Saturday, October 30, 2010

Tahniah Pasukan Kelantan Juara Baru Piala Malaysia 2010



Akhirnya Kelantan membalas dendam kekalahan pada perlawanan Piala Malaysia yang lepas dengan kemenangan 2-1 ke atas Negeri Sembilan,kini Kelantan dinobatkan Juara baru Piala Malaysia.

Jika dilihat kepada sejarah yang lalu,situasi Kelantan lebih kurang sama dengan Terengganu pada tahun 1998 dan 2001,di mana perlawanan akhir mempertemukan skuad seladang dan penyu dan skuad seladang telah menjadi juara Piala Malaysia pada tahun 1998.Namun selepas itu pasukan Perak dan Terengganu bertemu pula kali ke-2 di mana kali ini Piala Malaysia milik Terengganu di bawah kendalian Mat Zam Mat Aris di masa pemerintahan Kerajaan PAS selepas memenangi PRU ke-10 pada tahun 1999 dengan menyapu 28 kerusi DUN daripada 32 DUN yang di pertandingkan.

Walau bagaimanpun sejarah itu di ulangi oleh pasukan Kelantan sekarang ini dengan kemenangan yang bergaya ke atas Negeri Sembilan.Syabas di ucapkan kepada kedua-dua pasukan yang bermain dengan bersungguh-sungguh tanpa berlaku sebarang masalah yang tidak diingini,

Warga kekoh.blogspot mengucapkan tahniah kepada semua pemain,jurulatih yang letih membimbing pemain sehingga layak di nobatkan sebagai juara baru Piala Malaysia 2010.Ayuh rakyat Kelantan pastikan DUN Galas menjadi hak kita.Lepas ini arakkan Piala Malaysia itu ke Galas pula.

..


No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails