KUALA LUMPUR, 27 Okt: Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) kini menyandarkan harapan kepada Naib Canselor setiap universiti untuk tidak meneruskan hasrat melaksanakan sistem undian elektronik (E-Undi) pada pilihan raya kampus akan datang. Ianya berikutan beberapa bantahan dan memorandum yang dihantar pihak mereka kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak mendapat perhatian sewajarnya. Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, jurucakap BANTAH, Mohd Shafie Hashim menggesa Naib Canselor mengkaji semula pro dan kontra sistem undian baru itu. "BANTAH hari ini menggesa pihak Naib Canselor setiap universiti yang akan melaksanakan sistem ini agar mengkaji semula baik dan buruk sistem ini dan kesannya kepada demokrasi kampus serta pemimpin mahasiswa yang akan lahir kelak," kenyataan beliau dipetik. KPT sebelum ini memutuskan tetap melaksanakan E-undi di seluruh kampus dan memberi jaminan ianya akan berjalan dengan telus dan adil. Manakala BANTAH pula berpendirian sistem baru tersebut mampunyai ruang yang sangat besar untuk dimanipulasi pihak berkepentingan. "Sistem E-Undi yang baru diperkenalkan ini dilihat banyak mempunyai kelemahan dan mudah dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu. "Disamping itu, ketelusan pengundian juga diragui apabila tidak munasabah seandainya berlaku keraguan di dalam pengiraan undi, pengundian akan dijalankan semula kerana ia tidak dapat dikenal-pasti melalui sistem komputer. Ia berbeza dengan pengundian secara manual," katanya lagi. Sehubungan itu mereka meletakkan harapan kepada Naib Canselor seluruh kampus membuat pendirian serupa seperti mana dilakukan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dato� Zaini Bin Ujang. Zaini sebelum ini memutuskan UTM tidak akan melaksanakan E-undi kerana didakwa bimbang berlaku ketidakadilan dan masih belum bersedia sepenuhnya. "Keputusan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dato� Zaini Bin Ujang yang tidak melaksanakan sistem ini kerana bimbang berlaku ketidak telusan dan masih belum bersedia sepenuhnya, amat wajar dicermati dan BANTAH sangat peka akan perkara ini," katanya. BANTAH pada waktu ini masih meneruskan kempen kesedaran kepada mahasiswa bagi menarik sokongan ramai membantah sistem undian elektronik tersebut. Mereka bertemu mahasiswa dan menerangkan kenapa e-undi perlu dibantah melalui penerangan biasa dan edaran risalah._
BY: HARAKAH DAILY
|
Wednesday, October 28, 2009
Tolak E-undi: BANTAH sandar harapan pada Naib Canselor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment