Pemikiran Tuan guru Nik Aziz memang sarat dengan kiasan yang segar. Perbandingannya hidup dan relivan. Justeru itulah Setiausaha akhbarnya telah menghimpunkan segala khazanah mutiara kata yang hebat dan dibukukan. Lihatlah contoh mutiara kata di bawah
MUTIARA 70
MUTIARA 70
Seorang pemandu kereta belum tentu membawa kita ke destinasi yang betul. Walaupun dia tahu cara memandu, hudupkan enjin, masuk gear, tetapi jika tak tahu jalan yang betul akan tetap sesat.
Demikian juga seorang pembaca Al Quran, tajwidnya betul, suaranya baik, makrajnya tepat tetapi tidak diamalkan, ia tak akan menunjuk jalan yang betul iaitu ke syurga
MUTIARA 75
Kita pergi ke kedai minum air dan makan nasi, tiba-tiba enggan untuk bayar, nescaya kita akan dimarahi kerana mahu makan percuma. Itu baru air dan nasi
No comments:
Post a Comment