Tuesday, September 6, 2011

Beramal tidak berhenti dengan berakhir Ramadan

Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM

TANGGAPAN kebanyakan orang Islam khususnya dalam negara kita, bahawa Ramahttp://1.bp.blogspot.com/-EjWR_2cfpMw/Ta5tSzjliZI/AAAAAAAAAHU/BLI18jzaL2s/s1600/1.jpgdan adalah bulan yang dipenuhi dengan musim pelbagai jenis amal ibadat, maka mereka akan melakukan dengan semaksimum mungkin tenaga, masa dan kesungguhan bagi mencapai pahala yang banyak.

Tenaga yang dikerahkan sepanjang Ramadan dengan keletihan beribadat puasa wajib di siangnya dan bertarawih pada malamnya dianggap berbaloi walaupun ia dilakukan tanpa disandarkan kepada ilmu, kefahaman dan makrifat yang boleh membantu seseorang Muslim itu meraih pahala yang besar di sisi Allah SWT.



Mengapa tidak? Ramadan menjanjikan rahmat, keampunan, pelepasan daripada api neraka, terdapat di dalamnya penurunan kitab suci al-Quran yang menjadi petunjuk kepada umat Islam hingga hari kiamat, malam al-Qadar, ganjaran pahala yang tidak ada pada bulan-bulan lain, justeru umat Islam hanya menumpukan ibadat pada bulan ini dan tidak pada bulan lain, apakah amalamal selepas Ramadan tidak diganjari dengan pahala?

Inilah persoalan yang ingin diketengahkan kepada saudarasaudari sekalian, bahawa amalamal ibadat tidak hanya tertumpu pada satu bulan sahaja, akan tetapi ia berterusan sepanjang masa kerana Allah SWT juga tidak hanya wujud pada bulan Ramadan sahaja, tetapi sepanjang masa, malah tidak mengantuk dan tidak pula tidur.

Apa yang perlu kita tahu tentang amal ibadat ialah – Ibadat itu adalah kata nama yang terkandung di dalamnya apa-apa yang disukai dan diredai oleh Allah SWT, sama ada yang terdiri daripada perkataan atau perbuatan hamba zahir dan batin, ia juga bercabang terlalu banyak dan boleh diringkaskan beberapa yang terpenting untuk panduan bersama.

1. Beriman kepada Allah SWT – ia merangkumi semua rukun iman yang enam.

2. Sembahyang pada awal waktu – khususnya sembahyang lima waktu pada waktu pagi, petang dan malam, sesungguhnya para sahabat bersepakat mengatakan bahawa berdosa bagi mereka yang melambat-lambatkannya.

3. Haji mabrur – ia memberi erti bahawa pelaksanaan haji daripada sumber hasil yang halal, jauh dari sebarang perbuatan dan perkataan keji, dosa, banyak berbantah, menepati sunnah haji baginda Rasulullah, ikhlas kerana Allah dan tidak menyusulinya dengan maksiat kepada Allah.

4. Menyantuni kedua ibu bapa – kerana mentaati keduanya bermakna mentaati Allah SWT, tetapi tidak pada perkara yang menyalahi agama, tidak meninggikan suara di hadapan mereka, tidak menyinggung perasaan mereka dengan katakata kesat, memberikan khidmat terbaik buat mereka, berbelanja keperluan untuk mereka.

5. Jihad pada jalan Allah – menyebarkan dakwah Islam mengikut kemampuan dan golongan sasaran.

6. Kasih dan benci kerana Allah - iaitu mengasihi muslim dan membenci mereka kerana Allah SWT.

7. Membudayakan pembacaan al-Quran – ia dimulakan dengan beberapa ayat sehari dan dikembangkan kepada dua halaman seterusnya satu juzuk sehari, ia bukan setakat membaca, tetapi merangkumi maksud berdiskusi serta memahami maksud ayat-ayat yang dibaca dengan baik.

8. Sentiasa komited dengan ketaatan walaupun sedikit – umpama bersedekah 50 sen sehari tetapi ia bersifat berterusan begitulah juga dengan amal-amal ibadat yang lain.

9. Menunaikan amanah – iaitu segala kewajipan yang dipertanggungjawabkan ke atas setiap muslim dengan penuh kesedaran dan bukan seperti golongan munafik.

10. Memaafkan orang lain – kerana baginda ada menegaskan menerusi sebuah hadis yang bermaksud: “Seseorang itu bertambah mulia dan perkasa apabila sedia memaafkan orang lain.” Hadis sahih riwayat Imam Muslim

11. Sentiasa bercakap benar dalam apa jua keadaan – Nabi bersabda : “Sesorang itu adalah benar dan sentiasa memelihara kebenaran sehingga ditulis di sisi Allah sebagai orang yang benar. Sesungguhnya benar itu akan menyelamatkan pelakunya, ia adalah akhlak mulia dan agung yang dimilki oleh para anbiya dan pengikut mereka dengan benar.” (Hadis sahih riwayat Imam Muslim)

12. Berbelanja pada jalan Allah - ia merangkumi perbelanjaan seseorang itu untuk menaja program berbentuk jihad, membantu kedua-dua orang tua, fakir miskin, mereka yang memerlukan, untuk pembinaan masjid, maahad tahfiz, mencetak kitab-kitab agama, menyara keluarga dan anak-anak.

13. Memelihara diri dari membahayakan saudara seagama - elak diri daripada suka mengadu domba, mengumpat, menghina saudara seagama, mencaci, mengutuk, begitu juga mendera perasaan dan tubuh badan Muslim lain.

14. Suka menjamu orang lain - iaitu tabiat baik belanja kawan-kawan, jiran tetangga, sanak saudara dengan kelebihan wang yang dimiliki termasuk suka beri makan kepada haiwan jinak bukan peliharaannya.

15. Suka memberi salam – ia termasuk kepada yang kenal dan yang tidak dikenalinya.

16. Suka bantu mereka yang dalam kesempitan - seperti ibu tunggal, ketua keluarga yang ditahan dalam penjara bukan kerana jenayah, golongan kurang upaya atau orang-orang tua yang tidak bermaya.

17. Suka menjauhkan bahaya daripada ditimpa ke atas orang ramai – seperti membuang paku, serpihan kaca, kulit pisang dan sebagainya di jalan raya agar tidak membahayakan pengguna yang boleh mengakibatkan kemalangan.

18. Amar makruf nahi mungkar – iaitu sentiasa menyampaikan nasihat berguna dengan menyuruh orang supaya melakukan amal-amal yang baik serta mencegah mereka dari terjerebak dalam kancah maksiat yang boleh menjauhkan seseorang itu daripada rahmat Allah SWT.

Amalan yang menjauhkan seseorang itu daripada disentuh api neraka Ia dapat disimpulkan secara ringkas bahawa ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya adalah paling penting yang mesti ada dalam minda setiap yang bernama Muslim lelaki atau perempuan iaitu dengan melakukan apa sahaja yang diperintahkan dan meninggalkan apa sahaja yang ditegah dengan penuh rasa pasrah, ikhlas dan bertanggungjawab.

Ia seperti mana yang pernah ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis: “Semua umatku akan masuk syurga melainkan yang enggan.” Para sahabat bertanya siapa yang enggan wahai Rasulullah? Baginda bersabda: “Sesiapa yang mentaatiku masuk syurga dan yang menentangku masuk neraka.” (Hadis sahih riwayat Imam Bukhari sampai kepada Abu Hurairah)

Bagi menggalakkan segenapMuslimin agar sentiasa dapat melakukan amalan terbaik dan mengekalkannya khususnya selepas Ramadan, maka ulama telah menggariskan beberapa amalan yang insya- Allah akan menjauhkan mereka daripada disentuh api neraka.

1. Banyak menyebut LaIlaha Illallah dengan penuh yakin dan ikhlas kepada Allah – ini kerana baginda menegaskan bahawa sesiapa yang menyebutnya dengan ikhlas lahir dari hatinya yang yakin, maka Allah haramkannya daripada disentuh api neraka. Maksud hadis sahih riwayat Imam Bukhari dan Muslim

2. Berakhlak mulia dan berlembut dalam tindakan – Rasulullah bersabda: “Mahukah aku beritahu kamu, bahawa mereka yang diharamkan daripada disentuh api neraka ialah yang berakhlak mulia dan berlembut dalam tindakan sesama makhluk.

3. Bermandi debu kerana berjuang pada jalan Allah – maksudnya golongan yang sanggup berada dalam jihad menegakkan kebenaran agama Allah hingga kedua kakinya bergelumang dengan debu ketika bertempur dengan musuh di medan peperangan. Sabda baginda: “Sesiapa yang kedua kakinya berdebu kerana berperang pada jalan Allah nescaya dia diharamkan Allah memasuki neraka.” (Hadis sahih riwayat Imam Ahmad)

4. Solat – Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah haramkan neraka ke atas (dahi-dahi) yang ada kesan sujud (dalam solat).” - Hadis sahih riwayat Imam Bukhari dan Muslim

5. Memelihara dan membiasakan empat rakaat sebelum dan sesudah Zuhur – ia berdasarkan hadis baginda yang bermaksud: “Sesiapa yang memelihara empat rakaat sebelum dan selepas Zuhur, maka Allah haramkan jasadnya untuk dihumban ke dalam neraka.” (Hadis sahih riwayat Imam Tirmizi sampai kepada Ummu Habibah)

6. Tauhid dan zikrullah menjelang kematian – Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang berkata – LaIlaha Illallah, Wallahu Akbar, maka Allah berkata kepadanya benarlah hamba-Ku ini kerana Tiada Tuhan melainkan Aku dan Akulah Yang Maha Besar.” Sabda baginda lagi: “Sesiapa yang berkata dengan perkataan itu, maka dia diberi rezeki untuk mati (dalam kebenaran), maka jasadnya tidak akan disentuh oleh api neraka.” - Hadis sahih riwayat Imam Bukhari

7. Tangisan kerana takut kepada Allah dan berjihad pada jalan- Nya – Sabda baginda s.a.w.: “Dua biji mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka – iaitu mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang celik kerana berjaga-jaga ketika berjuang pada jalan Allah.” - Hadis sahih Imam Tirmizi sampai kepada Ibnu Abbas.

8. Memelihara pandangan mata – Sabda baginda s.a.w.: “Tiga jenis mata yang tidak akan disentuh api nereka – iaitu mata yang celik kerana berjaga-jaga ketika berjuang pada jalan Allah, mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang terpelihara daripada melihat perkara yang diharamkan Allah SWT.” - Hadis sahih riwayat at-Tabarani daripada Bahaz Bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya

9. Sabar di atas kematian anak – sabda baginda : “Sesiapa yang mengkebumikan tiga orang anaknya dan bersabar, maka Allah haramkan jasadnya daripada disentuh oleh api neraka.” - Hadis sahih riwayat at-Tabarani daripada Waelah Adakah dosa-dosa besar akan menghapuskan amalan-amalan baik yang pernah dilakukan oleh seseorang itu di dunia?

Seperti yang sabit dalam al-Quran dan sunnah baginda Rasulullah s.a.w. bahawa maksiat dan dosa-dosa besar tidak akan menghapuskan amalan-amalan dan kebaikan Muslim semuanya melainkan dia terbabit dalam perkara kufur dan syirik kepada Allah SWT.

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails