Monday, August 9, 2010

Salam Ramadhan Al- Mubarak



Hanya tinggal beberapa hari saja lagi Bulan Ramadhan akan menyapa kita semua dengan membawa sekalian banyak kerahmatan dan kerberkatan.Semoga Ramadhan kali ini membawa kita kepada pengamalan ibadat yang maksima dan optimun,Allah SWT menganugerahkan bulan ini kepada kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman,tatkala Nabi Musa a.s ingin menjadi umat Nabi Muhammad kerana betapa banyaknya anugerah dan keistimewaan yang Allah SWT bagi kepada Nabi kita ini.Pahala solat sunat seperti pahala solat wajib,membaca al-quran juga di lipat gandakan pahala oleh Allah SWT,jika di bulan lain 1 ayat dari al-quran kita baca Allah SWT akan berikan 10 pahala,namun di bulan ini seolah-olah Allah SWT memberikan buku cek pada kita dan tulis berapa yang kita nak pahala daripada Allah SWT.Subhanallah, mulianya bulan ini,walaupun umur kita umat akhir zaman ini pendek tetapi Allah SWT anugerah kan lagi kepada kita malam lailatul-qadar yang menyamai ibadat 83 tahun,jika kita dapat l0 kali malam lailatul-qadar maka pahalanya menyamai 830 tahun lebih.

Maha Suci Allah yang memberikan kepada kita bulan ramadhan ini di sebabkan kemulian Nabi kita Muhammad SAW,maka marilah sama-sama kita menghayati dan berselawat sebanyak-banyaknya ke atas Nabi kita yang diangkat oleh Allah SWT sebagai penghulu segala Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul di atas muka bumi ini.Oleh itu renungilah perjuangan dan pergorbanan Nabi kita agar sirah Baginda menjadi ikutan kita,bukan sahaja kita mengetahui sirah dan perjuangan Nabi,hakikatnya kita perlu turun menyelami bersama-sama perjuangan ini,kita lah yang mesti menyambung dakwah ini di saat masyarakat teruk di bius oleh idealogi barat dan isme-isme yang semakin menyesatkan umat.

Tidak cukup kita hanya beribadat semata-mata tanpa kita terjun ke medan perjuangan menghulurkan tangan kita untuk menyambut lambaian umat yang semakin deras di hambat kelalaian dunia dewasa ini.Muhasabah kita di bulan ramadhan ini perlu seiring dengan langkahan kaki kita mengembalikan suasana sejahtera umat dan negara kita ini ke dalam suasana Islam yang menguasai,kerana sekarang Islam masih di kuasai oleh pemimpin-pemimpin yang mengaku Islam tapi sebenarnya munafik,mereka lebih senang mengunapakai undang-undang ciptaan manusia daripada mengunapakai peraturan-peraturan Allah SWT.Mereka berselindung dengan alasan dan ucapan yang manis namun sebenarnya pemimpin yang ada sekarang tidak ubah seperti buaya air masin yang berpura-pura untuk menegakkan Islam.

Oleh itu,marilah sama-sama kita melihat sejauh mana pergorbanan diri kita dalam memastikan Islam itu cemerlang,adakah kita menjadi pasukan sorak sahaja kampung tergadai,dan pemimpin yang jujur dan beramanah adalah mereka yang mengkuruskan dirinya dan mengemukkan rakyat,bukan membuncitkan dirinya tapi membiarkan rakyat kurus kering tinggal tulang serangka.Tidak beberapa hari lagi menjelang bulan barakah ini,marilah kita memperlajari adab dan akhlak puasa dan memperbaharui ilmu kita kerana mungkin kita terlupa dek sibuk mengejar dunia pada 11 bulan yang kebelakangan ini,justeru itu apa yang perlu kita jaga di malam pertama terawih atau selepas azan maghrib pada keesokannya hari pertama puasa adalah NIAT.Niat pada malam itu perlu cermat dan niat lah sebulan terus jika malam-malam lain kita terlupa niat itu di kira sah kerana kita sudah niat yang sebulan pada awal puasa tempoh hari.Kedua perlu kita ingat bahawa waktu sahur bukannya pukul 2,3 pagi tapi waktu sahur adalah kira-kira 60 ayat bacaan al-quran menjelang subuh,dan waktu imsak masih boleh makan tapi kena berjaga-jaga supaya tidak terlajak ke waktu subuh.Di waktu sahur itu sekurang-kurangnya buat lah solat 2 rakaat kerana di waktu itu doa dan zikir kita amat mustajab dan berkat.

Ketiga,jangan banyak tidur di siang hari puasa,ada pun kita selalu dengan tidur pun ibadat tetapi sebenarnya mereka yang menyebut itu seorang yang pemalas (dok rok cetong) dan tidak tahu nilai sebenar ramadhan,umpamanya kita memberi bunga pada si kera,dan juga kita bagi duit RM100 pada si anak kecil maka sudah tentu tiada makna dan nilai semua barangan itu melainkan di buang dan di keroyok.Belajarlah ilmu dan adab-adab berpuasa supaya puasa kita itu membolehkan kita mencapai ketaqwaan pada Allah SWT kelak bukan hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja yang kontang dari pahala.Keempat,carilah gerai atau bazar yang mana penjualnya yang menjaga aurat dan solat,jangan nampak sedap je kuih itu terus pi beli,sedangkan peniaga itu tidak tutup kepala dan sebagainya,maka membeli makanan daripada orang fasik menyebabkan puasa kita itu sia-sia sahaja,jika tiada hajat maka pesanan saya jangan pergilah ke bazar itu sekadar hendak basuh mata baik tak payah puasa,seolah-olah kita menganggap puasa itu hanya adab semata-mata,sedangkan ianya ibadat yang terkandung dalam rukun islam yang 5.Marilah kita tanya diri kita kepada siapa kita berpuasa?untuk apa kita berpuasa?dan kenapa kita berpuasa?


Akhir kata,marilah kita ubah pengamalan puasa kita yang telah kita lakukan sebelum-sebelum ini,jadikan puasa tahun ini terlebih baik daripada yang lepas-lepas dan tiap-tiap detik pada bulan ramadhan ini senantiasa lah berdoa pada Allah SWT serta meminta ampun dosa-dosa kita yang telah kita lakukan sebelum ini.

Wassalam

Fizul Izul

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails