WASHINGTON - Satu 'pulau ais' di barat laut Greenland, Denmark sebesar empat kali ganda daripada kawasan Manhattan di New York terbentuk selepas ia berpisah dari Glasier Petermann pada Khamis lalu.
Seorang penyelidik, Andreas Muenchow dari Universiti Delaware berkata, kali terakhir kawasan Artik mengalami masalah sama adalah pada 1962.
Menurutnya, jumlah kandungan air pada 'pulau ais' itu mampu memberikan bekalan air kepada semua penduduk di AS selama 120 hari.
Dia berkata, sukar untuk menentukan sama ada ais itu terpisah disebabkan oleh faktor pemanasan global kerana rekod paras air laut di sekitar glasier hanya disimpan sejak 2003.
No comments:
Post a Comment