Monday, April 11, 2011

Awas : Penipu di Facebook dan Email !

07 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Saya merasa bimbang bila bertemu dengan seorang teman lama yang memaklumkan kepada saya mengenai dia ada hubungan dengan seorang warga Malaysia yang sudah lama menetap di luar negara dan memerlukan bantuan untuk balik ke Malaysia. Katanya dia terima dari Facebook mengenai wanita tersebut.

Terbayang dalam ingatan saya adakah mesej itu sepertivmana setiap hari saya terima dan saya padamkan dari kotak mesej facebook saya ?

Yang saya terima hari ini lalah begini:

1. "I like your profile can we be friends,i wrote you ealier and am not sure that you received it or you dont like my profile?just tell me,well am Azrina Ahmad and i would like to get to know you better"

2. "I like your profile can we be friends,i sent you an email earlier on facebook and am not sure that you received it or you dont like my profile?just tell me,well am adilah ahmadand i would like to get to know you better"

3."Linda Sue /hi .. dear am linda am coming to malaysia this month.. l want to know u more dear"

Selain itu hampir setiap hari saya menrima email seseorang perempuan yang memperkenalkan diri berada di luar negara, kebanyakannya London memperkenalkan diri untuk menjadi rakan bisnes dan termasuk untuk mohon pertolongan balik ke Malaysia.

Kerana itu saya mohon rakan-rakan san sahabat sekalian jangan mudah tertipu dan teruja dengan mesej dan email sedemikian. bagi saya ianya adalah langkah awal mereka untuk menipu saudara. Semuanya dilakukan dengan cerita-cerita yang menarik dan ada yang akhirnya berhubungan dengan talifon.

Oleh itu sampai saat ini saya tidak jemu-jemu memadamkan mesej demikian dari kotak mesej facebook dan email saya atau kita lakukan langakah memasang "spam" untuk email sedemikian.

Kepada sahabat yang mula mempercayai emai dan mesej sedemikian dan yang telah melakukan hubungan, saya berharap dapat mengehetikan dengan segera kerana dalam akhbar tempatan telah banyak kes penipuan yang melibatkan internet telah dilaporkan.

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails