Plankton didefinisikan sebagai organisma hanyut yang hidup dalam zon pelagik (bahagian atas) samudera, laut, dan permukaan air tawar. Secara umunya plankton dianggap sebagai salah satu organisma terpenting di dunia kerana menjadi bekalan makanan untuk kehidupan akuatik.
Bagi kebanyakan makhluk laut, plankton adalah makanan utama mereka. Plankton terdiri dari sisa-sisa haiwan dan tumbuhan laut saiznya kecil . Walaupun termasuk sejenis benda hidup, plankton tidak mempunyai kekuatan untuk melawan arus, air pasang atau angin yang menghanyutkannya.
Plankton hidup di pesisir pantai di mana ia mendapat bekalan garam mineral dan cahaya matahari yang mencukupi. Ini penting untuk memungkinkannya terus hidup. Plankton menjadi makanan ikan, tidak menghairankan apabila ikan banyak terdapat di pesisir pantai. Itulah sebabnya kegiatan menangkap ikan aktif dijalankan di kawasan itu.
Selain sisa-sisa haiwan, plankton juga tercipta dari tumbuhan. Jika dilihat menggunakan mikroskop, unsur tumbuhan alga dapat dilihat pada plankton. Beberapa makhluk laut yang memakan plankton adalah seperti batu karang, kerang, dan ikan paus.

No comments:
Post a Comment