepas semasa sedang memecut dengan kelajuan 100km/jam menaiki motosikal secara tiba-tiba sebuah kereta Perdana membelok dengan mengejut di tambah pula brek motor kurang mencengkam akhirnya terpaksa membuat pusingan maut secara total,Alhamdulillah mengucap panjang kepada Allah SWT selamat dari berlakunya kemalangan.


Namun kesibukkan yang teramat ini,seboleh-bolehnya tidak melalaikan kita dari ingat pada Allah SWT daripada perkara asas yang di fardhukan ke atas kita sebagai seorang mukmin yang sejati seperti solat berjemaah di masjid pada setiap waktu dan program fardhu ain lain seperti pengajian kitab-kitab feqah dan tasauf serta usrah bagi membina dan memantapkan semangat perjuangan.


Mutakhir ini kita masih tersentak dan terbelalak dengan kejadian yang boleh di katakan agak aneh dengan berdiri sejadah di beberapa buah negeri khususnya di negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan.Namun kesahihan peristiwa itu masih dalam siasatan pihak yang bertangungjawab,mungkin kejadian sejadah berdiri seolah-olah seperti orang bersolat ini adalah angkara budak nakal.Walaupun begitu,kejadian itu menunjukkan satu isyarat dan amaran kepada kita agar segera kembali memenuhi masjid dan memakmurkanya.Persoalannya sekarang kita masih juga tidak berubah ke arah itu, malah kejadian-kejadian yang berlaku ini selalunya di ulas yang memberi kelebihan dan memihak kepada kita yang menyebabkan kita masih tidak berubah,masjid masih lagi kosong seperti biasa dan kuliah-kuliah agama masih sepi dari kedatangan kita.


Bila lagi kita hendak berubah ke arah kematangan yang hakiki ini,kebiasannya orang yang matang adalah orang yang ada pangkat dan jawatan seperti Dr,Ir,Professor dan Kontraktor yang mempunyai projek-projek mega di atas muka bumi ini,namun ramai yang silap dengan permaksudan istilah kematangan ini,berfikiran matang sebenarnya mereka yang berfikir tentang sesuatu benda yang bersifat kekal dan abadi,mengejar perkara yang boleh memberi manfaat dan faedah yang abadi bukanya mengejar perkara atau pekerjaan yang bakal lenyap dan yang bersifat sementara.Kenapa kita bersungguh mengejar projek-projek mega yang ada di dunia semata-mata,sedangkan Allah SWT telah menyediakan projek-projek mega di akhirat sana,Cuma semua itu atas kita,kalau kita nak ke akhirat kita bersungguh ke sana dan kalau kita takboh (tak nak) maka tak nak berubah pun atas diri kita semuanya.Justeru mari kita fikir molek-molek di saat Allah SWT masih memberi sepasang mata yang pada hari ini masih boleh melihat pepohonan hijau, Allah SWT juga masih memberi pinjam sepasang kaki dan tangan untuk kita berjalan dan memegang sesuatu barang serta Allah SWT masih memberi nikmat telinga yang dapat mendengar laungan azan dan ayat-ayat Allah,maka oleh itu hargailan semua nikmat ini sebelum Allah menarik semula dan pada masa itu tiada guna penyesalan serta tangisan air mata darah sekalipun.


Dunia mutakhir ini seolah-oleh berlari begitu pantas,sedar tidak sedar bajet 2010 sudah di bentangkan dan rasanya semua sudah mengetahui ke mana bajet itu di percikkan,cumanya saya tertarik untuk mengulas tentang PTPTN yang akan di jadikan biasiswa apabila pemegang Ijazah memperolehi merit kelas pertama iaitu 3.50 ke atas,maka tidak perlu membayar.Sekali imbas menunujnukkan keprihatinan dan baiknya kerajaan Malaysia terhadap rakyatnya khususnya mahasiswa,namun di sebalik ini terdetik satu tanda tanya kenapa biasiswa hanya di berikan untuk mereka yang memperolehi 3.50 ke atas sahaja kenapa tidak di turunkan sedikit lagi 3.00 juga dapat biasiswa?ooo....mungkin untuk memberi semangat dan motivasi kepada mahasiswa untuk belajar bersungguh-sungguh kot.... cuba kita fikir kebanyakkan mahasiswa yang mendapat merit 3.50 ke atas biasanya akan mendapat biasiswa tajaan daripada JPA,jadi bila dah ramai yang dapat tajaan JPA bagi yang dapat merit 3.50 ke atas...agak-agaknya berapa orang mahasiswa yang masih tinggal dan masih pinjam PTPTN pada merit 3.50 ke atas???................bersambung

OLEH: Muhammad Hafizul Al-Arawi (Ijazah Sarjana Muda Teknologi Marin)

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails