Tuesday, February 1, 2011

Adakah benar Peneroka Felda itu Bodoh?

Artikel yang disiarkan di sini dengan tajuk "Tenang : Dah tenggelampun masih sokong??.. Aku tak faham..." banyak mengundang komen-komen yang mengatakan bahawa peneroka Felda itu bodoh.


Dimana UMNO kuat.. disitu Melayu merempat!

PRK DUN Tenang yang telah berlangsung semalam dengan keputusan yang memihak kepada Barisan Nasional melalui Calon dari UMNO Mohd Azahar Ibrahim dengan majoriti 3,707 undi - meningkat 1215 undi berbanding majoriti 2,492 undi pada 2008.

Bagaimanapun ini bukanlah satu keputusan yang mengejutkan banyak pihak kerana ianya memang telah dijangka bersandarkan factor ianya adalah kawasan Felda dan semasa kempen sedang berjalan petugas-petugas dari Pakatan Rakyat telah mengesahkan sendiri memang sukar untuk memenangi hati warga Felda ini.


Oleh itu PAS/PR hanya mensasarkan untuk mengurangkan majoriti milik UMNO/BN yang diperolehi mereka ketika PRU 12 pada tahun 2008 dulu sahaja.

Bagi yang kurang arif apa itu saluran Satu dan apa pula saluran Dua, Saluran satu dikhususkan buat pengundi yang berumur 50 tahun keatas manakala Saluran Dua pula adalah bagi pengundi yang berumur 40 tahun keatas kalau tak silap.

Pengundi dari Saluran Satu memang kita sedia maklum sumber berita atau maklumat mereka datangnya dari Media yang dikawal oleh Kerajaan UMNO/BN sahaja ini sedikit berbeza dari pengundi dari Saluran Dua terutamanya yang bekerja di luar kawasan Felda.

Menurut seorang sahabat yang bertugas mengiringi Cikgu Mala semasa kempen majoriti warga Felda ini terdiri dari pengundi dari Saluran Satu menolak PAS dan dan ada juga dari Saluran Dua yang masih juga menolak PAS.

Kenapa agaknya? Adakah benar warga Felda itu memang Bodoh??

Artikel yang disiarkan di sini dengan tajuk "Tenang : Dah tenggelampun masih sokong??.. Aku tak faham..." banyak mengundang komen-komen yang mengatakan bahawa peneroka Felda itu bodoh

Adalah sesuatu yang kurang rasional untuk kita melabelkan para peneroka Felda itu satu golongan yang bodoh, kita sewajarnya juga mencari apakah sebabnya mereka begitu setia terhadap UMNO.

Ada peneroka yang tidak berkecimpung di dalam politik berkata mereka akan terus menyokong UMNO dan BN adalah kerana mereka telah terhutang budi dengan Tun Razak yang telah menyebabkan hidup mereka kini lebih selesa jika dibandingkan ketikan mereka berada di kampong asal mereka.

Mereka juga berkata mereka tidak mahu bersikap seperti anjing yang mengigit tangan tuan yang telah memberinya makan, Tuan yang telah melepaskan mereka dari belenggu hidup sebelum mereka menyertai rancangan Felda.

Tak perlulah kita hairan kerana boleh dikatakan hampir kesemua Peneroka Felda itu adalah berbangsa Melayu, satu bangsa yang masih mempunyai perasaan menghargai pemberian orang lain dan juga satu bangsa yang mempunyai adab dan kesopanan yang dipandang tinggi.

Kita juga perlu ketahui dari mana asalnya kebanyakan peneroka Felda itu, kebanyakkan mereka adalah golongan yang susah hidupnya ketika belum menyertai Rancangan Felda.

Bagi mereka Tun Razak dan UMNO telah berjasa kepada mereka kerana selama lebih dari 50 tahun ini UMNO/BN telah berjaya memperbodohkan mereka, kononnya Felda itu telah diasaskan oleh Bapa Pembangunan Malaysia iaitu Tun Razak yang juga merupakan bapa kepada Najib.

Dengan menggunakan hujah ini sebagai alasan Najib telah meletakkan Felda dibawah jagaannya setelah beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2004.

Malahan bukan sahaja 112,635 peneroka di 317 tanah rancangan Felda di seluruh Negara malah kita sendiri juga telah diperbodohkan UMNO/BN.

Menurut Suara Keadilan idea asal penubuhan Felda sebenarnya datangnya daripada penjajah Inggeris di Malaya ketika itu.

Dan menurut pakar perlembagaan, Dr Samarudin Md Rejab pula, Felda diwujudkan oleh penjajah Inggeris sebagai satu strategi untuk mengekang pengaruh fahaman komunis dikalangan masyarakat Melayu sebagaimana skim kampung baru (new village) dilaksanakan bagi mengawal ketat anasir komunis daripada menyusup masuk ke dalam masyarakat Cina.

"Dasar awal berkaitan dengan idea perlaksanaan skim penempatan lebih menjurus kepada isu pemberontakan dan pengawalan. Ia digunakan sebagai satu instrumen melawan pemberontakan melalui kewujudan kampung baru dan lain-lain tanah rancangan yang sama. skim tanah rancangan tidak ada bezanya dengan kerangka asas ini, malah ia menjadi idea untuk meluaskan penempatan di kawasan hutan yang belum diterokai atas tema pembangunan ekonomi dan tanah.

"Sejak mula dasar ini diterimapakai, sebahagian besar daripada peranan membangunkan tanah dan penempatan semula populasi dimonopoli oleh FELDA," kata Dr Samarudin.

Perkara ini didedahkan dalam artikel penyelidikan beliau bertajuk "Evolution Of Policies Affecting Land Settlement Schemes In Malaysia" yang disiarkan dalam jurnal Akademika, Bil. 12 keluaran Januari 1978.

Artikel tersebut menjadi sebahagian daripada tesis sarjana beliau ketika Dr Samarudin bertugas sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia.

Artikel itu menyebut susulan daripada laporan "International Bank for Reconstruction and Development Mission" pada 1954, kerajaan kolonial Inggeris telah menggubal Rancangan Malaya Pertama (RMP) (1956-1960) yang telah dilaksanakan selepas negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

Didalam RMP telah dinyatakan cadangan berhubung mewujudkan skim tanah rancangan.

Itu menurut Menurut pakar perlembagaan, Dr Samarudin Md Rejab.

Jadi kesimpulan yang boleh dibuat disini ialah warga Felda itu bukanlah terdiri dari orang-orang yang bodoh cuma mereka telah dengan jayanya diperbodohkan oleh UMNO/BN

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails