Tuesday, August 31, 2010
Bantuan raya: Kedah dicadang guna dinar, dirham
ALOR SETAR, 31 Ogos: Ahli Dewan Negara, Senator Zambri Yusuf mencadangkan Kerajaan Negeri Kedah supaya membayar bantuan khas sempena Aidilfitri kepada kakitangannya dengan menggunakan Dinar atau Dirham Kelantan.
Menurut beliau, dengan penggunaan dinar atau dirham adalah sebagai satu kaedah yang positif bagi memastikan ekonomi bergerak dengan lebih lancar dan adil.
"Penggunaan mata wang ini mampu untuk mengurangkan risiko manipulasi dalam sektor ekonomi dan pasaran.
"Pendedahan penggunaan mata wang ini perlu dipromosikan kerana ketika ini masyarakat belum jelas mengenai ketetapan nilai dinar dan dirham yang bergantung kepada nilai pasaran emas," katanya.
Beliau yang juga mantan Pengerusi PKR Kedah berkata, sekiranya maklumat tepat dan jelas diberikan kepada masyarakat mengenai sistem yang akan diguna pakai ini, ia akan dapat diterima oleh semua pihak.
Oleh kerana itu Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri perlu meneruskan usaha ke arah penggunaan dinar dan dirham dari aspek yang lebih praktikal.
"Rakyat juga dinasihatkan supaya tidak terperangkap dengan pemikiran sempit oleh segelintir pihak yang terlalu takut kepada kaedah alternatif yang sedang giat diperkenalkan di Kelantan," ujarnya lagi.
Kata Zambri lagi, penggunaan emas 22 karat pada dinar adalah lebih tahan lasak sebagai mata wang penggunaan harian.
Manakala kadar berat 4.25 gram adalah perbandingan yang amat jelas di antara nilai dinar dan nilai emas di pasaran.
Sebagai Penyelaras Pemilihan PKR Negeri Kedah, beliau juga menyatakan penjelasan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Kelantan membuktikan kajian terperinci dan mendalam telah mereka lakukan dalam aspek dan ciri-ciri penggunaan dinar dan dirham tersebut.
harakahdaily
Keunikan Cara Kerja Mesin
1. Radial Engines
2. Mesin wap
3. Mesin Jahit
4. Mekanisme Maltese Cross
5. Mekanisme Transmision Manual
Gigi percepatan dirangkai di dalam kotak gigi/gearbox untuk beberapa kecepatan, biasanya berkisar antara 3 gigi percepatan maju sampai dengan 6 gigi percepatan maju ditambah dengan 1 gigi mundur (R).
6. Constant Velocity Joint
7. Sistem Torpedo Penghancur Pada Kapal
8. Rotary Engine
Orang lebih mengenal mesin rotor dengan sebutan piston. Kerana mesin rotor sangat compact, ringan, mesin ini banyak digunakan pada berbagai kenderaan dan peralatan seperti pada mobil balap, pesawat terbang, go-kart, speed boat.
KENANGAN DI HARI LAHIRKU
Ibu pernah menceritakan pengalaman bagaimana sewaktu mengandungkanku lebih kurang 3 bulan. Dia mengidam nak makan ubi kayu bakar, terasa sedap jugak. Ibu menceritakan bagaimana dia pada suatu petang hari berjalan ke rumah jiran yang kebetulan ada menanam ubi kayu yang agak luas. Untuk membeli beberapa puluh sen, rasanya tiada masalah sangat. Biasalah orang mengidam tak makan banyak, beliau terus ke rumah jiran tersebut. Bilamana sampai di hadapan rumah jiran ibu memberi salam, dan menjelaskan hajat untuk membeli ubi kayu (dalam 20 sen) sambil menceritakan rasa mengidam nak makan ubi kayu bakar. Masa itu 20 sen dah kira dapatlah seguni ubi kayu.
Tapi sayang tuan rumah menjawab: “Ubi kayu tidak dijual 20-30 sen, jual banyak sekali gus, sikit-sikit tak jual, maaf je lah ye….” Ibu sangat terasa hati dengan jawapan tersebut. Ingatkan dapat percuma, biasalah orang kampung kalau mengidam punya pasal, kita bagi sahaja. Tapi ibu merayu agar dia juallah sedikit, namun jawapannya tetap sama. Ibu terus pulang dalam keadaan sangat kecil hati dan rasa tersinggung dengan tindakan jiran itu.
Sambil balik ibu menceritakan ia mengadu dalam hati alangkah baiknya kalau Allah mengajar agar manusia insaf. Manusia boleh memiliki tanah, tapi yang mengeluarkan isi (hasil) adalah Allah. Kalaulah hujan turun, agaknya baru dia insaf… Bukanlah berdoa, tetapi hanya kerana rasa terkilan. Selepas solat Maghrib, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya sehingga Subuh.
Keesokan hari bilamana hujan berhenti hampir 8.00 pagi, ibu membuka tingkap rumah. Didapati seluruh kawasan tanaman ubi ditenggelami air. Ubi kayu memang pantang tenggelam air, akan rosaklah ia.. Apabila ibu membuka pintu rumah, didapati ada beberapa ketul ubi kayu diletakkan di atas pelantar rumah. Maka dapatlah ibu makan ubi bakar, kuranglah rasa mengidamnya.
Itulah sedikit kisah waktu ku dalam kandungan. Masa tu manalah kita tahu. Kisah ini ibu ceritakan kepadaku bilamana beliau mengingatkanku jangan sombong dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Nasihat itu masih tergiang-ngiang di telinga. Mengenang hari lahir ini teringat bagaimana seorang ibu menahan penderitaan di saat melahirkan kita. Semoga Allah sentiasa memelihara ibu, ayah dan semua sahabat seperjuangan.
komen CEO kekoh: Alhamdulillah sempat dengar ceramah Ustaz berkenaan Ubi ini seketika dulu,pernah mengikuti Ustaz ke Johor semasa belajar dulu di Jengka,Pahang.Terasa persis angin perjuangan.Allahuakhbar
Monday, August 30, 2010
BERTANYA SOALAN
Kepada pembaca sekelian,
Ramai yang bertanyakan soalan dengan menaip di ruang komentar (comments). Di bulan Ramadhan ini, jawapan tidak akan dipaparkan di dalam blog. Semua akan terus ke email penanya. Oleh, itu silakan emailkan soalan ke alamat (ilmudanulamak@yahoo.com). Terima kasih.
SILA MUAT-TURUN EBOOK RAMADHAN (5); "Hukum-hakam tentang QADHA' PUASA, FIDYAH & KAFFARAH". (Klik di sini).
3 wanita Itali peluk Islam lepas dengar Ceramah Presiden Libya, Moammar Gahafi
Gadhafi beri ceramah agama kepada wanita muda Itali
ROM 30 Ogos - Pemimpin Libya, Moammar Gadhafi memberikan ceramah agama dan salinan naskhah al-Quran kepada beberapa ratus gadis Itali semalam ketika tiba di Rom untuk lawatan keempatnya dalam setahun.
Kira-kira 200 hingga 500 wanita yang dibawa oleh sebuah agensi model dan dibayar dengan jumlah yang tidak diketahui untuk hadir, tiba dengan menaiki bas di kediaman rasmi duta Libya sebaik sahaja kapal terbang presiden itu mendarat di lapangan terbang Ciampino di sini pada permulaan lawatannya selama dua hari.
Sebaik sahaja berada di dalam kediaman rasmi itu, Gadhafi memberikan ceramah agama dan salinan naskhah al-Quran kepada semua wanita, kata dua orang wanita berada di sana, Michela dan Cristina kepada Berita Televisyen Associated Press.
Jelas Michela, tiga daripada peserta itu memeluk Islam serta-merta. - AP
Pancing ikan piranha di Sungai Thames
|
|
Ikan itu yang berasal dari Amerika Selatan mungkin telah dibuang ke dalam sungai tersebut oleh seorang pengumpul haiwan.
Ikan itu digambarkan dalam filem-filem Barat gemar memakan daging manusia.
"Saya membawa pulang ikan itu ke rumah bagi membuktikan saya berjaya menangkap seekor ikan piranha dari Sungai Thames," kata Richard.
Richard yang bekerja sebagai seorang artis grafik menangkap ikan itu di Marlow berdepan dengan Hotel Compleat Angler, Buckinghamshire.
Ikan piranha itu sepanjang 10.16 sentimeter (sm) dan panjangnya boleh mencecah 45.72sm. - Agensi-KOSMO
Bayaran elaun guru Pasti Kelantan dalam Dirham
KOTA BHARU, 29 Ogos: Selepas Persatuan Tahfiz al-Quran Malaysia (Permata) bercadang untuk membayar gaji kakitangannya menggunakan Dinnar dan Dirham, Guru-guru Pasti Kelantan juga turut menerima Dirham sebagai bayaran elaun bulanan mereka. Mereka telah menerima elaun bulanan berupa tiga keping Dirham yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa. Penyampaian dibuat pada satu majlis khas yang diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), dekat sini semalam. Pengagihan bayaran elaun menggunakan Dirham tersebut sebagai sokongan terhadap Dinar dan Dirham yang diperkenalkan kerajaan Kelantan. Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Pasti Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, Chegu Mohd Nuri Yaacob serta lain-lain pimpinan Pasti peringkat negeri dan kawasan. Husam ketika berucap pada majlis itu memberitahu, kerajaan negeri berusaha menghidupkan Dinnar dan Dirham setelah umat Islam telah ‘ditidurkan’ dalam tempoh yang panjang. Katanya, sistem Dinnar dan Dirham sewajarnya dihidupkan semula oleh umat Islam zaman kini setelah yahudi mula melenyapkannya bermula tahun 1840 di zaman kerajaan Othmaniyah. "Dinar dan Dirham yang diperkenalkan Kelantan menggunakan ukuran diperkenalkan Saidina Omar 4.25 gm dan akan bernilai di seluruh dunia. "Sedangkan mata wang kita ada negara-negara tidak menerimanya sekiranya tidak membuat pertukaran terlebih dahulu sebelum ke negara terbabit,"ujarnya. Husam turut mengingatkan masyarakat supaya tidak menggunakan Dinnar dan Dirham sewaktu nilaiannya jatuh dan menyarankan menggunakan Ringgit Malaysia, "Jangan terpedaya dengan dakwaan pihak tertentu yang mengatakan rakyat akan rugi sekiranya mengunakan mata wang Dinnar dan Dirham. "Kita harus ingat, sistem tersebut adalah ajaran Islam dan ianya terkandung dalam al-Quran sendiri,"ujarnya. harakahdaily komen CEO Kekoh: Ayuh Kerajaan Kelantan bangkitkan kegemilangan Islam seketika dulu dimana Islam menguasai dunia,Insya Allah sedikit lagi kita dapat lihat Empayar Kerajaan Islam Kelantan menggegarkan dunia!. |
Sunday, August 29, 2010
Al Fatihah : Bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak meninggal dunia.
Beliau yang telah terkena angin amar telah telantar sakit sekitar 10 tahun dan terakhir dimasukkan ke Hospital Parit Buntar dua hari lepas. Tengahhari tadi beliau dibawa balik ke kediamannya di Parit Tok Ngah dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar kepada PAS Perak dan saya mewakili kepimpinan PAS Perak mengucapkan Takziah keatas seluruh sanak saudara diatas kehilangan orang yang disayang.
Semasa hayatnya beliau pernah menyandang jawatan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak dan menjawat jawatan yang DiPertua PAS Kawasan parit Buntar.
Kegigihannya dalan memperjuangan wadah PAS dengan kehebatannya menyampaikan ceramah dengan dalil Al Quran dan Sunnah.
Al Fatihah......
Mengata Dulang Paku Serpih , Mengata orang Dia yang Lebih !
2. Modus operandi mereka cukup mudah untuk dibaca kerana ia diatur dan digerakkan dalam keadaan cemas dan terdesak demi meningkatkan kembali reputasi mereka yang jatuh teruk dan meraih semula kepercayaan rakyat kepada prestasi mereka.
3. Tindakan UMNO dan BN mutaakhir ini demi memburukkan nama baik PAS semakin liar dan kelihatan tidak terkawal. Baru - baru ini ditimbulkan isu doa kepada Lim Guan Eng dalam khutbah jumaat yang kononnya salah dan bertentangan dengan Islam malah didakwa cuba menggantikan nama Yang di Pertuan Agong. Akhirnya mereka kantoi apabila didedahkan perbuatan doa malah membaca Yassin dan solat hajat yang dilakukan oleh UMNO buat calon BN Kamalanathan di Hulu Selangor dalam pilihanraya kecil baru - baru ini .
4. Sedang doa yang dibacakan oleh Al Fadhil Ustaz Zakaria Ahmad dalam khutbahnya adalah untuk memohon hidayah Allah swt kepada Lim Guan Eng agar Lim Guan Eng menerima Islam . Satu doa yang terpuji dari pandangan agama Islam agar pemimpin itu diberikan hidayah .
5. Terkini UMNO dan BN memainkan isu Yb Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang masuk surau dan ia dianggap sebagai suatu yang terlarang . Mereka menggambarkan kononnya MP Serdang itu menyampaikan "tazkirah" kepada ummat Islam di surau tersebut . Sepantas itu pihak JAIS dan MAIS bertindak disamping turut menyelar tindakan tersebut . Lebih malang mereka cuba mengheret pihak ke bawah Duli Yang Maha Mulia sultan Selangor untuk kepentingan politik mereka .
6. UMNO kantoi lagi apabila Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke 90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid dan Ruang Solat Utama di dalam Masjid. Muzakarah tersebut telah memutuskan bahawa :
pelancong bukan Islam diharuskan memasuki Masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan senantiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimana pun perbuatan berdoa atau bertafakkur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.
7. Tindakan dan sikap yang diambil oleh Pengarah JAIS Khusrin Munawi dan Pengerusi MAIS Mohamad Adzib Mohd Isa yang tidak membenarkan non muslim memasuki masjid dan surau adalah bertentangan dengan fatwa yang telah diputuskan baru - baru ini .
8. Sebelum ini Khusrin Munawi juga menolak keras cadangan saya yang mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat agar Nikah Khitbah dipopularkan sebagai salah satu kaedah atau pendekatan untuk mengatasi bencana sosial yang melanda negara .
9. Kegagalan mereka memberi gambaran dan nasihat yang betul dan tepat ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Selangor berhubung kes ini adalah sangat dikesali dan ia dianggap sebagai suatu kegagalan ketara dalam menjalankan tugas .
10. Sikap yang saya ambil bukan kerana mahu mepertahankan MP Serdang tersebut tetapi satu sikap dan tindakan yang berasaskan ilmu . Jika ianya satu tindakan yang tidak menyalahi hukum Islam kenapa saya mesti membantahnya. Sebab itu , saya nasihatkan semua pihak agar bertindak dan memberi pandangan mestilah berasaskan ilmu dan Islam adalah agama ilmu bukan agama emosi dan fantasi . [ perbahasan agama dalam perkara ini , saya akan lampirkan dalam posting saya akan datang insyaallah ...]
11. Saya melihat Khusrin dan Mohd Adzib wajar memberi perhatian bagaimana mereka boleh bertindak untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran ummat Islam yang masih ramai melanggar syariat Islam . Masih ramai isteri - isteri pemimpin negara yang beragama Islam tidak menutup aurat ketika menghadhiri majlis - majlis rasmi negara samaada di dalam masjid atau di luar masjid. Perlu diingat bahawa malaikat Allah yang mencatat rekod perilaku ummat manusia bukan hanya beroperasi di dalam masjid sahaja .
12. Sepanjang bulan Ramadhan ini saya melihat bagaimana pusat - pusat hiburan masih beroperasi sehingga ke awal pagi dan kelihatan ummat Islam yang derhaka tidak segan silu mengunjunginya. Sepatutnya dalam hal seperti ini , Khusrin dan Mohd Adzib menasihati ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan agar Baginda murka dan mengambil tindakan tegas ke atas muslim derhaka kerana ia lebih menghina Islam dan kesuciannya .
13. Saya telah meminta pihak sekteriat Dewan Pemuda PAS Pusat supaya menganjurkan Nadwah Kefahaman Islam [ NKI ] bersiri setiap bulan untuk menjelaskan apa jua isu yang timbul dalam negara kita menurut perspektif Islam dan disiplin ilmunya . Sebagai contoh isu berkait hukum hudud , nikah khitbah dan lain - lain termasuk hukum non muslim memasuki masjid semuanya boleh ditimbulkan dalam nadwah tersebut . Kita akan undang tokoh - tokoh penting yang sering salah faham terhadap Islam atau keliru mengenainya untuk menghadhiri siri nadwah yang akan kita anjurkan kelak .
14. Kini Dewan Pemuda PAS Pusat telah bersedia dengan segala keupayaan dan kemahiran untuk menangani dan mengurus isu serta konflik yang melibatkan hukum Islam secara ilmiah , bersemuka , dialog dan hujjah .
15. Apa jua keadaan yang agama benarkan maka kita benarkan walau ia melibatkan orang lain . sementara keadaan yang bertentangan dengan agama , kita tetap akan kata salah walau ia melibatkan diri kita sendiri . Ini prinsip perjuangan saya dan rakan - rakan Dewan Pemuda PAS Pusat .
Jejak ke final
BEREGU utama negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong berjaya mara ke final Kejohanan Badminton Dunia 2010 di Paris semalam.
Selepas jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei tersingkir pada saingan suku akhir kelmarin, kini harapan menggunung seluruh peminat sukan tanah air diletakkan di bahu Kien Keat/Boon Heong bagi menggenggam gelaran dunia.
Untuk rekod, masih belum ada mana-mana pemain Malaysia berjaya muncul selaku juara dunia.
Justeru, ia merupakan peluang terbaik buat Kien Keat/Boon Heong untuk mencipta sejarah dalam arena sukan badminton tanah air sekiranya mereka mampu bergelar juara di bumi Paris.
Pada aksi separuh akhir semalam, Kien Keat/Boon Heong ternyata berada pada kelas tersendiri apabila mengenepikan saingan Guo Zhendong/Xu Chen dari China menerusi kemenangan straight set 21-14, 21-18 dalam tempoh 40 minit.
Kejayaan yang dilakarkan beregu No. 1 dunia itu sekali gus menyaksikan mereka menebus kekecewaan pada kejohanan yang sama di Hyderabad, India tahun lalu setelah terkandas di peringkat separuh akhir.
Pentas final hari ini juga bakal menjadi medan terbaik buat Kien Keat/Boon Heong membuktikan betapa mereka sememangnya layak menggalas status selaku beregu No. 1 dunia selepas dikecam hebat ekoran prestasi tidak menentu yang dipamerkan sebelum ini.
Anda Ingin Bercinta ?
Zaman remaja adalah zaman untuk mencari dan mengenal diri. Setelah akal semakin mampu untuk berfikir jauh. Sekurang-kurangnya sudah mengenal mana baik dan buruk, halal dan haram, najis dan yang suci, syurga dan neraka.
Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk mencari penyelesaian di luar rumah dibandingkan dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta (berlainan jenis).
Mengapa bercinta?
Terkadang bercinta dengan sebab ikut-ikutan (kerana melihat kawan sedang 'bahagia'). Terkadang ia bercinta supaya 'pointer' selalu meningkat naik. Dan katanya agar ada teman yang dapat memberi nasihat. Alamat.. jika salah bercinta, bubur tidak akan kembali menjadi nasi..
Sebelum bercinta fikirkan perkara-perkara ini wahai orang muda :
1. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?
Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan? Adat orang mengatakan cinta itu bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang tidak nampak jalannya habis hancur masa depan hidupnya.
Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan. Dan ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.
2. Apa matlamat Anda bercinta?
- Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain?
- Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja?
- Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi? (tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah diberikan harapan?
- Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan?
- Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLah?
Apabila perhubungan cinta anda mulai 'berkelap kelip' - mulalah anda akan berfikir semula akan buruk dan baiknya pasangan anda. Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa. Dan sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada 'putus cinta'. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa. Maka istilah-istilah cinta yang dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti.
Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas pernikahan yang sah. Segala-galanya yang 'cantik', 'molek' akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa atau redha selamanya.
3. Mengapa Anda Bercinta?
- Kerana ALLah?
- Kerana cantik rupanya? Mancung hidung, kumisnya tebal? Badannya serupa model? - yang pasti semuanya ini tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan 'KECANTIKAN' ? Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN?
- Kerana duitnya? Harta yang bertimbun?
- Kerana empunya diri itu sendiri?
- Kerana Agamanya? Ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama.
4. Apa Modal Untuk Bercinta?
- Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari menulis sms?
Sedarkah anda? Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur. Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah keluarga yang beragama, cintakan ALLah dan rasul-Nya. Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.
5. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta?
- Seminggu?
- Sebulan?
- Tiga, empat tahun?
- Sehingga habis belajar?
- Cinta hingga ke akhirat?
6. Kos Cinta
- Duit yang anda habiskan semata-mata untuk sidia - telefon (sms, mms, chat etc), bil elektrik, bil internet,
- Masa yang anda korbankan untuk sidia
- Hati dan perasaan
Sikap Matang Dalam Mencari Cinta
Wahai pemuda dan pemudi, menyebut perkataan cinta sesama manusia itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya amatlah payah. Bercinta bukan menjadi tiket yang menghalalkan anda menyerahkan jasad kehormatan anda. Bukan juga bermakna anda sudah menjadi juara dan normal sebagaimana insan lain yang bercinta (sudah fahamkah erti cinta yang sebenarnya?). Anda rosak kerana cinta? - ia adalah kesalahan anda sendiri di dalam menterjemahkan cinta yang suci dan abadi. Semaklah semula adatnya bagaimana RasuluLlah menyalurkan perasaan cinta.
Jika berbaloi dengan bercinta - anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan ALlah kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak. Maka silalah untuk bercinta.
Fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan ALlah dan manusia serta makhluk yang lain? Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang. Adakah ia menjadikan kita hamba ALlah yang bertaqwa ataupun hamba ALlah yang derhaka?
jomfaham.blogspot.com
Saturday, August 28, 2010
Hidup hanya 3 jam
Tisa River atau Sungai Tisa adalah salah satu tempat terakhir dimana setiap tahun serangga tersebut muncul dalam jumlah yang sangat besar. Hal tersebut merupakan sebuah tontonan yang besar, “wedding dance” di atas Sungai Tisa.
Hidup yang sangat singkat, tapi sangat indah ini benar-benar pemandangan yang susah untuk diceritakan hanya melalui gambar atau kata-kata.
Tetapi masa hidupnya sangat singkat iaitu 3 jam saja. Apabila lahir mereka tumbuh dewasa, berpasang-pasangan kemudian terus mati. Serangga ini mempunyai sayap yang unik, sayap mereka akan berganti kulit setelah mancapai fungsi utamanya.
Tisa's Flower tumbuh dewasa hanya satu kali. Dan di saat pertengahan bulan Jun, pada pukul 5.00 – 6.00 PM, mereka akan menari-nari di atas sungai dalam kelompok yang besar. Kemudian mereka akan berganti kulit di atas pohon, di tanah, atau dimanapun tempat yang mereka hinggapi.
Setelah berpasangan atau kahwin , serangga betina terbang menyusuri sungai untuk memastikan apakah telurnya sudah berada di dalam sungai dan jatuh ke dalam dasar sungai. Kemudian telur tersebut akan menjadi larva dalam waktu 45 hari dan akan menetas setelah 3 tahun.
Mahasiswa berpolitik: Saifuddin tetap optimis
Menulis dalam blognya beliau berkata, ianya bukan sesuatu yang mustahil kerana beberapa keputusan kabinet sebelum ini juga boleh berubah setelah ada input dan perkembangan baru dalam sesuatu perkara.
"Kabinet juga pernah mengubah keputusannya apabila hadir maklumat baru dan realiti baru termasuk mengubah keputusannya daripada kandungan AUKU pada 1975 kepada kandungan AUKU pada 2009," katanya.
Kabinet sebelum ini menolak cadangan agar mahasiswa dibenar berbuat demikian.
Saifudin juga turut mengharapkan isu ini terus dibincangkan secara terbuka termasuk oleh mahasiswa, tanpa ada sebarang halangan dari mana-mana pihak.
Menurutnya lagi, matlamat utama cadangannya agar mahasiswa dibenar menjadi ahli politik adalah untuk memenuhi hak mahasiswa sebagai warganegara Malaysia yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Selain itu ianya juga bagi mematangkan demokrasi Malaysia dengan meluaskan dan meningkatkan partisipasi rakyat, termasuk belia dan pelajar IPT, dalam struktur dan proses membuat keputusan.
Sehingga kini ujarnya, beberapa akta masih menghalang mahasiswa terlibat dalam politik.
Ianya termasuk Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan 2009) untuk IPTA, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib 1976) untuk UiTM, Politeknik dan Kolej Komuniti; dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan 2009) untuk IPTS.
Manakala halangan lain katanya adalah mentaliti negatif seperti tidak percaya kepada pelajar IPT, memperlekehkan pelajar IPT, menggunakan teknik “culture of fear” (menakut-nakutkan) untuk mengongkong kebebasan pelajar IPT, kerangka politik lama yang tidak memahami realiti semasa dan sebagainya.
"Di samping itu, terdapat juga sindrom “anti-pemikiran” dan “anti-intelektual” yang menolak atau tidak senang melihat idea-idea baru didebatkan, didialogkan dan dihujahkan secara terbuka, rasional dan bijaksana," katanya.
Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS sedang merangka pertemuan dengan Saifuddin dlam usaha membincangkan isu tersebut.
harakahdaily
Mengapa Makanan Pedas Membuat Kita Mengeluarkan Air Mata?
Bagi mereka yang suka makanan pedas, makanan yang mengandungi banyak cabai sudah menjadi santapan sehari-hari. Tapi untuk sebagian orang, makan makanan yang pedas akan menyebabkan mata dan hidung berair. Mengapa demikian?
Selain menambah citarasa makanan, cabai yang pedas dapat membuat tubuh sihat. Rasa pedas dan sensasi terbakar yang dihasilkan cabai disebabkan oleh konsentrasi tinggi dari bahan aktif yang di sebut capsaicin.
Capsaicin merupakan bahan kimia sebati yang berasal dari alam. Bahan ini digunakan oleh cabai untuk sistem pertahanan dirinya agar tidak dimakan oleh pemangsa seperti haiwan.
Capsaicin telah banyak dipelajari untuk memberi kesan mengurangi rasa sakit, manfaat baik untuk kardiovaskular, menurunkan berat badan dan membantu mencegah bisul. Selain itu, capsaicin ini juga yang membuat mata dan hidung orang yang memakannya berair. Mengapa?
Kajian dari WHFoods, hal ini kerana capsaicin dapat merangsang lendir yang membantu mengatasi hidung tersumbat, sesak paru-paru dan juga tentunya membuat orang seolah-olah menangis kerana matanya berair.
Rasa pedas yang dapat merangsang lendir ini, menjadikan cabai baik untuk mencegah dan mengubati sinusitis, membantu mengurangi hidung tersumbat, flu dan sesak nafas.
Bukan itu sahaja,mata berair ketika makan makanan pedas boleh juga disebabkan kerana terjadi iritasi pada mucus membrane (selaput lendir) yang ada di mata.
Bila terjadi hubungan dengan mucus membrane, seperti kulit atau mata, maka capsaicin akan menimbulkan rasa terbakar dan bila mempengaruhi mata, akan membuat orang menangis.
Ikan 'berkaki empat'
JAKARTA - Seekor ikan 'berkaki empat' ditemui di dalam laut pada kedalaman lebih 500 meter di Wilayah Sangihe Talaud dekat perairan Indonesia, lapor sebuah akhbar semalam.
Kaki ikan itu sebenarnya sirip tetapi semasa ia berada di lantai laut, sirip tersebut bertindak seperti kaki untuk mengimbangi pergerakan.
Imej ikan itu dirakamkan oleh sebuah kenderaan robotik yang dilengkapi kamera dalam projek sekumpulan saintis termasuk dari Amerika Syarikat untuk meninjau kehidupan marin di laut dalam.
Gambar seekor ikan seperti jerung turut dirakamkan selain hidupan laut seperti tumbuhan berwarna merah. - Agensi-KOSMO
Friday, August 27, 2010
Imam Masjid al-Azhar kunjungi Qaryah Ramadhan
KOTA BHARU, 27 Ogos: Qaryah Ramadhan terus dikunjungi oleh tokoh terkenal yang menambah seri dan kemeriahan perkampungan Ramadhan di perkarangan Stadium Sultan Muhamad ke-IV.
Malam tadi, Qaryah Ramadhan menerima Syeikh Asyraf Hamed Hasani Al-Husaini, imam masjid terkenal di dunia, Masjid Al-Azhar yang mempunyai enam orang imam.
Beliau telah diberi penghormatan mengimamkan solat Isyak hampir 3 ribu jemaah yang memenuhi Qaryah Ramadhan di samping mengijazahkan sanad bacaan surah al-Fatihah kepada seluruh jemaah.
Hadir sama ialah Ustaz Hizbur Rahman Omar Zuhdi, finalis program realiti Imam Muda terbitan sebuah stesen televisyen.
Beliau dijemput oleh pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) untuk menjayakan program bersama remaja iaitu program Sepetang Di Ambang Iftor yang diadakan pada sebelah petang di pentas Qaryah Ramadhan.
Selepas dua salam solat tarawih, beliau telah memberi tazkirah yang antara lain menyentuh tentang permasalahan umat pada hari ini yang terlalu mengejar dunia sehingga melupakan persediaan untuk menuju ke akhirat.
Program di Qaryah Ramadhan malam tadi berakhir dengan persembahan bacaan Qiraatul Quran: 7 Bacaan oleh pelajar-pelajar dari Tahfiz Al-Quran dan Qiraat Pulai Chondong.
Turut hadir, Datuk Takiyuddin Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan dan Datuk Ahmad Mahmud, Yang Dipertua MPKB-BRI.
harakahdaily
Insya Allah malam ni syeikh akan ke Perlis
Puasa Tetapi Tidak Solat
www.muslim.or.id
Syaikh Muhammad bin Sholih Al 'Utsaimin -rahimahullah- pernah ditanya: "Apa hukum orang yang berpuasa namun meninggalkan solat?"
Beliau rahimahullah menjawab:
"Puasa yang dilakukan oleh orang yang meninggalkan solat tidaklah diterima kerana orang yang meninggalkan solat adalah kafir dan murtad. Dalil bahawa meninggalkan shalat termasuk bentuk kekafiran adalah firman Allah Ta'ala,
"Jika mereka bertaubat, mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah saudara-saudaramu seagama. Dan Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang mengetahui." (Qs. At Taubah [9]: 11)
Alasan lain adalah sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam,
"Pembatas antara seorang muslim dengan kesyirikan dan kekafiran adalah meninggalkan solat." (HR. Muslim no. 82)
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam juga bersabda,
"Perjanjian antara kami dan mereka (orang kafir) adalah mengenai solat. Barangsiapa meninggalkannya maka dia telah kafir." (HR. Ahmad, At Tirmidzi, An Nasa'i, Ibnu Majah. Dikatakan shahih oleh Syaikh Al Albani)
Pendapat yang mengatakan bahawa meninggalkan solat merupakan suatu kekafiran adalah pendapat majoriti sahabat Nabi bahkan dapat dikatakan pendapat tersebut adalah ijma' (kesepakatan) para sahabat.
'Abdullah bin Syaqiq ��"rahimahullah- (seorang tabi'in yang masyhur) mengatakan, "Para sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam tidaklah pernah menganggap suatu amalan yang apabila seseorang meninggalkannya akan menyebabkan dia kafir selain perkara solat." [Perkataan
ini diriwayatkan oleh At Tirmidzi dari 'Abdullah bin Syaqiq Al 'Aqliy; seorang tabi'in. Hakim mengatakan bahawa hadits ini bersambung dengan menyebut Abu Hurairah di dalamnya. Dan sanad (periwayat) hadits ini adalah shohih. Lihat Ats Tsamar Al Mustathob fi Fiqhis Sunnah wal Kitab, hal. 52, -pen]
Oleh karena itu, apabila seseorang berpuasa namun dia meninggalkan solat, puasa yang dia lakukan tidaklah sah (tidak diterima). Amalan puasa yang dia lakukan tidaklah bermanfaat pada hari kiamat nanti.
Oleh sebab itu, kami katakan, "Solatlah kemudian tunaikanlah puasa." Adapun jika engkau puasa namun tidak solat, amalan puasamu akan tertolak kerana orang kafir (disebabkan meninggalkan solat) tidak diterima ibadah daripadanya.
[Sumber: Majmu' Fatawa wa Rosa-il Ibnu 'Utsaimin, 17/62, Asy Syamilah]
Renungan buat kita...kisah kelip-kelip
Kunang-kunang termasuk dalam keluarga kumbang dari ordo Coleoptera. Terdapat lebih dari 2000 spesies kunang-kunang yang tersebar di daerah tropika di seluruh dunia. Mereka dapat ditemukan di tempat-tempat lembab, seperti semak,tasik.paya dan daerah yang dipenuhi pepohonan. Di daerah lembab itulah kunang-kunang menemukan banyak sumber makanan untuk semua larva.
Luminescence pada tubuh kunang-kunang dihasilkan oleh suatu zat bernama Luciferin, zat Luciferin ini bergabung dengan oksigen untuk mengeluarkan cahaya.
Bayi Kunang-kunang
Menjadi Lampu
Jika kalian melihat kunang-kunang yang sedang terbang, kunang-kunang tersebut pastilah berjenis jantan. Mengapa begitu? Ya, kerana hanya kunang-kunang jantan yang memiliki sayap, sementara para betina melekat di dedaunan dan tanah.
Thursday, August 26, 2010
Gigi semacam manusia
Seorang nelayan bernama Scott Curry berhasil menangkap ikan ini di tasik Buffalo Springs, Texas. Dia segera menyedari bahawa ikan ini memiliki deretan gigi tajam seperti manusia.
Pengawas dari Danau Buffalo Springs berkata bahawa selama 36 tahun mengawasi tasik itu, ia belum pernah melihat ikan seperti ini.
Sebuah stesen television tempatan di Texas bahkan segera membuat lelongan setinggi 100 dolar bagi siapa saja yang dapat menangkap ikan jenis itu lagi. , ternyata, ini bukanlah sejenis ikan yang di katakan asing. Ikan ini adalah jenis ikan yang umum ditemukan di sungai Amazon. Namanya adalah Colossoma Macropomum atau biasa disebut ikan pacu.
Ikan Pacu masih memiliki keturunan dengan piranha. Bezanya, saudaranya itu adalah ikan karnivor sedangkan Pacu adalah ikan herbivor. Mereka memakan tumbuhan.
Namun beberapa penduduk tempatan pernah menyaksikan Pacu memakan ikan-ikan kecil yang kemungkinan bahawa ikan ini termasuk golongan omnivor.
Ia boleh membesar hingga mencapai panjang 90 cm dan berat 30 kg. Bahkan ikan ini bukan hanya dapat ditemukan di sungai Amazon. Kita dapat menemukan ikan ini dijual di kedai di sekitar Amerika Selatan dan dunia. Beberapa orang benar-benar menyukai ikan ini di akuarium rumahnya sebagai pengganti ikan mas.
Mungkin yang misterinya adalah, bagaimana caranya ikan ini boleh sampai ke sebuah tasik di Texas. Menurut saya ada seseorang yang menabur induk ikan Pacu di tasik Buffalo Springs, sesuatu yang biasa saja terjadi.
persoalannya: ubat gigi apa ia guna...HPA ke?
Mengapa Perlu Berkahwin ?
2. Buat ape aku perlu berkahwin? aku dah ada kerjaya sendiri. Hidup aku lebih aman damai, tak perlu ribut tentang anak-anak. Aku enjoy dengan kehidupan sekarang nih.
3. Saya takutlah nak berkahwin, tak bersedia, nanti banyak sangat komitmen..
4. Mampukah saya menjadi isteri/suami yang baik?.. Berkahwin bukan untuk bercerai..
*****
Zaman ini, menunjukkan ramainya mereka yang bekerjaya profesional, hidup mewah tidak mahu berkahwin. Terutamanya apabila yang sudah mempunyai pendapatan tetap sendiri, dirasanya hidup tidak perlu kehadiran orang lelaki/perempuan..
Mengapa Perlu Berkahwin ?
Perkahwinan sebenarnya adalah untuk menyahut seruan fitrah manusia yang telah difitrahkan oleh ALlah. Manusia mempunyai keinginan dan kehendak terutamnya di dalam persoalan seksual. Islam telah menetapkan jalan di mana perkahwinan sahajalah yang menjadi penyelesai masalah bagi memenuhi tuntutan tersebut.
Dari Abi Samrah r.a menyatakan :
(Riwayat at Tirmidzi dalam kitab perkahwinan, bab meninggalkan perkahwinan).
Nabi melarang daripada hidup membujang.
Saad bin Abi Waqqas r.a berkata :
"RasuluLLah telah menolak permohonan Osman bin Maz'un untuk hidup membujang. Kalaulah RasuluLlah membenarkannya nescaya kami akan mengembiri.(Riwayat Muslim dlam Kitab Nikah, bab sunat berkahwinan bagi sesiapa yang berkeinginan, nombor 1402).
Ada juga yang mengatakan ingin sahaja membela anak angkat. Sayangnya di dalam Islam, anak angkat tidak pula dibolehkan mewarisi hartanya. Di masa tua pula, ia tetap juga merasa kesepian dan kelainan disebabkan anak yang dibela sejak kecil tetap bukan anak dari darah dagingnya sendiri.
Perkahwinan untuk melahirkan keturunan yang soleh dan berkualiti
Sabda RasuluLLah s.a.w yang bererti :
"Kahwinilah perempuan yang pengasih dan mampu melahirkan ramai anak kerana aku berbangga dengan umatku yang ramai pada hari kiamat.
Jiwa tenang dengan jalan pernikahan
Perkahwinan yang halal akan menghasilkan ketenangan dan ketenteraman. Firman ALLah ta'ala yang bererti :
(Ar Rum :21)
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki,) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir".
Berapa ramai manusia yang menolak perkahwinan fikiran dan hatinya tidak berasa tenang, tiada teman untuk dikongsi masalah? Tidak dapat merasakan hubungan halal antara lelaki dan wanita melalui jalan perkahwinan? Fikiran sentiasa runsing dengan masalah-masalah yang tidak terluah yang mengegarkan jiwa dan fikiran, perasaannya tertekan, kemurungan lalu membawa kepada perasaan malu dan pesimis.
Perkahwinan meluaskan persaudaraaan dan membina prinsip kerjasama.
Sebelum berkahwin - tidak banyak ilmu yang ditimba untuk menjadikan diri sebagai individu Muslim yang dapat menjalankan tugas sebagai khalifah yang lebih sempurna. Kita tidak kenal istilah suami dan isteri, ibu dan bapa serta anak. Tidak juga mengetahui apa itu munakahat yang menyentuh tentang bab kekeluargaan seperti talaq, khuluq, hadonah (hak penjagaan anak), aqiqah dan sebagainya. Maka dengan jalan perkahwinan menjadikan diri bersiap sedia dengan ilmu untuk menguruskan sebuah keluarga. Seorang suami sebagai imam solat dan pemimpin, isteri sebagai teman dan pendokong kepada suaminya di kala susah dan senang.
Isteri akan membantu suami di dalam urusan seharian, makan pakainya, tempat tinggal dan anak-anak. Suami pula akan bersama di dalam mencari rezeki yang halal, mempertahankan, melindungi dan memelihara kehormatan isteri.
Dengan jalan halal yang telah digariskan oleh Islam, daerah persaudaraan akan semakin meluas. Saling kenal mengenali antara sesama dua keluarga yang telah disatukan di atas jalan ini. Ia akan melahirkan suatu ikatan baru dan saling berkasih sayang antara satu dengan yang lain.
Carilah saluran yang halal, dengan jalan perkahwinan dapat menjamin kesejahteraan masyarakat, menyebarkan kebaikan, penjagaan akhlak serta pengekalan keturunan manusia.
"Dan kahwinilah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di antara kamu, dan orang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, ALLah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana ALlah amat luas (rahmat dan limpah kurnia-Nya), lagi amat mengetahui".(An Nur : 32)
Renungkan...kerdilnya diri kita ini
1. Di suatu tempat di puncak dunia.
Gambar diatas adalah Gunung Himalaya di Tibet. Ini merupakan puncak tertinggi di seluruh Planet Bumi. Sesungguhnya, betapa indahnya jika kita sempat berada dipuncak dan melihat sekitarnya .
2. Cahaya Misteri di Langit Alaska
Sinar Aura Borealis yang “spektakular” di langit Alaska (hujung utara Amerika, berdekat an Kutub Utara). Aura sebenarnya adalah cahaya asli di angkasa yang terjadi akibat selerakan partikal-partikal medan magnet bumi dengan atom dan molekul dari atas atmosfera bumi Warnanya yang paling umum ada dua, iaitu hijau dan merah.
3. Benteng Chittogarh, India
4. Kampung Warna-Warni, Itali
Cinque Terre, Riviera, adalah salah satu tujuan tempat paling popular di Itali. Kota yang terkenal akan keindahan warnanya ini dibangun sejak ratusan tahun yang lalu.
5. College the Valleyfield, Kanada
Sebuah universiti pendidikan di Quebec, Kanada, dengan pemandangan kampus yang tidak ada duanya di dunia. Lihat juga air terjun yang terletak dekat dengan kampus tersebut, sangat indah,syoknya..
6. Kota Di atas Awan, Peru
Inilah Machu Picchu, kota dari peradaban Inca yang hilang. Letaknya di Lembah Urumba, Peru, di puncak gunung,2430 meter diatas permukaan laut. Saya membayangkan, bagaimana boleh di buat pembangunan didaerah tersebut? Bagaimana lori pengangkut simen dan pasirnya kepuncak?
7. Massif De La Chartreuse, Perancis
Formasi bebatuan yang super unik di pegunungan timur Perancis.
8.Laut di Hujung Dunia, Artik
Berdayung santai di laut Artik yang airnya jernih sejernih kristal dan sangat dingin. Ada yang berminat berenang?
pesanan: jangan pulak lemas di air yang cetek na..