Allahu ma'i...Allahu naadhiri...Allahu syaahidi...(Allah bersamaku...Allah melihatku...Allah menyaksikan aku...)
Benarlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada hamba pada hari kiamat. Puasa berkata: Hai Tuhanku, aku menegahnya daripada makan dan syahwat pada siang hari. Maka berilah syafaatku padanya. Al-Quran pula berkata: Tuhanku, aku tegahkannya daripada tidur malam, maka berilah syafaat kepadaku padanya. Kemudian kedua-duanya diberi syafaat." (riwayat Ahmad dengan sanad sahih)
Sepanjang bulan Ramadan ini program tadarus yang dirancang dapat dijalankan tanpa sebarang masalah. Melalui program ini aku dapati masih ramai lagi teman-temanku yang tidak bisa mengaji dengan betul. Tetapi Alhamdulillah, kesemua mereka masih dapat membaca al-quran walaupun masih terdapat banyak kesalahan daripada segi tajwid, makhraj huruf dan panjang pendek bacaan. Aku tidak menyalahkan mereka di atas kekurangan ini kerana aku sedar terdapat banyak faktor yang mungkin tidak membolehkan mereka untuk mengaji dengan lancar. Namun berkat daripada tadarus ini mereka bisa mempamerkan peningkatan daripada segi kelancaran mengaji dari sehari ke hari.Benarlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada hamba pada hari kiamat. Puasa berkata: Hai Tuhanku, aku menegahnya daripada makan dan syahwat pada siang hari. Maka berilah syafaatku padanya. Al-Quran pula berkata: Tuhanku, aku tegahkannya daripada tidur malam, maka berilah syafaat kepadaku padanya. Kemudian kedua-duanya diberi syafaat." (riwayat Ahmad dengan sanad sahih)
Khalifah Umar pernah menyatakan terdapat 3 tanggungjawab seorang bapa terhadap anaknya iaitu:
1) memberikan nama yang baik
2) mengajarkan mengaji
3) mencarikan ibu yang baik untuknya
Lalu wahai sahabat-sahabatku di luar sana..
Sahabat-sahabat, mesti nak kahwin kan????
Jadi jangan lupe bagi lancar al-Fatihah dulu ye.....
Jangan nanti tak jadi kahwin sebab tak reti baca al-fatihah..
Dan layakkah kita untuk bergelar seorang ayah?
Ok...Mungkin kita masih terlalu muda untuk berbicara soal anak..tapi INGAT jika hal ini dianggap remeh maka akan remehlah masa hadapan rumah tangga anda kelak..
Rancanglah perjalanan hidup kita sebaik mungkin dan Al-quran adalah sebaik-baik rujukan.
Renungkanlah wahai sahabat yang ku kasihi..
Kelak di pusara ibu bapa kita siapa yang akan membacakan yasin dan tahlil untuk mereka?
Siapa yang akan mendoakan kesejahteraan mereka?
Siapa yang akan menolong mereka berhadapan dengan yang Esa?
KITA!..
Ya, kita yang akan mendoakan mereka lalu andai al-Quran tak mampu kita baca kepada siapa lagi kedua ibu bapa kita harus mengharap..
INGAT!!!
"Apabila meninggal dunia seseorang anak Adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapanya"...
Fikir-fikirkanlah
Tepuk dada tanyalah Iman...
I LUV ISLAM
No comments:
Post a Comment