Wednesday, September 7, 2011

Belut gergasi....


9 Syawal 1432H. [MOD] -SEKUMPULAN kanak-kanak mengangkat seekor belut air tawar sepanjang satu meter dan berat enam kilogram yang ditangkap penduduk kampung di Sungai Kitapol, Tuaran, Sabah, baru-baru ini. Belut itu yang dikenali sebagai ‘sinsilog’ dalam bahasa tempatan mempunyai bentuk tubuh bulat memanjang dan licin serta boleh ditemui di beberapa sungai di Tuaran, Penampang dan Kota Belud.

Belut air tawar ini kaya dengan pelbagai khasiat dan dikatakan setanding dengan ikan tenggiri. Ia juga boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan, selain menguatkan daya tahan tubuh, menyeimbangkan tekanan darah, menghaluskan kulit dan mencegah penyakit mata. - Foto Edmund Samunting

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails