Keputusan pilihan raya kecil Bagan Pinang sudah di ketahui umum bahawa pertarungan kali ini di menangi oleh Parti UMNO mewakili BN,namun bagi Jemaah PAS mereka bukannya kalah cuma tidak menang lagi.Kalah bermaksud sampai bila-bila tidak berani untuk bertanding dan berjuang,namun bila di sebut tidak mmenang lagi maka PAS akan tetap berjuang dan bertarung dengan Parti secular iaitu UMNO ini sehinggalah Islam dapat mentadbir bumi Malaysia suatu hari nanti.
Kemenangan ISA Samad dengan majority 5435 undi jika di lihat sekali imbas adalah satu kemenangan yang agak banyak berbanding dengan PRU 2008 tempoh hari,namun sebenarnya tidak, ini kerana di DUN Bagan Pinang itu sendiri terdapat 4 ribu lebih undi pos dari kalangan tentera.Bermakna majority besar kemenangan ini datangnya dari undi pos ini.Sudah menjadi kebiasaan kepada Parti UMNO yang memimpin kerajaan Malaysia pada hari ini,mereka akan menggunakan segala senjata kontot yang ada bagi memenangi jugak pilihan raya di Bagan Pinang kali ini.Selepas sejarah telah tercatat kukuh bahawa pilihanraya kecil sebelum ini UMNO telah tertewas sebanyak 7 kali,yang paling UMNO kecewa adalah terlepasnya kerusi Parlimen Kuala Terengganu kepada PAS tempoh hari,saya pun menyumbang satu undi untuk kemenangan PAS di Kuala Terengganu itu.
Mungkin kita boleh panggil ISA Samad selepas ini wakil pos tentera bukannya wakil rakyat,sudah terang lagi bersuluh terpalit dengan kes rasuah masih juga di beri kepercayaan oleh UMNO untuk menjadi calon mewakili parti mereka,jika ini lah suasananya sekarang Parti UMNO tidak lagi bermaruah.
Memang di akui Malaysia sebuah negara yang kaya dengan pelbagai sumber mineral dan yang paling besar menyumbang kepada ekonomi negara adalah sumber minyak yang mempunyai kualiti tinggi.Namun kekayaan itu tidak juga mengubah taraf hidup rakyat setelah hasil minyak memberi keuntungan yang berlipat kali ganda kebelakangan ini.Kekayaan berlegar di kalangan pemimpin dan kroni semata-mata,amalan rasuah kian membusung dan telah menjadi budaya dalam UMNO,maka sebab itu mereka memilih calon yang ada rekod rasuah supaya senang untuk merasuah rakyat kerana mereka sudah pakar dalam selok-belok rasuah ini.
Maka tidak hairanlah kajian menunjukkan negara kita telah merekodkan kerugian RM10 BILLION setahun hasil rasuah dari pemimpin tertinggi dalam negara ini.Alangkah malangnya rakyat Malaysia mempunyai pemimpin seperti ini,bukan itu sahaja kerajaan terus mengenakan pelbagai cukai daripada rakyat sedangkan mereka menghabiskan wang rakyat ini RM4 Juta dalam masa seminggu semasa lawatan delegasi Malaysia ke US baru-baru ini.Semua itu adalah wang hasil titik peluh petani di bawah panas terik mentari,hasil titik peluh nelayan di bawah panas membahang dan hasil titik peluh buruh kasar di puncak bangunan.
Semua lapisan masyarakat Malaysia masih tidak merasa kesenangan hasil daripada kekayaan duit minyak dan sebagainya,apatah lagi kepada mereka yang bergelar mahasiswa,mereka ini terus di cekik dengan hutang PTPTN yang semakin banyak,hendak mencari ilmu pun susah di Malaysia ini,bila sudah tamat belajar mereka akan terus di buru jika tidak membayar balik pinjaman ini sedangkan mereka ini belum lagi bekerja.
Ini lah sebenarnya keinginan pemimpin UMNO kepada rakyatnya,biarlah golongan yang berada di kampung terus miskin asalkan kelak mengundi parti mereka,biarlah golongan mahasiswa di bebani hutang kelak mereka akan melutut depan kaki UMNO dan mengundi mereka.Ternyata agenda untuk mengubah rakyat dan masyarakat Melayu ke arah kebaikan hanyalah retorik bangsat semata-mata,jika benar mereka inginkan masyarakat kita mempunyai akhlak dan sahsiah yang baik mana mungkin mereka masih menganjur dan membenarkan pesta-pesta hiburan di serata pelusuk negara.Beberapa tahun dahulu masyarakat kita di kulitkan dengan ISLAM HADHARI,namun kini bukanya masyarakat menjadi baik dengan adanya ISLAM HADHARI tetapi bertambah teruk dengan peningkatan samseng seperti berlaku inseden menumbuk dan memarang di Bagan Pinang tempoh hari,bukan itu sahaja jenayah bunuh,rompak dan rogol terus maju ke depan tanpa halangan daripada pihak yang berwajib.
Harapan dan amanah kepimpinan yang di letakkan di atas bahu UMNO untuk memimpin negara Malaysia berkurun lamanya ternyata di sia-siakan malah mereka telah merosakkan budaya anak bangsa mereka sendiri.Apa yang paling sedih adalah agama ISLAM terus di kesampingkan dan di biarkan menjadi bahan mainan oleh golongan yang anti-Islam seperti SIS(sister in islam)......bersambung
No comments:
Post a Comment