Saturday, October 17, 2009

BANGKIT LAH ANAK-ANAK MUDA...


Di suatu pagi yang hening, seusai kuliah mingguan, seorang ulama’ dari timur tanah air melepaskan keluhan :

”haih… letih… tuey2 sekalian.. ambo nok ghoyak, leloh benar nok jago islam nih…”
” oghe duk hantar ugutan… caci maki… fitnah.. mace2 lagi laaa… ambo sendiri leloh jago islam..tapi nok wat guano… sebab sayang kan islam… nok redha Allah… nok tengok rakyak muslim sendri iduk dale islam aman damai… letih..”
‘ambo harap… lepah2 nih.. lahir lah ramai lagi pejuang2 yang nama islam… ANAK2 MUDA BANGUN LA… kijo sikit tuk Islam..ambo doh tuo… tok cekak doh… malam nih, ambo umum senarai namo calon2… selepas tu kito wak smaye hajat mintok keberkatan..”
”moga2 allah menangkan islam… takbir… ALLAHUAKBAR..!!”

[semua orang sekeliling yang tengah duduk... bangun semua takbir sama2... nampak air muka semua nak kan Islam ...]
[makcik2 pun bangun sekali]

Begitulah keluhan seorang ulama yang memegang sebuah pemerintahan kerajaan di pantai timur tanah air.Dengan kesihatan yang tidak mengizinkan, beliau masih lagi menggagahkan diri agar orang lain boleh juga merasa rahmat Islam. Beliau tetap menguatkan usaha beliau dalam menghadapi kusut-kusut masyarakat. Berusaha membuat sesuatu yang beliau upaya, agar sekurang-kurangnya orang merasa terlindung terutama golongan-golongan miskin, yang jarang sekali diambil peduli oleh pemerintah. Beliau berusaha agar segala sistem yang berada di bawah pemerintahannya selari dengan Islam.

Disebalik keluhan tersebut, tersirat suatu harapan beliau agar anak-anak muda yang punya wawasan,yang punya cita-cita , yang punya agama agar bangkit dari lena. Bangkit dari ruang selesa.

Aku anak muda yang punya cita, benar, aku tidak boleh buat yang besar, tetapi aku sedaya buat yang paling kecil dipandangan manusia,moga-moga dengan kecil ini, aku masih ada hujah dihadapan mahkamah akhirat kelak...

Sidang shbt2 drhmati Allah sekalian, jika dengan satu kalimah tiada tuhan selain Allah, boleh memisahkan kita dari neraka, begitu juga dengan harga pilihan kita. Pasti membawa rahmat buat manusia.Fikirlah sedalam-dalamnya sebelum anda mula memilih. Jika anda masih tidak punya kuasa untuk memilih (tidak cukup umur) , sebarkan walau satu ayat pada sahabat-sahabat terdekat,n ahli keluarga kt...

“Allah tidak tanya berjaya atau tidak, tetapi kita buat atau tidak..” (^_^)
FROM: NIK MOHD KAMAL NIK HANAFI

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails