Apa rahasia untuk mendapatkan tidur 7 - 8 jam yang nyenyak? Anda perlu pergi ke dapur dan menikmati satu atau dua dari 9 makanan di bawah ini. Makanan ini akan membantu merelaksasi otot yang tegang, menenangkan fikiran dan mengaktifkan hormon serotonin dan melatonin untuk membantu anda tidur lebih lena.
1. Kentang
Sedikit kentang rebus atau kentang panggang di malam hari tidak akan menaikkan berat badan anda. Kentang membersihkan asid yang dapat mengganggu kinerja tryptophan di dalam tubuh.
2. Pisang
Pisang seperti ubat tidur semulajadi. Selain mengandung melatonin dan serotonin dalam jumlah kecil, pisang juga mengandung magnesium, bahan yang dapat merangsang relaksasi otot.
3. Teh Chamomile
Teh Chamomile mempunyai kesan penenang yang dapat menurunkan stress fizikal maupun mental, membuat teh ini minuman yang sesuai untuk diminum sebelum tidur.
4. Susu hangat
Segelas susu hangat sebelum tidur dapat membantu tidur anda. Susu mengandung tryptophan, iaitu asid amino yang mempunyai kesan sedatif dan kalsium yang membantu otak untuk menggunakan tryptophan.
5. Madu
Tambahkan madu sedikit di dalam susu atau teh anda. Gula dapat meningkatkan tenaga, tetapi dalam jumlah yang sedikit, gula dapat memberitahu otak anda untuk menurunkan kinerja orexin. Neurotransmiter yang berhubungan dengan kesedaran anda.
6. Oatmeal
Minum Oatmeal sebelum tidur adalah jalan tercepat untuk tidur kerana oatmeal merangsang pengeluaran melatonin di dalam tubuh pada malam hari.
7. Kacang Almond
Almond adalah kacang yang baik bagi kesihatan jantung. Tetapi almond juga dapat membantu tidur anda kerana mengandung tryptophan dan magnesium.
8. Flaxseed
Flaxseed kaya asid omega-3 yang dapat membantu memperbaiki mood anda. Kunyah flaxseed ketika anda sedang mengalami stress atau depresi berat. Tidur Anda akan lebih nyenyak.
9. Roti Gandum
Sepotong roti gandum dan teh akan merangsang insulin di dalam tubuh anda, yang berguna untuk membantu kinerja tryptophan untuk berinteraksi di otak. Dimana tryptophan akan diubah menjadi serotonin yang memberi tahu otak anda untuk tidur.
No comments:
Post a Comment