Wednesday, October 27, 2010

Untung Bank Rakyat RM1.28b


KUALA LUMPUR- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) mencatatkan keuntungan pracukai dan zakat sebanyak RM1.28 bilion untuk tahun kewangan berakhir 30 September 2010 meningkat 21.5 peratus atau RM227.4 juta daripada RM1.06 bilion yang dicatatkan tahun sebelumnya.

Pencapaian ini berdasarkan kepada peningkatan dalam pendapatan kasar kepada RM3.44 bilion berbanding RM2.89 bilion sebelumnya.

Pengarah Urusannya, Datuk Kamaruzaman Che Mat berkata, untung yang tinggi itu disumbangkan oleh kenaikan dalam pendapatan pembiayaan seiring dengan pertumbuhan kukuh dalam keseimbangan pembiayaan dalam semua segmen perniagaan bank.

"Pada tempoh yang sama, keuntungan bersih bank juga mengembang sebanyak RM257.6 juta kepada RM1 bilion daripada RM743.4 juta sebelumnya," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.


komen: keuntungan bank bernama rakyat untuk menternak kerajaan UMNO

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails