Thursday, October 29, 2009

MAHASISWA: MEREVOLUSIKAN PERUBAHAN...



Pagi ini bintang masih bertaburan di angkasa raya,sesekali suluhan bintang solo yang terang memalapkan cahaya bebintang lain.Angin pagi ini bertiup lembut menyelaputi sekeping tubuhku ini,terasa dingin dan nyamannya suasana pagi ini,azan subuh mula bergema di beberapa masjid berdekatan Motor kris tahun 1996 yang uzur ini di hidupkan,namun jasanya melebihi jasaku di atas jalan perjuangan ini.Aku mula membonceng memasuki kampus lantas mengangkat tangan kepada pengawal keselamatan lalu di balas dengan senyuman dan lambaian.Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana memberi nikmat mata yang masih boleh melihat,nikmat tangan yang masih boleh membonceng motor ke masjid,nikmat kedua kaki yang masih boleh melangkah ke masjid dan yang paling berharga nikmat Islam dan Iman.Manfaatkan seluruh nikmat ini selagi mana ia masih di beri pinjam oleh-Nya.

Pejam celik pejam celik,sudah di tahun akhir rupa nya aku di sini dan hari ini bermulalah dengan rasminya peperiksaan akhir bagi semua mahasiswa dan mahasiswi di sini.Maka bermulalah suasana mengulangkaji pelajaran,perpustakaan penuh sesak dengan mahasiswa begitu juga di bilik-bilik yang di khususkan untuk mengulangkaji pelajaran yang berada di asrama masing-masing.Al-maklumlah sesiapa yang dapat pointer kelas pertama di kecualikan daripada membayar PTPTN kerana ia akan bertukar kepada biasiswa.Ada yang belajar berkumpulan,berseorangan dan yang paling ramai belajar secara berpasangan khususnya di perpustakaan di tambah pula pakaian mereka meminarkan mata yang melihatnya.Suasana belajar berpasangan ini sudah menjadi kebiasaan di sini,al-maklumlah university kerajaan U....sememamangnya mencemarkan suasana mencari ilmu yang sepatutnya.

Mengejar segulung diploma dan ijazah semata-mata sehingga sanggup mengadaikan prinsip akhlak islam,namun yang penting berjaya menerima segulung diploma yang bernilai RM15,000.00 dan ijazah RM21,000.00.Memang ISLAM mewajibkan umatnya mencari ilmu duniawi,namun dalam mencari ilmu jangan ada perkara yang menyalahi adab dan akhlak menuntut ilmu.Namun hari ini suasana mencari ilmu di university di sini sudah jauh tersasar dari apa yang di tuntut oleh islam.Melihat dari sudut berpakaian dan pergaulan menunjukkan pihak yang mentadbir university hanya mengutamakan kejayaan akademik semata-mata dan membakulsampahkan adab dan akhlak yang di gariskan dalam Islam.Maka lahirlah pemimpin yang buruk akhlaknya di tambah lagi dengan amalan rasuah,mereka ini seorang yang pintar dan cerdik tiada akhlak islam dalam dirinya.Jika suasana ini terus berlaku dan tidak di ubah secara drastic maka kelak negara kita akan di pimpin oleh mereka yang pintar dalam urusan dunia namun fakir dari urusan akhirat.

Mahasiswa merupakan asset berharga yang bakal lahir memacu negara kelak,seharusnya di didik mengenal Islam secara mendalam di samping belajar tentang ilmu duniawi ini supaya khazanah negara dapat di uruskan dengan cermat dan efisien.Apa tidaknya,mahasiswa di era mutakhir ini telah di bius teruk oleh budaya yang di bawa oleh barat secara terus.Teknologi kini berada di hujung jari tangan dan jari kaki.Kemudahan telekomunikasi terus menghambat minda mahasiswa,blog,facebook dan sebagainya adalah medium yang telah tersedia dengan kegunaan yang pelbagai,sumber maklumat pantas menerokai seluruh kehidupan mahasiswa yang belum sempat di tapis dan di sekat,ia bagaikan air yang masuk ke celah-celah bebanir yang berongga.

Oleh itu umat islam perlu pantas menguasai seluruh kemajuan ini agar dapat menyekat agenda musuh-musuh yang sememangnya ingin membiuskan umat islam dengan racun pemikiran yang di bawa oleh mereka.Apabila umat islam rosak maka musuh-musuh islam bergembira dan berpesta,ini kerana kerja mereka kelak bakal di ganti oleh orang islam yang telah mereka rosakkan ini.Justeru itu,kini lahirlah islam secular,liberal dan nasionalisme yang sendiri menentang al-quran dan as-sunnah................bersambung

OLEH: Muhammad Hafizul Al-Arawi

Diploma Wood Technology,

Degree Marine Technology.

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails