Gaji Minimum Menurut Perspektif Islam. Bil 1
Muqaddimah
Gaji minimum merujuk kepada gaji yang diberikan oleh majikan pada tahap minimum tanpa mengira mana-mana sektor, tanpa mengira pelbagai faktor termasuk jantina, kelulusan, bidang dan sebagainya. Pertama kali diperkenalkan di Australia dan New Zealand pada akhir abad ke-19[1], undang-undang gaji minimum kini terdapat di lebih 90% negara di seluruh dunia.
Fakta kes tuntutan gaji minimum
1. Pada 30 April 2008, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengadakan demonstrasi di depan bangunan Parlimen Malaysia mengenai isu gaji minimum RM1,200. MTUC merupakan kesatuan sekerja bagi pekerja di sektor swasta. Sementara CUEPACS merupakan kesatuan sekerja di sektor awam / kerajaan.
MTUC telah lama menuntut gaji minimum RM1200.00 sebulan kerana jumlah itu sahaja yang cukup menampung perbelanjaan sebuah keluarga seramai 5 orang. Gaji minimum ini dikemukakan sejak 5 tahun yang lalu berikutan kenaikan harga barang dan tol yang sentiasa naik.
2. Pada 27 Mei 2010 Datuk Zaid Ibrahim minta agar gaji minimum RM1200.00 di kalangan pekerja ladang diberi keutamaan[2].
3. 19 Ogos 2010 Pengerusi Parti Sosialis Dr Nasir Hashim mendesak agar kerajaan memperkenalkan Akta Gaji Minimum dengan segera kerana cadangan pindaan Akta Pekerja 1955 hanya akan menguntungkan majikan[3].
4. 5 Ogos 2010 Satu cadangan daripada Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam dan beliau akan membentangkan cadangan Kementerian Sumber Manusia berhubung gaji minimum nasional kepada kabinet hujung Oktober ini[4].
5. 13 Oktober 2010 Resolusi daripada Forum Gaji Minimum anjuran Pemuda Barisan Nasional bersama Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC) bersetuju dengan tuntutan gaji minimum kepada pekerja.[5]
6. Kadar gaji minimum yang berdasarkan fakta kes di atas menunjukkan tuntutan gaji minimum untuk pekerja adalah sebanyak RM 1200.00. Ini adalah jumlah keseluruhan daripada RM 900 daripada gaji pekerja dan elaun RM 300 untuk pekerja. Ini adalah tuntutan yang dibuat sejak tahun 2008 sehingga kini.[6]
Punca utama kepada tuntutan Gaji Minimum[7]
Mengikut apa yang telah dikaji oleh Kementerian Sumber Manusia,Y.B Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam menegaskan di dalam satu laman rasmi Kementerian Sumber Manusia, punca utama kepada tuntutan dan perlunya kajian gaji minimum ini adalah :
1. Masih terdapat segelintir rakyat yang hidup di bawah paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PLI), malahan ramai pekerja yang menerima upah kurang daripada RM750 sebulan. Sebagai contoh, analisis gaji yang ditawarkan oleh majikan dalam program Fast Track KSM bagi bulan Oktober - Disember 2009, menunjukkan gaji purata pekerja tempatan adalah seperti berikut :
Fast Track: Gaji dan Elaun Purata Pekerja Tempatan mengikut[8]
Sub-Industri Sektor Pembuatan SUB-INDUSTRI | GAJI POKOK (RM) | ELAUN TETAP (RM) | GAJI KASAR (RM) |
Elektrik & Elektronik | 547.82 | 202.16 | 749.98 |
Perabot | 679.12 | 94.80 | 773.98 |
Plastik | 636.19 | 136.55 | 772.74 |
Sarung Tangan Getah | 565.14 | 169.96 | 735.10 |
Tekstil | 613.99 | 116.53 | 730.52 |
JUMLAH PURATA | 626.76 | 135.46 | 762.20 |
Berdasarkan kiraan gaji purata bagi lima sub-sektor berkenaan iaitu Elektrik & Elektronik, Perabot, Plastik, Sarung Tangan Getah dan Tekstil, gaji pokok purata adalah RM626.76 sebulan manakala gaji kasar purata termasuk elaun-elaun tetap adalah RM762.20 sebulan.
2. Peningkatan kos sara hidup terutamanya harga barang keperluan harian yang semakin meningkat, golongan berpendapatan rendah ini menghadapi kesulitan untuk memenuhi keperluan hidup mereka terutamanya di kawasan bandar. Cadangan penetapan gaji minimum kebangsaan sekurang-kurangnya akan dapat mengurangkan permasalahan ini.
Tindak balas dari kerajaan mengenai isu tuntutan Gaji Minimum ini
1. Memberikan Alasan
Pelbagai alasan telah diberikan oleh kerajaan. Gaji minimum antara swasta dan kerajaan tidak dapat diselaraskan kerana faktor kelulusan, penilaian produktiviti berbeza, sasaran keuntungan kerajaan dan swasta berbeza dan sebagainya. Gaji minimum dikatakan akan menyebabkan kerajaan bangkrap kerana tidak mampu membayar gaji sebanyak itu.[9] Majikan tentu akan membayar gaji lebih jika mahu mengekalkan pekerja terbaiknya.
2. Kenyataan Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi
Pada 3 Mei 2008 pula, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan MTUC tidak boleh mendesak jika kemampuan kerajaan tidak ada. Kerajaan bukan tidak hendak menjaga kebajikan pekerja tetapi pelbagai pertimbangan harus dilakukan. Kerajaan tidaklah terlalu bebal untuk tidak menaikkan gaji tetapi fikirkanlah baik dan buruknya gaji minimum RM1200.[10]
3. Masih di dalam kajian
Apa yang berlaku, majikan akan membuang pekerjanya kerana ramai lagi menanti di luar. Malah pekerja asing boleh dibawa dari negara jiran. Kebanyakan kerja tidak memerlukan kelayakan tinggi, cukup sekadar tahu membaca. Contohnya operator pengeluaran, pekerja stor, bahagian pembungkusan dan mandur.
2. Kenyataan Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi
Pada 3 Mei 2008 pula, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan MTUC tidak boleh mendesak jika kemampuan kerajaan tidak ada. Kerajaan bukan tidak hendak menjaga kebajikan pekerja tetapi pelbagai pertimbangan harus dilakukan. Kerajaan tidaklah terlalu bebal untuk tidak menaikkan gaji tetapi fikirkanlah baik dan buruknya gaji minimum RM1200.[10]
3. Masih di dalam kajian
Bayangkan sahajalah betapa lambatnya kerajaan bertindak dalam menyelesaikan isu ini sehinggakan isu yang dibangkitkan pada tahun 2008 masih lagi di dalam proses kajian walaupun pada akhir tahun 2010.[11] Sehingga kini Kementerian Sumber Manusia masih tidak boleh memberikan kata putus walaupun mereka telah membuat analisis dan mengetahui bahawa masih ramai dari kalangan rakyat yang menerima gaji di tahap Pendapatan Garis Kemiskinan.
Gaji Minimum Menurut Perspektif Islam. Bil 2
Upah dan Gaji
Pengertian Barat
Upah merupakan sesuatu yang berkait dengan pemberian imbalan kepada pekerja tidak tetap, atau tenaga buruh lepas, secara mudahnya konsep upah ini banyak diadaptasikan di dalam upah buruh lepas di dalam buruh pertanian, buruh binaan yang dibayar mingguan atau bahkan harian.
Gaji menurut kaca mata Barat pula adalah sesuatu yang berkait dengan finansi ataupun transaksi wang yang diterima oleh pekerja tetap dan dibayarkan sebulan sekali. Tuntasnya, konsep upah dan gaji ini diklasifikasikan oleh Barat mengikut jenis pekerjaan itu samada tetap ataupun tidak dan juga cara pembayarannya samada secara bulanan ataupun harian/mingguan.
Pengertian Islam
105. dan Katakanlah (Wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan Segala Yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman akan melihat apa Yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang mengetahui perkara-perkara Yang ghaib dan Yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa Yang kamu telah kerjakan".
Dr. Quraish Shihab menulis di dalam tafsirnya[1]
“Bekerjalah kamu kerana Allah semata dengan pelbagai amal yang soleh dan bermanfaat, baik untuk diri kamu mahupun untuk masyarakat umum, maka Allah akan melihat yakni menilai dan memberi ganjaran amal kamu itu”
Tafsir dari perkataan melihat dalam terjemahan ayat di atas adalah menilai dan memberi ganjaran terhadap amal-amal itu. Kata erti bagi ganjaran di dalam Islam adalah imbalan atau upah atau pampasan.
97. sesiapa Yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka Sesungguhnya Kami akan menghidupkan Dia Dengan kehidupan Yang baik; dan Sesungguhnya Kami akan membalas mereka, Dengan memberikan pahala Yang lebih dari apa Yang mereka telah kerjakan.
Surah al-Nahl : 97
Tafsiran لنحزينهم adalah balasan di dunia dan di akhirat. Ayat ini menegaskan bahawa balasan atau imbalan buat mereka yang beramal soleh adalah imbalan (balasan) dunia dan juga di akhirat kelak. Amalan Soleh yang didefinisikan oleh Syeikh Muhammad Abduh adalah sebagai segala perbuatan yang berguna untuk peribadi, keluarga, kelompok dan manusia secara keseluruhan.
Sementara menurut Imam al-Zamakhsari, amal Soleh adalah segala perbuatan yang sesuai dengan dalil akal, al-Qur’an dan atau Sunnah Nabi Muhammad Saw. Menurut pendefinisian Sheikh Muhammad Abduh dan Imam al Zamakhsari diatas, maka seorang yang bekerja dalam satu-satu perusahaan, syarikat dapat dikategorikan sebagai amal saleh, dengan syarat perusahaannya tidak memproduksi/menjual atau mengusahakan barang-barang yang haram. Dengan demikian, maka seorang pekerja yang bekerja dengan benar, akan menerima dua balasan, iaitu balasan di dunia dan balasan di akhirat.
Konklusinya, di dalam Islam sebutan “ Upah dan Gaji “ itu tidak dibezakan kerana kedua-duanya merupakan imbalan (balasan) dari kerja yang dihasilkan oleh pekerja.
Tahap gaji Minimum di dalam Islam
Etika kerja dalam Islam mengharuskan bahwasanya gaji dan bayaran serta spesifikasi dari sebuah pekerjaan yang akan dikerjakan hendaknya jelas disetujui pada saat mengadakan kesepakatan awal. Ini juga mengharuskan bahwa gaji yang telah ditentukan, dan juga bayaran-bayaran yang lain hendaknya dibayarkan pada saat pekerjaan itu telah selesai tanpa ada sedikit pun penundaan dan pengurangan. Al Quran mengakui adanya perbedaan di antara pekerja atas adar kualitas dan kuantitas kerja yang dilakukan . Ini memberikan bukti bahwa gaji yang didapat oleh para pekerja tidak harus sama dan rata seperti firman Allah swt di dalam surah al-Ahqaf ayat 19
19. dan bagi mereka masing-masing (dari puak jin dan manusia - Yang berbuat baik dan Yang berbuat jahat) disediakan berbagai peringkat (balasan) Yang sesuai Dengan apa Yang mereka telah kerjakan, dan (Ketetapan Yang demikian ialah) supaya Allah menyempurnakan bagi mereka balasan amal-amal mereka, sedang mereka tidak dirugikan (sedikitpun).
Dalam hal ini al-Mubarak menyatakan bahwa pemberian gaji yang sama atas sebuah pekerjaan yang berbeda dan variatif adalah bentuk kezaliman. Islam telah menetapkan hukum untuk perlindungan hak-hak dan kewajiban mutualistik ( yang saling terikat ) antara para pekerja dan yang mempekerjakan.
Institusi Hisbah menunjukkan pada kita bahawa aturan-aturan hukum itu telah dipraktikkan dalam kata dan makna. Dimana tujuan hisbah itu sendiri adalah untuk membanteras kezaliman, eksploitas dan korupsi. Manakala kontrak kesepakatan yang berdasarkan suka sama suka antara orang yang mempekerjakan harus berlaku adil dan jujur dalam membayar gaji pekerja, sebagaimana para pekerja juga memiliki kewajiban untuk melakukan pekerjaannya dengan cara yang benar dan efisien.
Seseorang yang bekerja untuk orang lain, baik perusahaan ataupun institusi, telah Allah perintahkan untuk melakukan pekerjaannya dengan cara yang efisien dan sebaik mungkin. Pekerjaan yang diberikan seorang pada dirinya adalah sebagai amanah, penerimaan kerja itu hendaknya dilakukan dengan cara yang amanah dan kemudian dia harus memenuhi amanah itu dengan sebaik-baiknya.
Secara khususnya, Islam tidak membahaskan dengan terperinci mengenai tahap minimum bagi gaji atau upah seseorang pekerja oleh majikan mereka. Ini kerana matawang itu berubah mengikut peredaran zaman dan keperluan dan kehendak juga berubah mengikut zaman. Dasar kapitalis yang menjadi nadi utama dunia sekarang adalah bukti bahawa keperluan dan kehendak seseorang itu berubah nilainya dari semasa ke semasa.
Walaupun Islam tidak membahaskan perkara ini secara jelas, akan tetapi Islam cukup jelas menyatakan hukum-hakam yang berkaitan di antara manusia sesama manusia. Apatah lagi perkara yang melibatkan dengan transaksi wang di antara manusia sesama manusia. Sehinggakan Nabi saw pernah bersabda di dalam masalah yang berkait dengan gaji ini di dalam sabda Baginda saw yang bermaksud
“Berikanlah gaji kepada pekerja sebelum kering keringatnya, dan beritahukan ketentuan gajinya, terhadap apa yang dikerjakan”
(Hadith riwayat Imam al-Baihaqi)
Berikutan ini, Islam mengajarkan kepada penganutnya untuk bersifat adil di dalam segala hal yang berkaitan dengan aqad terutama yang melibatkan transaksi di antara manusia sesama manusia yang lain. Allah swt meningatkan kepada umat Muhammad saw untuk melaksanakan kontrak perjanjian yang telah dimeterai. Hal ini Allah swt ingatkan di dalam Surah al-Maidah ayat 1
Wahai orang-orang Yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian.
Islam tidak membiarkan upah berada dibawah tingkat minimum yang ditetapkan berdasarkan keperluan asas kelompok pekerja yang tertentu, tetapi islam juga tidak membiarkan adanya kenaikan upah melebihi tingkat tertentu yang ditentukan berdasarkan sumbangannya terhadap produksi.
Kondisi ekonomi yang berubah mengakibatkan perubahan dalam hal penjualan dan tentunya akan mengakibatkan perubahan dalam hal pendapatan termasuk diantaranya pekerja. Secara sunnatullah setiap manusia memiliki keperluan asas yang mesti dipenuhi dan hal ini telah dijelaskan oleh Allah swt dalam Surah Al-Baqarah ayat 233
“..dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma'ruf”.
Dalam ayat tesebut dikatakan bahwa kewajiban ayah adalah makan dan pakaian. Hal ini bukan berarti ayah tidak memiliki kewajiban lainnya, namun konteks tersebut mengacu pada hal yang minimal. Jika ayah adalah seorang pekerja yang mendapatkan upah/gaji, maka dapat disimpulkan bahwa upah/gaji tersebut haruslah memenuhi keperluan asas iaitu makan, minum dan pakaian, juga perumahan. Hal yang sama juga Allah swt tegaskan di dalam Surah An-Nisaa ayat 5.
5. dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang Yang belum sempurna akalnya akan harta (Mereka Yang ada Dalam jagaan) kamu, (harta) Yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada mereka Dengan kata-kata Yang baik.
Berdasarkan ayat al-Quran di atas dan hadith sebelum ini, merupakan satu garis pandu dalam melaksanakan keadilan di dalam aqad itu adalah kejelasan aqad yang dimeterai. Lihat sahaja bagaimana nilai keadilan ini dinilai pentingkan oleh Allah swt tatkala mana Allah swt menjelaskan hukum berkaitan dengan hutang di dalam Surah al-Baqarah ayat 282
Jadi, imbalan antara pekerja dan pengusaha atau majikan sepatutnya disertai dengan satu kontrak / aqad yang jelas di antara dua pihak.
Sistem penetapan gaji di dalam Kerajaan Malaysia seharusnya mempunyai penetapan yang tertentu berdasarkan kerja dan gerak kerja berdasarkan kelulusan masing-masing. Hal ini telah dilakukan dengan meletakkan satu garis pandu nilai minimum gaji melalui tahap persijilan yang ada pada pekerja. Jadi mengapa tidak had minimum garis pandu dikaji semula oleh Kerajaan kerana sebab-sebab utama yang telah disenaraikan di atas.
Islam tidak pernah mengabaikan kebajikan yang perlu diutamakan kepada pekerja-pekerja yang bekerja di bawah satu-satu pengusaha. Bahkan mereka-mereka ini sepatutnya di bawah jaminan majikan mereka dari sudut kebajikan dan sebagainya. Nabi saw pernah bersabda :
“Mereka (para budak dan pelayanmu) adalah saudaramu, Allah menempatkan mereka di bawah asuhanmu; sehingga barang siapa mempunyai saudara di bawah asuhannya maka harus diberinya makan seperti apa yang dimakannya (sendiri) dan memberi pakaian seperti apa yang dipakainya (sendiri); dan tidak membebankan pada mereka dengan tugas yang sangat berat, dan jika kamu membebankannya dengan tugas seperti itu, maka hendaklah membantu mereka (mengerjakannya).”[2]
Ini adalah jaminan Islam buat pekerja yang makan gaji di bawah seliaan majikan masing-masing. Perkara yang perlu diperhati oleh kerajaan sepatutnya adalah lebih besar mengenai pekerja-pekerja yang menerima upah atau gaji dari majikan mereka. Adapun tahap minimum bagi Tuntutan Minimum Gaji pekerja Malaysia ini adalah kerana bertujuan supaya kebajikan pekerja itu terjamin dengan kewangan (upah/gaji) yang boleh menampung pembiayaan keperluan mereka.
Pandangan saya , walaupun Islam tidak membahas secara jelas mengenai gaji minima atau had gaji minima ini, tetapi Islam tidaklah meninggalkan hak sepatutnya yang diberikan kepada pekerja-pekerja yang makan gaji ini. Contohnya melalui lisan Nabi saw di dalam al-Hadith
“Siapa yang menjadi pekerja bagi kita, hendaklah ia mencarikan isteri (untuknya); seorang pembantu bila tidak memilikinya, hendaklah ia mencarikannya untuk pembantunya. Bila ia tidak mempunyai tempat tinggal, hendaklah ia mencarikan tempat tinggal. Abu Bakar mengatakan: Diberitakan kepadaku bahwa Nabi Muhammad Saw. bersabda: “Siapa yang mengambil sikap selain itu, maka ia adalah seorang yang keterlaluan atau pencuri.” [3]
Jadi sekiranya pekerja yang diberi gaji walaupun dengan RM 900.00 dengan nilai pada tahun 2010 dan kebajikan seperti tempat tinggal dan segala keperluan hariannya ataupun keluarganya disediakan itu sebenarnya sudah mencukupi walaupun kadar tuntutan gaji minimum yang dibuat adalah dengan nilai RM 1200.00.
Kesimpulan saya, tuntutan terhadap gaji minima ini tiadalah hukum yang khusus mengatakan ianya wajib secara qoth’ie cumanya sememangnya yang ada dan menjadi kewajipan majikan adalah memastikan kebajikan pekerjanya dijamin dan paling tidak keperluan asasnya.
Oleh itu, gaji yang diberi mestilah tidak kurang daripada had keperluan asasinya dan tidak pula melampaui kadar usaha terhadap produksi. Analoginya mudah apabila kini kerajaan mengisytiharkan rakyat yang berpendapatan kurang daripada RM 1000 berada di bawah paras Pendapatan Garis Kemiskinan.
Jadi majikan seharusnya meningkatkan gaji ke tahap yang paling minima iaitu pada tahap gaji yang membolehkan pekerjanya melansungkan survival hidup dengan kelayakannya. Maksima gaji juga perlu diletakkan supaya pembayaran gaji dilakukan mengikut bidang tugas dan kelayakkan masing-masing yang menyumbang kepada produksi syarikat.
Oleh itu, gaji yang diberi mestilah tidak kurang daripada had keperluan asasinya dan tidak pula melampaui kadar usaha terhadap produksi. Analoginya mudah apabila kini kerajaan mengisytiharkan rakyat yang berpendapatan kurang daripada RM 1000 berada di bawah paras Pendapatan Garis Kemiskinan.
Jadi majikan seharusnya meningkatkan gaji ke tahap yang paling minima iaitu pada tahap gaji yang membolehkan pekerjanya melansungkan survival hidup dengan kelayakannya. Maksima gaji juga perlu diletakkan supaya pembayaran gaji dilakukan mengikut bidang tugas dan kelayakkan masing-masing yang menyumbang kepada produksi syarikat.
Rasional tuntutan minima gaji pekerja pada pandangan saya adalah :
- Memastikan kelansungan hidup pekerja terjamin dengan gaji minima mengikut kondusi ekonomi yang berlaku di Malaysia sekarang
- Menyedarkan kepada majikan yang sikapnya “mahukan mutu kerja yang professional tetapi dengan bayaran seperti seorang jaga” untuk mengambil berat kehidupan dan kebajikan pekerja di bawahnya.
- Tuntutan gaji minima ini seharusnya dipandang positif kerana masih berlaku di Malaysia majikan yang memikirkan diri sendiri tanpa melihat kesusahan pekerjanya yang gigih memajukan syarikatnya. Akan tetapi, sebagai imbalan, pekerja tersebut hanya menerima sejumlah gaji yang tidak dapat menampung keperluan bulanan dia dan keluarganya.
sila klik untuk ke blog>>
Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi
No comments:
Post a Comment