Saturday, October 17, 2009

PERANCANGAN ALLAH SWT YANG TERBAIK...



Terasa baru semalam bermusafir ke negeri orang membelah banjaran Titiwangsa yang penuh kehijauan,bertemu sahabat seperjuangan.Alhamdulillah,setinggi syukur kepada Allah SWT kerana meletakkan diriku yang serba kekurangan ini di dalam bahtera perjuangan ini.Pertama kali sampai ke negeri orang nun jauh ke utara bergalas sebuah beg besar tanpa di temani oleh keluarga.Bertolak dari rumah usang ke Stesen Bas Kuala Terengganu pun seorang diri mengajar diri yang kerdil ini berdikari di atas kaki sendiri.Suasana penuh sesak di Stesen Bas Kuala Terengganu bersama ahli keluarga masing-masing,aku juga terasa saat orang lain di peluk oleh ayah dan emak,tapi aku tidak dapat untuk peluk ayah dan ibuku kali terakhir sebelum aku melangkah menaiki bas SP BUMI.

Namun tidak mengapa,kegembiraan dan keceriaan orang lain bersama keluarga masing-masing cukup meredakan kesedihan itu.Aku perlu kuat menghadapi keadaan ini kerana aku seorang lelaki yang bakal menggoncangkan dunia kelak.Bas akan bertolak bila-bila masa sahaja,aku melihat sekeliling pelukkan dan ciuman terakhir dari orang yang tersayang ke dahi anak kesayangannya sebelum melepaskan mencari ilmu di negeri orang.

Saat itu hatiku masih berdoa pada Allah SWT agar kedua ayah dan ibuku datang juga ke stesen bas ini sebelum aku berangkat buat pertama kali ini ke utara.Harapan semakin pudar,pemandu bas sudah membunyikan hon kira-kira 5 minit lagi bas akan berjalan.Kaki ku mula melangkah menaiki anak tangga bas dan mengambil tempat duduk bernombor 23 masih aku simpan tiket itu sehingga kini,lalu aku terus duduk di kerusi di tepi cermin,asyik aku melihat orang lain sedang sibuk untuk mengucapkan salam terakhir kepada anank-anaknya,aku terpandang wajah kedua ibu dan ayahku serta adik kecil ku menaiki motor bergegas menuju ke tempat parking bas,mereka terus mencari di mana bas yang aku naiki di celah ratusan manusia,di saat itu air mataku menitis laju,doa ku tadi telah di makbulkan oleh Allah SWT,lalu aku terus melambai-lambai dari cermin bas ternyata lambaian itu singgah tepat ke mata ayah dan ibuku,namun begitu bas mula bergerak perlahan pintu bas sudah mula di tutup,aku tidak sempat lagi untuk turun memeluk mereka buat kali terakhir sebelum aku berkelana ke negeri orang.Walaupun begitu kehadiran mereka secara tiba-tiba sudah cukup mengubat hati ini.Mereka terus melambai,akhirnya lambaian itu di mamah oleh kegelapan malam.

Suasana itu sudah 2 tahun berlalu mengisi reruang memori yang tersusun kukuh di fikiranku ini,kini hanya tinggal sebulan lagi aku berada di sini,selepas ini mungkin aku terpaksa ke negeri Selangor untuk menghabis kan ijazah yang terakhir ini dan mungkin juga sebaliknya,namun kemungkinan besar aku terpaksa menggalas kembali beg besar ke negeri Selangor memandangkan subjek yang aku ambil tidak ada di sini untuk semester yang terakhir ini.Jika aku terpaksa berkelana ke negeri Selangor,terpaksa kaki ku melangkah jua meninggalkan sahabat seperjuangan di sini............................bersambung

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails