Terasa baru semalam kita bersama meredah hutan sambil bergelak ketawa di sulami irama dari khazanah flora dan fauna hutan.Pejam celik pejam celik rupanya dah 3 tahun kita bersama dalam perjuangan ini,merentas belantara hijau bersama berprogram mencari jiwa-jiwa muda untuk menjadi pejuang.Apa yang pasti kita tersungkur di celah bebanir pohon Kedondong dek kerana tersepak akarnya.Susah dan payah kita alami bersama,kekadang mengalir air mata keperitan kerana bebanan yang di pikul di bahu kita.Namun engkau dan aku saling menasihati agar tidak merunggut dek kepayahan melalui jalan perjuangan ini yang penuh duri mencalarkan tubuh kita bersama.Namun itu dulu,kini ianya menjadi memori yang tersemat kukuh di hati kita masing-masing.
Masih berbekas kesan calar di tangan mu terkena duri rotan semasa mencari tapak untuk membentuk pejuang masa depan.Dulunya kita ramai,namun seorang demi seorang sahabat pergi meninggalkan kita kerana fitrah tidak pernah terlupa bahawa setiap yang bertemu pasti berpisah.Berpisah jua akhirnya kita,mungkin buat seketika saja atau buat selamanya.Cuma aku harap ingat lah daku di masa engkau berjaya kelak ,bukan aku inginkan harta mu,tapi aku inginkan ukhuwah yang terjalin antara kita tidak terburai di sapu dunia yang kian terpesona.
Kini aku di tahun akhir setelah 3 tahun bersama-sama mengayuh bahtera perjuangan ini,aku sudah sampai ke destinasi yang sebenarnya.Berjuang bersama masyarakat di luar yang pasti tidak mudah untuk di tanya,silap-silap diri kita yang terkena tamparan mereka semua.Selamat tinggal semua sahabatku,teruskan perjuangan mu itu bersama pejuang muda yang dulunya kitalah bersusah payah mendidik mereka berusrah,merempit bersama ke kuliah dan berenang bersama ketika kita berehlah,akhirnya dengan hidayah dari yang Esa mereka kenal jalan perjuangan ini.Cuma setakat itu saja yang dapat ku bagi untuk perjuangan ini kerana aku insan yang tidak mempunyai ilmu menggunung tapi secubit bekalan ketika aku masih di bangku sekolah dahulu,namun tetap aku taburkan ilmu itu kerana Nabi pernah menyebut “Sampaikan olehmu dari ku walaupun satu ayat”
Sahabat jangan tangisi pemergianku ini,perginya aku seorang akan hadir puluhan sahabat lain yang lebih baik dariku dan lebih bersemangat berjuang bersamamu.Selamat tinggal sahabat sekali lagi aku ucapkan buat diri kalian,usah memikirkan tentang diri ku kerana aku tahu untuk mencari jalan-jalan itu yang pasti jalan baru ini pasti berliku dan berduri.Fikirlah sahabat-sahabat sekalian tentang dakwah dan perjuangan di alam mu itu kerana lambaian tangan-tangan memanggil dirimu untuk menyelamatkan mereka dari tenggelam di dasar ke maksiatan.
Apa yang pasti aku akan pergi jua,buat kali ketiga aku akan bermusafir sendirian berbekalkan doa-doa darimu wahai sahabatku sebagai pelindung dan keyakinan kepada diriku.Salam terakhir dariku untuk mu wahai sahabatku,aku tidak akan lupa saat-saat kita dahulu bermandi hujan kerana satu matlamat untuk melihat ISLAM PASTI GEMILANG.................bersambung
No comments:
Post a Comment