Dulunya ramai orang sebut Undur Mahathir Negara Ok (UMNO),akhirnya Mahathir pun berundur setelah 22 tahun memerintah Negara Malaysia,banyak peristiwa yang berlaku di zaman pemerintahannya,peristiwa berdarah di Baling gugurnya As-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmood dan beberapa orang sahabatnya dek terkena peluru-peluru yang di lepaskan ke arah mereka.Maka bersemadilah mereka di sana dengan bahagia,sebulan yang lepas sahabat saya pergi menziarahi kubur mereka yang gugur dalam peristiwa itu,apabila sampai di sana tanah perkuburan itu di tumbuhi pepohon yang rendang dan berbunga dengan cantik sekali,tanda bahagianya penghuni di alam sana.
Selain peristiwa itu,ada lagi peristiwa yang lebih parah iaitu apa yang berlaku di Lubuk Merbau seketika dahulu di mana seorang petugas parti PAS mati di bunuh oleh mereka yang bencikan perjuangan PAS ini.Rentetan dari peristiwa itu kini berlaku pula tragedy berdarah di Bagan Pinang sehari yang lepas di mana markaz PAS di ceroboh oleh 100 orang penyokong yang memakai baju BN,menumbuk petugas PAS dan sanggup menetak sehingga bercucuran aliran darah yang berwarna merah pekat.Mereka berani melakukan apa sahaja asalkan mereka dapat memenangi pilihan raya kecil ini,walaupun mereka tahu adanya undi pos daripada tentera berjumlah 4 ribu lebih tetapi mereka masih membuat provokasi agar media yang mereka ada dapat menyiarkan kepada rakyat Malaysia bahawa yang membuat angkara adalah panyokong PAS dan Pakatan Rakyat.
Betapa jijik dan bangkainya mainan politik mereka,bagi mereka sejarah pilihanraya umum 2008 yang lepas undi pos daripada tentera tidak memberi keputusan yang baik bagi mereka,maka sekarang ini mereka akan gunakan apa sahaja cara asalkan DUN Bagan Pinang memihak kepada parti bangsat mereka ini.Sememangnya 5 DUN di dalam Parlimen Teluk Kemang ini tidak memberi kelebihan kepada parti keris berkarat UMNO ini,di mana Parlimen Teluk Kemang sendiri di menangi oleh PKR di tambah denga 2 DUN lagi iaitu DUN Chuah dan DUN Lukut juga di kuasai oleh PKR,manakala DUN Linggi di menangi oleh DAP,cuma DUN Port Dickson dan DUN Bagan Pinang ini mereka dapat kuasai itu pun kerana adanya undi pos.
UMNO sudah menjangkakan dari awal lagi,mereka perlu mencari alternative lain untuk memenangi pilihanraya ini kerana jika mereka bergantung 100% pada undi pos ini peluang untuk mereka menang di Bagan Pinang tidak akan kesampaian.Ini kerana undi tentera mempunyai kelainan daripada undi pos dari kalangan FRU dan Polis.Cuma persoalan sekarang ini adakah UMNO akan terus kempunan di Bagan Pinang? setelah terusir dengan hina di Permatang Pasir dan juga telah terburai di Manek Urai.
Sekarang ini tembelang UMNO kian terang dan terbuka luas,di tambah lagi calon yang di pilih ini telah di sahkan melakukan rasuah pada pemilihan UMNO tempoh hari.Rakyat sudah tahu calon UMNO ini melakukan rasuah namun pucuk pimpinan tertinggi UMNO masih lagi mencalonkan beliau.Mungkin ini lah calon yang paling bersih dan paling baik yang UMNO ada setakat hari ini...........bersambung
“MEMAHASISWAKAN PERJUANGAN”
1.16 AM
No comments:
Post a Comment