Monday, October 11, 2010

700 Ribu Rakyat Malaysia Bekerja Di Luar Negara,


Parti Islam Se-Malaysia PAS ingin mengingatkan kepada Tan Sri Muhyidin Yasin bahawa seramai 700 ribu rakyat rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara bukan sahaja rakyat daripada Kelantan.Beliau yang berucap di Sydney Australia menggesa penuntut Malaysia yang telah pun menamatkan pengajian di luar negara supaya pulang berkhidmat dalam negara sendiri.

PAS ingin mengingatkan kepada pemimpin Umno yang selalu menjadi modal kempen dalam setiap kali pilihanraya kecil Kelantan, menuduh kerajaan Kelantan gagal memberi peluang pekerjaan sehingga ramai rakyatnya berhijrah ke luar Kelantan. Modal inilah juga yang akan didendangkan dalam pilihanraya kecil Galas pada 4hb Nov 2010 nanti.

Rayuan yang dibuat oleh Timbalan Presiden Umno menunjukkan bahawa bukan rakyat Kelantan sahaja yang berhijrah daripada Kelantan, malahan rakyat Malaysia daripada negeri yang Umno perintah. Contohnya setiap hari berpuluh ribu rakyat Johor yang di bawah Umno terpaksa berulang alik ke Singapura bekerja disana. Bukankah ini juga penghijrahan. Kenapa pihak Umno tidak menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Johor yang memang negeri Umno. Kenapa hendak sibuk dengan rakyat Kelantan.

PAS mengharapkan isu penghijrahan rakyat Kelantan usahlah dijadikan kempen, kerana ia akan menjadi paku buah keras kepada Umno kembali.

Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat


Komen CEO Kekoh: Semalam saya berbual dengan seorang bekas pelajar Malaysia yang belajar di Nagoya,Jepun.Katanya, kemajuan yang di kecapi oleh Negara Jepun adalah kesungguhan kerajaannya membelanjakan modal negara dan memberi sokongan yang padu kepada rakyatnya untuk membuat kajian demi kajian terutamanya berkaitan kejuruteraan teknologi.Maka hari ini rakyat Jepun berbangga dengan Toyota dan Honda kerana dasar kerajaan Jepun itu sendiri.Namun katanya, kerajaan Malaysia lebih mengutamakn perut dan kroni mereka,buktinya ramai rakyat Malaysia yang bekerja di Luar Negera tidak berminat untuk pulang ke tanahair kerana mereka tahu apakah dasar sebenar kerajaan Malaysia yang tidak pandai untuk menguruskan sumber manusia dan sumber asli yang sediaada.Kesimpulan daripada perbualan tersebut adalah rakyat wajib menukar dan jatuhkan kerajaan yang ada sekarang kerana merekalah yang menyekat revolusi kemajuan menyebabkan rakyat seolah-olah dibotolkacakan semata-mata.

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails