Wednesday, September 7, 2011

Pertemuan Mat Sabu Dgn Keluarga Mat Indera

Suhaizan Kayat

Pertemuan pimpinan PAS diketuai oleh Timbalan Presiden PAS Tuan Hj Mohammad Sabu bersama Pesuruhjaya PAS Johor, Ketua Dewan Ulama, Ketua Pemuda PAS Johor, Ketua Dewan Muslimat Johor bersama menziarahi salah seorg adik Mat Indera iaitu En Johan Shah. Ini adalah intipati perbincangan :

1. En Johan Shah Indera adalah anak bungsu daripada 8 beradik. Seibu dan sebapa dengan Mat Indera. Mat Indera adalah anak kedua. Ibunya meninggal ketika En Johan berusia 2 tahun.

2. En Johan Shah, bapanya Indera, ibu tiri dan neneknya dibuang daerah ke Singapura selama 5 tahun daripada tahun 1950 - 1954.

3. Bapa, ibu tiri dan neneknya diseksa oleh British.

4. En Johan Shah kali terakhir berjumpa Mat Indera adalah di penjara Air Molek, JB. Mat Indera menegaskan kpd En Johan bahawa dia bukan komunis. British tuduh Mat Indera Komunis.

5. British tawar $25 ribu sebelum Peristiwa Bukit Kepong utk tangkap Mat Indera.

6. Selepas peristiwa Bukit Kepong tawaran tangkap dinaikkan ke $75 ribu.

7. Yusof Rono bekas anggota polis yang juga saudara En Johan diselamatkan oleh Mat Indera.

8. Mat Indera datang ke Bukit Kepong di saat akhir peristiwa tersebut. Dia tidak terlibat dalam serangan tersebut.

9. Mat Indera mahu berkahwin dengan kakak TPM Mahyuddin Yassin tapi tidak dipersetujui oleh bapa Mat Indera.

10. Mat Indera dilantik oleh Kerajaan Johor sebagai guru agama. Ada baju rasmi dan songkok rasmi.

11. Mat Indera pernah belajar dengan Cikgu Mat Yassin bapa kepada Mahyuddin Yassin, TPM.

12. Mat Indera tak bersetuju dgn Panglima Salih yg beri air jampi.

13. Pernah belajar dengan Tuan Guru Fadil.

14. Digantung di Taiping, Kg Jambu Air. Kuburnya satu rantai di asingkan dpd kubur utama. Tahun 1953.

15.Tidak ada pembelaan atas kematiannya sbb org takut dengan British.

16. Mat Indera tidak pernah berkahwin.

En Johan Shah 2 dpd kiri
Gambar kenangan bersama en Johan.
Suhaizan bersama En Johan Shah

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails