Misteri bagaimana daun teratai yang superhidrofob tetap kering meskipun terapung di atas air, akhirnya para pengkaji dan ilmuan dapat mencari jawapannya di Cina.
Bahagian atas daun teratai yang terapung merupakan contoh permukaan hidrofob yang sudah dikenalpasti dan menumpahkan air yang jatuh di atasnya, dan prinsip ini telah digunakan sebagai sebuah model untuk teknologi seperti jendela yang membersihkan dirinya sendiri secara automatik.
Daun teratai ditutupi oleh permukaan kasar yang memiliki tonjolan-tonjolan berlilin, yang menyebabkan air membentuk gumpalan dan tergelincir jatuh dari daun. Sekarang Lei Jiang dari Akademi Sains Cina di Beijing dan rakan-rakannya telah menemukan mengapa ia terapung di atas air, tidak ada sedikit airpun yang mengalir masuk ke dalam daun.
Mikroskop elektron menunjukkan bahawa, berdekatan hujung daun, tonjolan-tonjolan berlilin digantikan oleh permukaan halus yang terdiri dari lipatan-lipatan dan alur-alur, sehingga mencegah aliran balik dari titisan-titisan air. Ini bermaksud bahawa daun tersebut 50% lebih tahan terhadap perendaman dibanding sebuah daun model yang memiliki permukaan halus.
Pinggir daun teratai membantu menjaga permukaannya tetap kering
Abraham Marmur, seorang profesor ilmu dan teknologi air di Technion-Israel Institute of Technology, Haifa, mengatakan bahawa "para peneliti ini seharusnya diberikan penghargaan atas penemuannya yang telah membuka sebuah aspek baru dari daun bunga teratai".
No comments:
Post a Comment