Cerita ini sering didengar apabila membicarakan tengtang keikhlasan. Ia ditulis oleh Imam al Ghazali dalam Ihya’ Ulumuddin. Kisah seorang lelaki soleh yang mendapat berita mengenai sebatang pokok yang menjadi sembahan orang ramai di sebuah kampung.
Dengan semangat amar ma’aruf nahi mungkar, lelaki itu mengambil sebilah kapak dan pergi untuk menebang pokok tersebut. Di pertengahan jalan dia bertemu syaitan yang menyamar sebagai seorang lelaki. Syaitan menghalangnya dan berlakulah pergelutan. Lelaki itu dengan mudah mengalahkan syaitan. Syaitan tidak berpuas hati lalu berlakulah pergelutan demi pergelutan yang tetap dimenangi oleh lelaki soleh itu.
Akhirnya syaitan mengaku kalah tetapi ia menukar strategi. Ia membuat satu tawaran kepada lelaki soleh itu. Syaitan akan memberikan satu dinar emas pada setiap pagi sekiranya lelaki itu membatalkan niatnya untuk menebang pokok sembahan itu. Lelaki soleh itu termakan tawaran syaitan, lalu pulang ke rumah.
Bangun daripada tidurnya esok pagi, didapati ada sekeping dinar emas di bawah bantalnya. Benar, syaitan telah menunaikan janjinya! Begitulah seterusnya pada hari kedua, dinar emas tersedia di bawah bantalnya. Tetapi pada hari ketiga, dinar emas sudah tidak ada lagi. Ternyata, syaitan telah mula menipu!
Berang dengan perlakuan syaitan, lelaki soleh itu mencapai kapaknya untuk meneruskan niat awalnya untuk menebang pokok sembahan. Di petengahan jalan, syaitan yang menyamar itu menghalangnya dan berlakulah pergelutan. Kali ini lelaki soleh itu kalah. Dia bangun dan mencubanya sekali lagi, dia tetap kalah. Malah dicubanya untuk kali ketiga, dia tetap kalah.
Ketika itu dia bertanya kenapa dia kalah dan adakah lawannya semakin gagah? Syaitan menjawab, “Engkau kalah kerana niatmu untuk mencegah kemungkaran bukan lagi KERANA ALLAH, tetpi kerana dinar emas.”
Ya, lelaki itu mengakui menjadi lemah kerana niatnya pada kali ini tidak ikhlas. Terbuktikah keikhlasan itu adalah satu kekuatan dan kehormatan.
Cerita diatas saya ceritakan kembali kepada anak saya yang baru bekerja sebagai jurutera……..”
Artikel ni ana petik dari majalah SOLUSI. Sm2 kita milikinya kerana majalah ini bukan sahaja dikeluarkan oleh ahli jemaah malah penulis2 jemputan memang hebat2 belaka. Sape tak kenal Dr Basit dari pondok Sungai Durian, Fadzli Yusof, Ust Zahazan, Ust Hasrizal yang menjadi palelis majalah ini. Majalah ni merangkumi persoalan akidah, feqah dan tasawuf yang dikupas melalui penceritaan atau secara ilmiah.
Daripada artikel di atas juga dapat disimpulkan bahawa:
1-Syaitan hebat dalam menipu manusia, maka sentiasa berjaga2lah kita.
2-Mungkin kemenangan kita yang tertangguh dek disebabkan ada unsur 'tidak ikhlas' dalam kita bergerakerja. .
Sama2 kita milikinya dan IKHLASkan NIAT..
FROM:GAMIS 07
No comments:
Post a Comment