Sedang manusia leka dengan dunia,bergelak ketawa sehingga sanggup melakukan apa sahaja kemungkaran dan kemaksiatan maka dengan tiba-tiba berlaku satu tragedi yang meragut ribuan nyawa di Padang,Sumatera,Indonesia.4 buah kampung ranap di telan oleh bumi dengan altitude 7.9 skala Richter.Maka Maha benar ayat-ayat Allah SWT dalam Al-QURAN.
Saudara pembaca sudah sedia maklum bahawa gempa bumi itu berlaku pada pukul 17:16 minit petang bertepatan denga Surah Al-Isra’ yang bermaksud “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri,maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (agar mentaati Allah),tetapi bila mereka melakukan kedurhakaan di dalam negeri itu,maka sepantasnya berlaku lah terhadapnya perkataan (hukuman Kami),kemudian Kami binasakan sama sekali (negeri itu)”.
Seterusnya berlaku lagi gempa bumi pada pukul 17:58 minit petang dalam Surah Isra’ juga menjelaskan “Dan tidak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya),melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami siksa (penduduknya) dengan siksa yang sangat keras.Yang demikian itu telah tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz)”.
Walaupun begitu sekali lagi gempa bumi datang,ini kali ketiga berlaku pada pukul 8:52 minit berdasarkan pada Surah Al-Anfal yang bermaksud “(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan pengikut Firaun dan orang-orang yang sebelum mereka.Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya.Sungguh, Allah Mahakuat lagi sangat keras siksa-Nya”.
Beginilah azab yang Allah SWT timpakan kepada manusia yang mana bila mungkar dan maksiat menjadi perkara biasa dalam kehidupan manusia, maka halal turunya bala ini.Akhirnya semua terkena bala ini samaada yang jahat atau pun yang baik.Adapun manusia yang baik mereka mendapat syahid daripada Allah SWT.
Alhamdulillah pada malam ini saya berkesempatan mendengar kupasan gempa bumi ini daripada Al-Fadhil Ustaz Yussaine Yahya di sebuah surau di sini.Kupasan dan huraian yang menggentarkan jiwa bahawa janji Allah adalah benar.
No comments:
Post a Comment